VOLUNTEERISM

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi program Rakan Muda sehingga kini menerima 300,000 permohonan daripada golongan belia di seluruh negara untuk menjadi sukarelawan. Walau bagaimanapun belum dapat dipastikan bagaimana permohonan ini telah dapat dijadikan program sukarelawan yang sebenar.

Bercakap di Majlis peresmian Simposium Sukarelawan,Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Sieu berkata KBS meletakkan sasaran untuk mendapatkan satu juta sukarelawan menjelang akhir 2012 kerana jumlah yang besar itu dapat digunakan untuk memberi khidmat masyarakat seperti membantu mangsa banjir dan bencana alam.

“Golongan belia dalam negara perlu mencontohi belia di Australia, contohnya program The Australian Youth Ambassadors for Development (AYAD) yang diasaskan pada 1998 mendapat sambutan baik daripada ramai belia di negara berkenaan,” katanya.

The International Symposium On Voluteerism as Catalyst for Nation Building anjuran Pusat Belia Antarabangsa, telah  berlangsung sehingga Rabu ini.

Gan berkata KBS juga menerima 400 permohonan untuk program My Corps yang melatih anggota sukarelawan menjadi pemimpin dalam sebuah kumpulan dan mempunyai kemahiran yang khusus ketika menghulurkan bantuan kesukarelawan pada masa depan.

Advertisements

PROGRAM BELIA TANI

Kerajaan harus memikirkan secara serius tentang bagaimana hendak menggalakkan belia-belia untuk bertani sebagai pekerjaan yang dapat membantu negara. Ini sesuai dengan saranaanTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharom supaya petani perlu meningkatkan hasil pertanian bagi membantu negara daripada kurang bergantung kepada bahan makanan import.

Beliau berkata bagi memenuhi keperluan negara, kerajaan terpaksa berbelanja lebih RM1 bilion setiap tahun untuk mengimport bahan makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

“Hari ini kalau kita tengok, ramai petani tidak mengambil langkah untuk menanam sayur-sayuran dan oleh sebab itu kita menghadapi masalah dan terpaksa mengimport banyak sayur-sayuran.

“Contohnya cili padi, kita terpaksa mengimport 2,000 metrik tan sebulan dari Thailand iaitu satu jumlah yang cukup besar.

“Baru-baru ini bila Thailand dilanda banjir, harga cili padi di dalam negara naik sehingga RM25 sekilo, sedangkan kebanyakan bahan makanan yang dimport boleh dikeluarkan di dalam negara jika para petani mempunyai kesungguhan dan mengamalkan amalan pertanian yang baik,” katanya lagi.

Dato Johari berkata kerajaan menyediakan pelbagai peruntukan dan insentif kepada petani sehingga mencecah RM1.2 bilion setahun bagi menggalakkan mereka mengeluarkan hasil pertanian.

IKLAS DARI KAMI

PERHIMPUNAN UMNO

UMNO yang akan mengadakan perhimpunannya pada Selesa ini harus bersikap telus walaupun ia akan banyak menyentuh banyak soal kepentingan dan masa depan orang Melayu.

Kita juga harus faham bahawa peranan UMNO khususnya dalam kerajaan itu adalah utama kerana kita jadi parti teras dalam Barisan Nasional.

Perhimpunan kali ini dijangkakan yang amat penting dan bakal menarik perhatian bukan saja masyarakat Malaysia, malah antarabangsa.

Isu-isu yang akan dibangkitkan dalam perhimpunan itu akan diteliti segenap lapisan masyarakat, khususnya ahli UMNO untuk melihat dan menilai kewibawaan parti dan sama ada ia masih relevan dengan perjuangan semasa orang Melayu dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Veteran MAYC akan terus  melihat sama ada UMNO ini parti yang  dikatakan membela kepentingan orang Melayu dan masih lagi meletakkan asas itu sebagai pegangan paling utama dalam perjuangannya dan apakah parti ini sudah menjalani proses perubahan atau transformasi yang diharapkan.

 

MENJAGA BERAT BADAN

TANYALAH kepada sesiapa sahaja yang mengalami masalah berat badan pasti mereka berkongsi impian yang sama iaitu untuk menurunkan berat badan kepada ukuran ideal.

Namun, ia bukanlah sesuatu usaha yang mudah. Untuk menurunkan satu kilogram berat sahaja memerlukan komitmen yang tinggi.

Seumpama format rancangan realiti televisyen di Amerika Syarikat yang berpengaruh di dunia, The Biggest Loser, sebuah majalah terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. (Utusan Karya), majalah iSihat mengorak langkah mengadakan satu program kesihatan yang dinamakan Cabaran Sihat 6 Minggu bersama iSihat dan Kevin Zahri yang dilancarkan 4 Oktober lalu.

Pengurus Besar Operasi Utusan Karya Sdn. Bhd., Zurzaliza Bajuri memberitahu, buat julung kalinya, iSihat menganjurkan program cabaran sihat sejak ia diterbitkan semula pada bulan Jun tahun lalu.

“Diharapkan program ini berupaya membantu golongan yang menghadapi masalah obesiti bagi mendapatkan berat badan ideal. Ia juga dapat memberi pendedahan kepada amalan gaya hidup sihat menerusi sesi bengkel dan juga perundingan oleh Kevin Zahri.

“Program ini direalisasikan seiring dengan peningkatan tahap kesedaran masyarakat negara ini mengenai perlunya menurunkan berat badan,” kata Zurzaliza sambil memberitahu bahawa kesihatan bukan semata-mata bebas daripada penyakit malah perlu disertai amalan gaya hidup sihat.

Lebih 300 penyertaan diterima dan hanya 22 peserta sahaja yang terpilih. Pemilihan peserta berdasarkan kepada berat badan peserta dan komitmen yang sanggup mereka curahkan terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

“Seramai tujuh peserta lelaki dan 15 wanita menyahut seruan ini. Penyertaan lebih ramai wanita mungkin kerana wanita lebih berani berbanding kaum lelaki.

PTPTN YANG BERMASAALAH

Seramai 132,801 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah disenarai hitam sehingga 31 Ogos lalu yang melibatkan jumlah pinjaman RM2.1 bilion, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Namun beliau menjelaskan PTPTN bersifat fleksibel dalam menjalankan prosedur tuntutan semula pinjaman sebelum menyenarai hitam nama peminjam.

Hal ini amat mengelirukan kerana tidak dipastikan apa yang dimaksudkan dengan “senarai hitam”. Apakah ini bererti peminjam tidak boleh lagi meminjam dengan mana-mana untuk memulakan perniagaan atau membeli keretapi apabila sudah bekerja.

“Kita akan keluarkan empat notis peringatan termasuk notis tuntutan, notis peringatan pertama, notis peringatan kedua dan notis peringatan terakhir sebelum surat saman dikeluarkan oleh pihak mahkamah dan sekiranya peminjam masih gagal untuk tampil (menjelaskan pinjaman), maka tindakan senarai hitam akan dilakukan.

“Setiap notis yang dikeluarkan juga masing-masing mempunyai jarak tempoh yang agak lama bagi memberi ruang kepada peminjam memberikan maklum balas,” katanya di parlimen.

Saifuddin berkata PTPTN tidak bermaksud untuk menyusahkan peminjam, tetapi masalah senarai hitam ini berlaku kerana sikap peminjam sendiri yang tidak mengambil peduli terhadap amaran yang dikeluarkan kepada mereka sebelum ini.

“Jika dilihat dari segi prosedur tuntutan semula pinjaman, ia dilakukan secara berperingkat sehingga ada kala PTPTN sendiri berhadapan dengan isu mengapa terlalu fleksibel dalam melayan karenah peminjam,” katanya.

PROGRAM CUTI SEKOLAH ANAK2 KITA