MAYC KEBANGSAAN TIDAK LAGI SAH

Kerana tidak dapat mengadakan mesyuarat agung tahunan selama lima tahun berturut-turut, Tan Sri Sanusi Junid, Presiden Kelab Veteran MAYC menggangap MAYC Kebangsaan tidak lagi sah dan tidak berupaya lagi menaja penubuhan MAYC dibawah Pendaftar Belia yang baru. Dibawah Akta Belia yang baru hanya belia-belia dibawah umur 40 tahun sahaja yang layak menjadi anggota MAYC.

Beliau menyarankan agar ahli-ahli kelab MAYC yang sedia ada boleh bergerak terus sehingga berumur 40 tahun. Selepas itu boleh diterima terus menjadi ahli Kelab Veteran MAYC Malaysia yang telah didaftarkan dan diresmikan oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad semalam di Johor Bahru.

“Selamat berjuang, membela agama, bangsa dan tanah air”, tambah beliau dengan keyakinan bahwa Kelab Veteran MAYC akan mempunyai bilangan ahli yang jauh lebih besar dari MAYC Kebangsaan dan akan terus mendukung gagasan 1Malaysia.

WACANA KEPIMPINAN

Seramai 1000 orang terdiri dari veteran MAYC, Pergerakan pemuda Bahagian Pasir Gudang dan pemimpin NGO tempatan telah hadir di Wacana Kepimpinan Sabtu 29 Mei 2010 di Hotel M Suites untuk mendengar amanat YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia.

Majlis dianjurkan dengan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gubang dan telah dibiayai sepenuhnya oleh Mudra Resorces Sdn Bhd, tuanpunya Hotel M Suites.

Membuka tirai wacana tersebut, Tan Sri Sanusi Junid, Presiden Kelab Veteran berkata MAYC adalah satu-satu pertubuhan yang telah lama memperjuangkan konsep satu Malaysia yang sekarang ini di sebut Gagasan 1Malaysia, kerana ahli MAYC terdiri dari berbagai kaum dan menjalankan kegiatan menjurus kepada pencapaian matlamat tersebut. Semua prinsip yang terkandung didalamnya telah lama dilaksanakan oleh MAYC.

YAB Tun Dr Mahathir telah berucap selama lebih dari 1 jam mengenai berbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh kepimpinan negara dan isu-isu yang bersangkutan dengan hubungan Malaysia dan Singapura.

Tun menyeru rakyat Malaysia untuk terus menyuarakan pendapat mereka dan bekerja keras untuk membangunkan Malaysia, supaya negara ini akan terus dihormati.

Selesai ucapan Tun menjawab berbagai soalan mengenai isu-isu semasa dengan mendapat tepukan bergemuruh dari semua yang hadir.

Wacana Kepimpinan saperti ini akan diadakan di Melaka, Trengganu, Kuala Lumpur dan beberapa negeri lain dalam masa yang terdekat.

KAD VETERAN DILANCARKAN

KAD VETERAN telah dilancarkan oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad pada satu perjumpaan Sabtu 29 Mei 2010 di Hotel M Suites, Johor Bahru. Tun juga menjadi pemegang Kad nombor satu sebagai ahli Veteran MAYC. Tan Sri Sanusi Junid, Presiden Kelab Veteran adalah pemegang kad nombor dua.

Tan Sri Sanusi telah menyampaikan kad tersebut kepada Tun sementara Datuk Nasir Safar, Naib Presiden Kelab Veteran menyampaikan kad nombor dua kepada Tan Sri Sanusi.

Kad Veteran ini mempunyai ciri-ciri debit kad yang akan dikeluarkan kepada semua ahli-ahli MAYC yang berumur lebih dari 40 tahun dan mempunyai kemudahan potongan harga, insuran, rawatan perubatan, khairat kematian dan banyak lagi.

Sebaik-baik sahaja satu perjanjian dicapai bersama dengan sebuah bank tempatan kad ini boleh diperolehi secara online.

KELAB VETERAN DIRESMIKAN

YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri dan juga Veteran MAYC telah melancarkan penubuhan Kelab Veteran MAYC Malaysia pada Sabtu 29 Mei 2010 jam 10.30 pagi di M Suites Hotel, Johor Bahru dengan dihadiri lebih 1000 orang.

Turut hadir di majlis tersebut adalah YAB Dato Haji Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor, beberapa orang Exco Kerajaan Negeri Johor dan kenamaan yang lain.

Sebelum mersmikan kelab veteran Tun telah berucap mengenai berbagai isu semasa termasuk kepimpinan Malaysia pada waktu ini.

Tun menyeru semua Veteran MAYC untuk terus memberi khidmat dan memberi pendapat mereka tentang keadaan negara pada hari ini.

AWANG AHMAD MENINGGAL

Veteran MAYC dari Kedah Dato’ Dr Awang Ahmad Sulaiman telah kembali kerahmatullah kira-kira jam 3 petang tadi. Beliau diberitakan telah sakit sejak beberapa bulan yang lalu.

Beliau adalah seorang pemimpin MAYC di perengkat kebangsaan yang amat kuat menyuarakan masalah belia dan telah menyertai perhimpunan belia bukan sahaja di Malaysia malah diluar negara.

Pemergian Awang Ahmad amat merugikan pergerakan belia terutama sekali MAYC.

Kelab Veteran mengucapkan takziah kepada keluarga beliau dan berdoa agar roh beliau diletakkan dikalangan orang-orang yang soleh.

Innallillah waina illahi rajiuun.ALFATHIHAH

VETERAN MAYC PERAK

Seramai 120 orang telah hadir di Wacana Tokoh Pemikir Belia di Ipoh pada jam 4.30 petang Sabtu 21hb Mei 2010 di Hotel Seri Malaysia. Presiden Kelab Tan Sri Sanusi Junid telah berucap mengenai perjalanan pergerakan MAYC sejak ianya ditubuhkan pada tahun 1954.

Katanya, MAYC adalah satu-satunya pergerakan belia yang amat mendukung Gagasan 1Malaysia. Keahlinya juga mencerminkan keberbilang kauman dan yakin ini akan terus menjadi wadah perjuangannya.

Turut hadir di perjumpaan ini ialah Dato Ismail Hasbollah, Dato Yahaya Zakaria, Dato Mohd Yusoff Hamid dan ramai lagi bekas pemimpin MAYC.

Perjumpaan disusul dengan mesyuarat penubuhan Veteran MAYC Perak.

CADANGAN DUA BANK BARU

Presiden Kelab, Tan Sri Sanusi Junid telah mencadangkan penubuhan sebuah bank baru untuk membantu peniaga Melayu mendapatkan mirco credit. Bercakap di Konvesyen Keusahawanan anjuran Dewan Perniagaan Melayu Sabtu lalu, Tan Sri Sanusi mencadangkan bank tersebut boleh dinamakan BANK MODEL EKONOMI BARU atau BANK 1MALAYSIA.

Butir-butir lanjut mengenai cadangan ini boleh didapati di http://www.sanusijunid.blogspot.com