INFOBELIA

Bimbang dengan gejala sosial membabitkan golongan belia terutama remaja kian meruncing, kerajaan Negeri Sembilan telah mewujudkan sistem infobelia sebagai saluran berkesan untuk memberi peluang menyuarakan pandangan mengenai kepentingan dan masa depan mereka.

Sistem itu yang dikendalikan sekretariat belia di Wisma Negeri, membolehkan semua golongan belia memberikan pandangan terhadap sesuatu isu yang kemudiannya membolehkan kerajaan negeri menelitinya sebelum mengambil tindakan sewajarnya.

Malah, semua maklumat yang dipaparkan dalam informasi berkenaan diteliti sendiri Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, sebelum mengarahkan agensi atau jabatan berkaitan bertindak.

Pengerusi Jawatankuasa Modal Insan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Samad Ibrahim, berkata sehingga kini sistem berkenaan berfungsi dengan baik dan membantu Menteri Besar mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan belia di negeri ini.

Beliau berkata, sehingga kini sistem berkenaan sudah menerima lebih 50,000 pandangan daripada belia pelbagai peringkat termasuk mereka yang menyuarakan rasa tidak puas hati dan langkah menangani permasalahan gejala sosial remaja.

“Sistem ini dilihat amat berkesan kerana mendapat sambutan menggalakkan apabila lebih 50,000 belia sudah menggunakannya.

“Mereka berpeluang menyalurkan pendapat, cadangan dan komen kepada Menteri Besar mengenai apa juga isu belia demi kepentingan dan masa depan mereka,” katanya selepas Mohamad melancarkan sistem itu di Wisma Negeri.

Menurutnya, belia juga boleh menghantar maklumat menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dengan cara menaip MBNS dan hantar ke 067642000.

Ini adalah contoh yang amat baik yang boleh dilaksanakan dinegeri-negeri lain.

Advertisements

MENGUNDI – HAK KITA

Kelab Veteran turut bimbang dengan senario pendaftaran pengundi Melayu yang terlalu rendah berbanding bukan Melayu selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu memulakan inisiatif bagi membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendaftar pemilih baru. Antara NGO itu ialah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bertekad menarik 20,000 pengundi baru di institusi pendidikan, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) pula mahu mendaftar 50 hingga 100 orang pada setiap majlis anjurannya, manakala Gabungan Graduan Melayu Muda menyasarkan 1,000 pendaftaran dalam tempoh dua atau tiga minggu.

Sebahagian besar golongan itu dikesan tidak memiliki kesedaran dan sikap tanggung jawab politik terhadap masa depan, sekali gus kurang mengambil berat keperluan mendaftar sebagai pengundi.

KVMM mengakui memang wujud sedikit perbezaan dari segi pecahan komposisi kaum dalam bilangan pengundi baru secara pukul rata.

Kita mahu melihat berlaku peningkatan pengundi berdaftar, khususnya di kalangan pemuda. Perangkaan menunjukkan kira-kira 4.3 juta orang yang layak berdaftar sebagai pengundi belum berbuat demikian dan usaha harus digerakkan untuk mengubah keadaan itu.

Nisbah antara orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru sejak PRU 2008 sehingga bulan ini adalah satu Melayu dan 40 bukan Melayu (1:40).

Veteran MAYC perlu mengambil inisiatif dengan kerjasama SPR kerana amat bimbang dengan senario yang menunjukkan orang Melayu mencatat nisbah terlalu rendah berbanding bukan Melayu dalam pendaftaran sebagai pengundi baru selepas PRU 2008.

Keadaan itu berlaku kerana ramai orang Melayu, terutama yang masih menuntut di IPT, sudah hilang minat terhadap agenda politik di negara ini.

Keadaan politik yang kelam-kabut dan tidak stabil serta banyaknya isu-isu negara menyebabkan golongan muda Melayu berasa politik seperti menyusahkan serta tidak membantu mengembangkan daya intelektual mereka dan menganggapnya amat remeh.

IBRAHIM ALI GASAK KHAIRY JAMALUDDIN

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menyifatkan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin seorang pemimpin muda yang `caca-marba dan dianggap perosak parti selain memalukan bangsa Melayu.

Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berkata, rakyat dapat menilai sendiri siapa sebenarnya pejuang dan siapa sebenarnya petualang. KJ (Khairy) adalah seorang pemimpin yang syok sendiri, naik dan kaya kerana bertenggek dan diramal mempunyai masa depan yang muram…. orang macam ini merosakkan parti sendiri, memalukan bangsa sendiri, malah tidak malu pada diri sendiri, katanya mengulas tindakan Khairy menarik balik perkataan `jaguh kampung yang diberi kepada Ibrahim, sebaliknya menggantikannya dengan `gedebe politik.

Selain enggan menarik balik kenyataannya terhadap Ibrahim yang disifatkan sebagai penghalang konsep 1Malaysia, Khairy dilaporkan berkata, gelaran terhadap Ibrahim itu memang tepat berdasarkan tindakan Ahli Parlimen Pasir Mas selama ini.

Kenyataan itu dibuat sebagai reaksi terhadap Ibrahim yang disifatkan sebagai penyibuk selepas Khairy mempertahankan kenyataan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong dalam isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Ibrahim turut memperjelaskan makna `gedebe politik yang dirujuk sebagai samseng politik oleh Khairy itu sebenarnya merujuk kepada sikap berani dan tidak pernah takut.

Katanya, gelaran `gedebe politik diberikan selang sehari selepas menerima gelaran `jaguh kampung menjadikan beliau sebagai jaguh kampung berani.

TUN DR MAHATHIR DIMINTA SELESAIKAN MASALAH DI KYRGYZSTAN

Kyrgyzstan mahu meminta bantuan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengamankan sengketa antara etnik Kyrgyz dan Uzbeks yang tercetus baru-baru ini.

Duta Kyrgyzstan ke Malaysia, Dr Bakir Uulu Tursunbay berkata bekas PM Malaysia itu adalah negarawan ulung dan dihormati oleh dunia Islam dan boleh diterima kedua-dua pihak untuk berperanan sebagai perantara keamanan. “Kami percaya kedua-dua rakyat kami Kyrgyz dan Uzbeks akan mendengar kepada orang seperti beliau. Seorang sebagai Islam dan berkecuali, beliau boleh menyumbang secara positif kepada proses keamanan dan membina keyakinan,” katanya. Bakir telah meminta untuk bertemu Dr Mahathir dan berharap dapat beruat demikian secepat mungkin untuk menyampaikan mesej mengenai perkara tersebut.

Pertempuran antara etnik utama Kyrgyz dan etnik minoriti Uzbeks di selatan Kyrgyzstan bulan ini telah mengorbankan kira-kira 2,000 orang dan memaksa kira-kira 400,000 etnik Uzbeks melarikan diri ke Uzbekistan.

Bakir berkata, Dr Mahathir dikenali di Kyrgyzstan di kalangan dua etnik berkenaan kerana beliau telah melawat bekas republik Soviet yang bersempadan dengan China itu yang mempunyai 5.5 juta penduduk, sebanyak dua kali iaitu pada 1996 dan 1997.

“Rakyat Kyrgyzstan mengetahui tentang sumbangan beliau kepada Malaysia dan dunia Islam,” katanya.

Bakir turut menekankan tentang peranan Dr Mahathir dalam membina hubungan antara Bishkek dengan Kuala Lumpur di mana Dr Mahathir telah meyakinkan bekas presiden pertama republik tersebut, Askar Akayev untuk membuka kedutaan Kyrgyzstan di Kuala Lumpur pada 1997.

Malaysia dan Kyrgyzstan menjalin hubungan diplomatik pada 1992, setahun selepas republik tersebut memperolehi kemerdekaan berikutan kejatuhan Soviet Union pada 1991.

Bakir berkata, Dr Mahathir yang mentadbir Malaysia selama 22 tahun dan kini Pengerusi Yayasan Kepimpinan Perdana, memiliki kebolehan dan pengalaman luas dalam usaha menjayakan keamanan.

“Kami secara jujur berharap beliau akan menerimanya (permintaan kami). Dalam sebarang konflik atau krisis seperti apa yang sedang kami hadapi, mungkin satu pihak akan mendengar (kepada kerajaan) dan mungkin satu lagi tidak.

“Oleh itu kami memerlukan pemimpin yang berkecuali yang boleh memuaskan hatikedua-dua pihak,” katanya.

Bakir berkata, mereka mahukan pandangan Dr Mahathir mengenai isu pembangunanekonomi di Kyrgyzstan di mana apabila ekonomi dibangunkan dengan baik, tiadalagi ruang untuk sebarang konflik muncul. — BERNAMA

NASIR SAFAR DISEBUT-SEBUT LAGI

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dalam kenyataan akhbarnya di Mingguan Malaysia hari ini mengutuk Khairy Jamalauddin, Ketua Pemuda UMNO kerana tidak membuat sebarang pendirian mengenai pemberhentian Datuk Nasir Nafar, bekas Pegawai Khas Perdana Menteri yang juga Naib Presiden Kelab Veteran berikutan kenyataannya memperjuangkan nasib orang Melayu dibawah gagasan 1Malaysia dibeberapa wacana.

Ini jelas, katanya, menunjukkan bahwa KJ tidak langsung mendukung gagasan 1 Malaysia dan juga membela nasib kaum Melayu.

Tambahnya pergerakan Pemuda UMNO akan merosot sekiranya kepimpinan saperti ini terus menerajui UMNO.

Beliau mencadangkan KJ dilantik sebagai Wakil Tetap Malaysia di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu kerana beliau sahaja yang faham tentang globalisasi.

ROHANI BUJANG DI HOSPITAL

Bekas Setiausaha Kerja MAYC Pusat, Hajjah Rohani Bujang telah dimasukkan ke Hospital Tawakkal di Kuala Lumpur kerana mengidap penyakit kencing manis.

Setelah mengidapnya beberapa waktu, sekarang ini mendapat masalah jantung pula.

Beliau sedang dirawat di Bilek 306 Tingkat 3, Hospital Tawakkal, Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Sama-samalah kita doakan agar beliau cepat sembuh.

KERJAYA SEBAGAI GURU

Soal keupayaan dan kelayakan turut dipersoal sekali gus memberi tanggapan buruk terhadap kerjaya golongan ini yang sebelum ini dianggap terhormat di kalangan masyarakat di Malaysia. Dikalangan veteran MAYC juga ramai yang menjadi guru. Ramai guru yang telah memimpin MAYC disemua perengkat.

Meskipun mereka cuba mempertahankan pendirian dengan menyatakan masih mampu memberi perkhidmatan terbaik, kebanyakan ibu bapa dan masyarakat tetap tidak berpuas hati dan menganggapnya sebagai janji kosong.

“Bagaimana kami mahu percaya sedangkan anak-anak merungut guru di kelas kurang beri perhatian, tidak menyemak buku dan gemar menghabiskan masa menyelesaikan masalah peribadi? “Perlukah kami percaya kata-kata mereka?” kata seorang ibu yang berang apabila anaknya yang berusia 12 tahun menceritakan keadaan yang berlaku di sekolah.

Krisis pendidikan itu bukan saja disebabkan rasa tidak puas hati kepada guru malah kemudahan di sekolah berat sebelah terutama kepada golongan kurang berkemampuan.

Bagaimanapun, kekalutan dan ketegangan itu ditangkis sebahagian pakar pendidikan yang menganggap ibu bapa terlalu menuntut layanan istimewa daripada institusi pendidikan.

Mereka menganggap guru terlalu dibebankan dengan tanggungjawab lain namun tiada siapa prihatin sebaliknya hanya tahu membuat tuduhan melulu.

Ibu bapa dan masyarakat terlalu mendesak, inginkan kesempurnaan dan gagal memahami masalah orang lain.

Mereka mahukan yang terbaik tapi jangan biarkan keinginan itu terlalu menguasai diri malah tiada sesiapa yang sempurna.

Guru manusia biasa yang ada pelbagai masalah. Mereka mahu memberikan komitmen tapi kadang kala bukan semua mampu memenuhinya.

Meskipun sikap masyarakat negara maju lebih terbuka, ada segelintir enggan menerima penjelasan dan menjadikan isu sedia ada lebih panas.

Memburukkan lagi keadaan apabila isu taraf institusi turut diheret dengan ibu bapa melabelkan IPTA sebagai tidak profesional berbanding IPTS.

Veteran diminta memberi komentar.