UNTUK PERHATIAN KITA BERSAMA

Sebagai pengenalan pengurusan pemakanan bagi pesakit kardiovaskular (CVD) hendaklah difahamkan hal-hal berikut:

•Penyakit kardiovaskular (CVD) merupakan punca utama kematian di Malaysia. Antara penyakit-penyakit kardiovaskular, penyakit jantung koronari adalah punca kematian tertinggi dan diikuti dengan strok.

•Pesakit yang menghidap penyakit jantung kardiovaskular dengan hiperlipidemia mempunyai risiko tinggi untuk mendapat serangan jantung.

•Hiperlipidemia merupakan peningkatan lipid (lemak) dalam aliran darah yang mana sebahagian besarnya terdiri daripada kolesterol dan trigliserida. Ianya diangkut semula ke dalam darah oleh pengangkut yang dikenali sebagai lipoprotein.

•Terdapat tiga jenis lipoprotein di dalam badan manusia iaitu:
◦Lipoprotein bertumpatan rendah (Low density lipoprotein, LDL)
◦Lipoprotein berketumpatan tinggi (High density lipoprotein, HDL)
◦Trigliserida (TG)

•Lipoprotein bertumpatan rendah atau LDL dikenali sebagai ‘kolesterol jahat’. Kolesterol -LDL yang berlebihan menyebabkan arteri tersumbat dan membawa kepada serangan jantung.

•Lipoprotein berketumpatan tinggi atau HDL dikenali sebagai ‘ kolesterol baik’. Paras HDL yang tinggi dalam darah dapat bertindak sebagai pelindung kepada serangan jantung.

•Paras kolesterol darah dipengaruhi oleh makanan yang diambil dan kepantasan badan menghasilkan lipoprotein bertumpatan rendah (LDL).

Leave a comment