Belia perlu kuat mental, jasad dan roh

 

Sanusi Junid (dua dari kiri) beramah mesra dengan sebahagian pelajar sekolah selepas menyampaikan ceramah di SMK Seremban 2, baru-baru ini.

 

 


Sebagai penutup untuk tahun 2010 disiarkan kenyataan Presiden Kelab Veteran pada  17 Nov. lalu di Seremban.  Bekas Presiden Persatuan Kelab Belia Malaysia (MAYC), Tan Sri Sanusi Junid menasihatkan pemimpin baru supaya mempunyai kekuatan mental, jasad dan roh.

Katanya, tiga elemen itu merupakan medium paling kuat dalam membentuk jati diri seorang pemimpin dan andainya salah satu berlaku kepincangan, maka kesinambungan kepimpinan itu akan terbantut.

”Mental yang kuat pada jasad yang lemah, kita tidak akan dapat melaksanakan apa-apa.

”Kalau rohani kita rosak, mental kita pun akan rosak juga kerana golongan orang pandai yang jahat ini, cukup bahaya dalam masyarakat,” katanya dalam ucaptama sempena Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 2, baru-baru ini.

Dalam ucaptama bertajuk ‘Pengalaman Sebagai Seorang Sukarelawan NGO Belia’ itu, beliau berkata, jika seseorang itu mempunyai jasad yang kuat, tetapi mentalnya pula lemah, manusia tersebut ibarat bercita-cita besar tetapi tidak berkemampuan untuk berfikir.

”Kesimpulannya, apabila kita sudah kuat jasad, mental dan roh, barulah boleh memasuki arena politik dengan baik dan berkesan.

”Manusia yang kuat mental dalam politik, ekonomi dan masyarakat serta bersih rohaninya, terutama dalam memartabatkan perjuangan dapat membantu sesiapa sahaja dengan jayanya,” katanya.

Sanusi yang pernah menjadi Menteri Besar Kedah pada tahun 1996 hingga 1999 serta pernah menganggotai jemaah menteri memberitahu, generasi yang mempunyai kepimpinan yang hebat mental, kukuh jasad dan terpuji kekuatan rohnya dapat mengembangkan bakat dan usaha memimpin sesiapa sahaja.

Beliau juga berkata, golongan pelajar dan belia hendaklah sentiasa ‘dikejutkan’ daripada mimpi yang enak supaya usaha memajukan diri tidak terbatas.

Malah, katanya, seseorang pemimpin belia juga hendaklah tahan untuk menerima sebarang kritikan.

”Bila kita dikritik, kita menjadi matang. Sepatutnya dalam mana-mana persatuan tidak elok kalau ahlinya berbalah. Penyelesaian terbaik adalah di meja rundingan dan di situlah kita dapat berbincang secara baik,” ujarnya.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU MASIHI 2011.

Advertisements

RIBUAN KELAB BELIA TIDAK BERERTI HEBAT

Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) menyasarkan untuk mewujudkan 1,000 pertubuhan belia di seluruh negeri ini pada tahun depan.

Pengerusinya, Mat Yusof Mat Ali berkata baru-baru ini , ia akan digerakkan melalui pendekatan satu kampung satu pertubuhan belia dengan menarik penglibatan golongan muda dalam kepimpinan dan kegiatan sukarelawan.

Menurutnya, MBNT akan turut membantu memperkasakan semula sebahagian daripada 324 pertubuhan sedia ada selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk menarik lebih ramai generasi muda aktif berpersatuan.

“Pertubuhan yang diwujudkan kelak bakal menaungi warga belia yang berumur antara 15 hingga 40 tahun di setiap kampung dengan pelbagai pengisian yang mampu meningkatkan potensi diri mereka.

Ini adalah satu usaha yang amat membanggakan dan diharap batasan umur tetap dilaksanakan memandangkan kegagalan serta merosotan pergerakan belia dimasa lampau disebabkan kokongan oleh yang sudah amat berumur dan tidak lagi relevan.

“Penubuhan ini penting bagi membolehkan peruntukan daripada kerajaan mahupun pihak swasta dapat disalurkan terus kepada golongan sasar bagi menjayakan pelbagai aktiviti yang dianjurkan,” katanya.

Diharapkan aktiviti tersebut adalah mesra masyarakat dan tidak untuk tujuan politik atau  hal-hal yang membazir. Untuk jangka panjangnya pergerakan belia janganlah berharap sangat dengan bantuan kerajaan dan perlulah mengadakan program-program yang sustainable.

TABUNG EKONOMI BELIA

Kementerian Belia dan Sukan dikatakan mengambil langkah proaktif dengan mengadakan Makmal Bidang Ekonomi Utama Kementerian MKEA Industri Sukan bagi menyediakan halatuju dan pelan strategik industri sukan negara dari persepktif sumbangan ekonomi kepada negara yang mana ia merupakan langkah dalam merealisasikan tahun industri sukan 2011.

Demikian dinyatakan oleh Yosri Abu Mahsin, Pegawai Perhubungan Awam, Kementerian Belia Dan Sukan. Dalam aspek belia pula, hanya satu dasar pembangunan belia yang baharu telah disediakan.

Ini dikatakan juga akan menyaksikan beberapa perubahan diwujudkan tidak lama lagi bagi memperkasakan pembangunan golongan tersebut.

Cadangan pembaharuan tersebut terbentuk menerusi perbincangan dengan agensi-agensi kerajaan serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di dalam Makmal Tranformasi Pembangunan Belia yang telah bermula 2 November hingga 10 Disember yang lalu.

Dasar tersebut diwujudkan bagi mempercepatkan pembangunan belia agar seiring dengan pembangunan negara.

Dasar sedia ada ditetapkan oleh orang lama yang relevan kepada keperluan belia pada masa itu maka kini sudah tiba masanya KBS mengatur strategi baru untuk golongan belia masa kini atau lebih dikenali dengan generasi Y.

Menerusi Makmal Tranformasi Pembangunan Belia ini katanya beberapa perkara dapat diketahui seperti perkara yang belia mahukan daripada kerajaan dan bagaimana KBS boleh membantu meningkatkan lagi pembangunan belia di Negara ini.

Makmal Transformasi Pembangunan Belia bertujuan memahami keperluan serta kehendak golongan belia atau generasi Y dan mengenal pasti inisiatif yang berkesan dalam meningkatkan pembangunan golongan belia di negara ini.

Salah satu yang turut diusulkan dalam makmal Transformasi Belia ialah menggalakkan penglibatan belia dalam perniagaan. Untuk itu beberapa kaedah sokongan serta bantuan akan dirangka semula bagi memudahkan segala urusan yang berkaitan.

KBS katanya lagi, ingin menjelaskan bahawa peranan untuk membantu golongan belia tidaklah menjadi tanggungjawab kerajaan semata-mata, pelbagai pihak lain juga adalah diharapkan tampil untuk membantu golongan belia di negara ini.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak KBS untuk membantu golongan belia, suatu ketika dahulu Kementerian melalui Bahagian Pembangunan Belia mempunyai Skim Tabung Ekonomi Belia dengan kerjasama beberapa kementerian lain.

Objektif utama tabung ini adalah bagi membantu golongan belia untuk memulakan perniagaan atau aktiviti ekonomi yang lain. Tabung yang berkenaan juga bolehlah dilihat seperti bank belia.

Syabas KBS. Kita harap kenyataan ini bukan omong kosong sahaja.

BANK BELIA TAK RELEVAN

YOSRI ABU MAHSIN Pegawai Perhubungan Awam,Kementerian Belia Dan Sukan berkata baru-baru ini bahwa kementeriannya  akan meneliti cadangan yang diutarakan serta relevannya kerajaan menubuhkan bank belia bagi membantu belia supaya mereka dapat bersaing dan dapat ikut serta dalam Program Tranformasi Ekonomi Negara.

Cadangan ini rasanya ada  sedikit kebodohannya kerana bidang kuasa mengeluarkan lesen perbankan adalah Bank Negara dan bukan mana-mana Kementerian Persekutuan. Biasanya satu-satu cadangan itu diputuskan dipeengkat kabinet.

Memberi jaminan bahwa perkara ini akan dikaji oleh KBS adalah sesuatu yang tidak perlu. Dengan keadaan pasaran kewangan sekarang amat jelas penubuhan bank belia tidak relevan sama sekali.  Bank-bank yang sedia ada dinegara kita sudah banyak membantu  belia untuk mereka dapat bersaing dan dapat ikut serta dalam Program Tranformasi Ekonomi Negara.

KBS  sepatutnya melaksanakan anjakan paradigma yang baharu dalam bidang pembangunan belia pada tahun hadapan (2011) terutama sekali dalam hal adanya dua MAYC Kebangsaan dan tidak hanya tertumpu kepada sukan sahaja.

Pandangan bahwa pembangunan sukan massa dan sukan berprestasi tinggi kini bukan lagi sekadar dilihat sebagai rekreasi atau untuk mendapatkan pingat tetapi bakal menjadi punca pendapatan dan kekayaan kepada rakyat, khususnya golongan belia adalah amat tepat sekali.

Tidak dapat dinafikan bahwa pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak KBS untuk membantu golongan belia, suatu ketika dahulu Kementerian melalui Bahagian Pembangunan Belia mempunyai Skim Tabung Ekonomi Belia dengan kerjasama beberapa kementerian lain.

Objektif utama tabung ini adalah bagi membantu golongan belia untuk memulakan perniagaan atau aktiviti ekonomi yang lain. Tabung yang berkenaan juga bolehlah dilihat seperti bank belia.

 

TINDAKAN INJUNKSI

Pada 24 November lalu kami telah memaparkan berita tentang Kelab Veteran melantik syarikat guaman Tetuan Irzuan yang berpejabat di Bandar Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur untuk menguruskan kemasukan kaveat keatas semua harta MAYC.

Ini termasuk Wisma Belia, Wisma Tunku diKuala Lumpur  dan beberapa lagi harta MAYC di negeri-negeri.

Tujuan memasukkan kaveat ini adalah untuk menghalang mana-mana pihak menjual harta-harta tersebut kepada mana-mana pihak yang tidak berkepentingan.

Ternyata sekali hingga hari ini belum ada lagi sebarang hasil yang boleh meyakinkan bahwa harta-harta berkenaan masih lagi atas nama MAYC. Ada kemungkinan besar telah diambil alih secara undang-undang oleh Dana Harta kerana MAYC masih lagi banyak berhutang dengan bank-bank yang berkenaan.

Oleh yang demikian amat perlu sekali kita mengambil tindakan untuk mendapatkan perintah injunksi bagi mempastikan tidak ada urusan pindah milik sehingga kita betul-betul sudah kehabisan fikiran.

Sehingga hari in belum ada lagi sebarang tindak-balas dari syarikat guaman yang telah dilantik sebulan lalu.

NEGARA NIKMAT BUAT WARGA EMAS

Australia adalah sebuah negara yang boleh dicontohi dalam berbagai bidang terutama sekali menyediakan prasarana buat warga emasnya. Tinjauan kami mendapati kebanyakan rakyat Australia amat menanti-nantikan waktu usia senjanya kerana sudah ada banyak kemudahan yang disediakan kerajaan mereka

.   

Disamping penerimaan wang pencen yang begitu lumayan, kemudahan perubatan dan rawatan yang begitu baik dan berbagai-bagai kemudahan lain, mereka juga mendapat kemudahan bercuti setahun sekali kemana-mana destinasi di Australia mengikut pilihan mereka. Percutian ini ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Australia.

Penempatan semula warga emas dilokasi-lokasi tertentu juga disediakan oleh Kerajaan. Kawasan perumahan yang amat mesra warga emas juga disediakan bagi mereka yang mahu meneruskan hidup mereka saperti biasa. Kemudahan riadah, pengisian masa lapang dan berbagai-bagai lagi juga disediakan oleh pihak yang berwajib.

Dimana-mana sahaja kemudahan untuk warga emas disediakan tanpa perlu bersusah payah mencarinya. Terutama sekali di kenderaan awam. Warga emas diutamakan dan mendapat layanan utama dan sentiasa didahulukan.

KAD SENIORS

Setiap warga negara Australia berumur melebihi 60 tahun layak menerima kad warga emas yang boleh digunakan untuk berbagai kemudahan.

Salah satu daripadanya ialah mendapat potongan tambang semua jenis pengangkutan darat dan laut.

Dengan hanya membayar AUD 2.5 seorang boleh menggunakan tiket tersebut untuk satu hari. Tiket tersebut boleh digunakan untuk menaiki bas, keretapi dan feri bagi perjalanan disekitar bandaraya Sydney dan bandar-bandar yang lain.

Tempat-tempat khas juga disediakan didalam pengangkutan tersebut bagi memudahkan pergerakan keluar masuk kenderaan.

Dengan kad ini juga warga emas akan mendapat potongan harga di semua tempat membeli barang-barang keperluan dan sebagainya, termasuk rawatan dihospital dan klinik Kerajaan.