MEMOHON PERUNTUKAN PERDANA MENTERI

Untuk mendapat peruntukan tahunan bagi program-program Veteran MAYC sudah disediakan cadangan anggaran perbelanjaan saperti berikut:

Peruntukan khas ini akan dibelanjakan untuk melaksanakan kegiatan pertubuhan ini pada bidang-bidang berikut sepanjang tahun 2015:

1. Program-program susulan termasuklah Jelajah Perpaduan dan tumpuan kepada kawasan pilihan raya dimana BN kalah tipis.

2. Pembangunan koperasi dan mewujudkan rakan pintar bersama agensi Kerajaan yang berkenaan.

3. Program-program pembangunan di zon Timur, Utara dan Selatan, Semenanjung Malaysia.

4. Program kebajikan untuk pimpinan dan veteran MAYC.

TAIB WAHAB LETAK JAWATAN

Pada 5hb Mach lalu Taib Wahab telah menulis surat kepada Datuk Nasir Safar untuk meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung kerana sebab-sebab peribadi.

Hasrat ini telah lama disimpan hanya menantikan masa yang sesuai. Oleh kerana tarikh mesyuarat agung tahunan telah ditunda kepada 3hb April 2015 dan bukan pada bulan Januari maka dirasakan tidak boleh bertahan lagi.

Lagipun wadah perjuangan Kelab Veteran MAYC sudah banyak berubah kepada hal-hal untuk menyelesaikan masalah negara daripada hal-hal untuk menjaga kebajikan veteran MAYC.

Ramai dikalangan kita yang memerlukan pembelaan. Nama-nama yang mudah diingati adalah Datin Paduka Rahmah Othman yang sedang mengidap penyakit “Dementia”, Datuk Yahaya Zakaria lebih kurang begitu, Munit Itam Fajar, sakit jantung dan banyak lagi.

Taib Wahab merasakan hanya dia saorang sahaja yang mengambil berat tentang hal ini. Datuk Nasir dan ahli-ahli JKK yang lain hanya menumpukan perhatian untuk memenangkan BN dalam PRU14 nanti. Satu cita-cita yang memerlukan tenaga dan wang ringgit yang banyak dan satu angan-angan yang sangat tinggi.

Hingga saat ini sudah lebih RM 1 juta telah disumbangkan oleh pejabat PM, tetapi ianya banyak digunakan untuk hal-hal yang bukan untuk kebajikan veteran MAYC.

Taib Wahab merasakan sudah tiba masanya untuk duduk dirumah menulis buku.

GAGASAN 1MALAYSIA – LAMBANG KOMITMEN

Gagasan 1Malaysia merupakan konsep unik yang perlu diterima oleh semua pihak di negara sebagai lambang komitmen dan usaha oleh rakyat demi mencpai yang terbaik untuk negara. Perdana Menteri berkata ia sangat berbeza dengan konsep satu negara yang diamalkan di negara lain yang mengutamakan keadilan sosial buat semua kaum dan penduduknya. simbol 1Malaysia merupakan jenama hebat yang perlu disayangi oleh rakyat. simbol itu sangat unik kerana menggunakan nombor satu yang dimasukkan dengan bendera Malaysia.

Bagi menyemarakkan lagi kempen gagasan 1Malaysia kerajaan perlu memperbanyakkan aktiviti yang boleh melibatkan pelbagai kaum seperti kebudayaan dan permainan untuk dilaksanakan disetiap peringkat masyarakat 1Malaysia. Pemimpin perlu turun padang melihat sendiri permasalahan rakyat setiap kaum tanpa mementingkan status pemimpin itu sendiri. Dengan itu semua agensi kerajaan perlu memainkan peranan yang lebih daripada sekarang dalam mewujudkan perpaduan kaum.

Sumber Maklumat:
Jabatan Penerangan Malaysia

 

GAGASAN SEBENAR

Gagasan Satu Malaysia adalah cetusan idea Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul
Razak, untuk menjadikannya satu tindakan strategik dalam mewujudkan
kesatuan bangsa Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum dan
budaya.
Konsepnya amat penting seperti yang digagaskan dalam lapan nilai
yang menjadi teras gagasan ini, iaitu ‘budaya cemerlang’, ‘ketabahan’,
‘rendah hati’, ‘penerimaan’, ‘kesetiaan’, ‘meritokrasi’, ‘pendidikan’ dan
‘integriti’.
Nilai-nilai ini semua merupakan amalan baik yang dilaksanakan
oleh masyarakat selama ini, sama sahaja seperti amalan tolong menolong
dan hormat menghormati yang merupakan budaya bangsa Malaysia di
kalangan semua kaum dan etnik sejak sekian lama.
Tradisi berbudi bahasa dan bertolak ansur adalah warisan bangsa
Malaysia dari berbagai keturunan sebenarnya telah diamalkan di dalam
masyarakat kita semenjak berdekad lamanya, termasuklah ketika negara ini dijajah oleh British.

 

BEGINILAH HIDUP KITA

Love is...
http://9gag.com/gag/aBK84dZ?ref=fbp

Sungguhpun sentiasa berbalah, pasangan ini tetap berkasih sayang dengan cara yang agak berlainan. Berbalah itu menjadi asam garam kehidupan suami isteri, 

Kelab Veteran MAYC harap dapat menjalankan program-program ilmu untuk memupuk semangat ini disemua perengkat masyarakat. Fasilitator yang berpengalaman akan dijemput untuk memberi ceramah dan bimbingan kearah ini.

Nantikanlah.

PROGRAM INTEGRITI VETERAN MAYC

INTEGRITI bererti menjaga nama baik. Ini perlu disematkan dalam jiwa semua rakyat Malaysia. Dalam era dunia tanpa sempadan, kecanggihan teknologi internet dan sebagainya   memberi kemudahan serta mempercepatkan lagi proses gerakkerja semua NGO.
 

Blog ini merupakan satu daripada sumber maklumat yang boleh  mewujudkan hubungan antara satu sama lain secara berkumpulan atau global selari dengan arus perkembangan teknologi maklumat yang melangkaui batas sempadan. KVMM telah menggunakan blog  ini sebagai salah satu cabang penyebaran maklumat mengenai nilai-nilai murni dan penerapan integriti dikalangan masyarakat umumnya tidak kira apa juga bangsa dan agama untuk dimanfaatkan bersama.
 

Tujuan blog  ini adalah untuk memberi ruang kepada veteran MAYC mendapatkan maklumat dan fakta mengenai program-program yang disediakan.

Kita sedang menjalinkan kerjasama dengan Institut Integriti Malaysia  untuk menjadi pemacu dan jentera pelaksana Pelan Integriti Nasional (PIN) kearah membangunkan sebuah Negara bangsa yang mempunyai jatidiri dan menghayati serta mengamalkan nilai-nilai integriti dan etika.
 

Dengan kerjasama dan sokongan dari pelbagai pihak terutama sekali IIM veteran MAYC akan berusaha keras untuk melonjakkan tahap integriti di kalangan NGO Malaysia melalui pelbagai program penerapan nilai-nilai murni serta kerohanian yang utuh  serta bertunjangkan budi pekerti yang mulia.

 

Sesuai dengan gagasan 1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, KVMM mengalu-alukan sebarang maklum balas dan pandangan yang membina untuk penambahbaikkan  terhadap kualiti program yang diadakan. Semoga segala usaha dan kerjasama ke arah membudayakan integriti di kalangan masyarakat Malaysia akan beroleh kejayaan.

Insya Allah.

PROGRAM PENDEKATAN WASATIYYAH

Majlis Pelancaran Pendekatan Wasatiyyah akan diadakan ahad 8/6/2014 jam 9.00 pagi di Auditorium Yayasan Kepimpinan Perdana No l Jln P8H Presinct 8 Putrajaya.

Seminar setengah hari ini bertemakan PENDEKATAN WASATIYYAH: PEMACU PERADABAN NEGARA dijangka akan dihadiri oleh lebih kurang 200 peserta.

Ucap utama akan disampaikan oleh Tan Sri Dr Abdullah Md Zin,Penasihat Ugama kepada Perdana Menteri merangkap Pengerusi Institut Wasatiyyah Malaysia. Diantara penceramah yang dijemput adalah Mahamad Naser Disa, Pengamal Undang-undang merangkap ahli Biro Undang-undang, Majlis Ugama Islamic Wilayah Persekutuan dan Ustaz Nasharudin Mat Isa Pengerusi Yayasan Yassar.

Tuan Haji Mohd Yusof bin Din, Pengarah Institut Wasatiyyah Malaysia akan berucap sebelum ucapan Datuk Nasir Safar yang akan meresmikan Pelancaran Program Wasatiyyah Kelab Veteran MAYC.

Persetujuan ini telah tercapai disatu perjumpaan semalam 14/5/2014 dipejabat Institut Wasatiyyah Malaysia. Rombongan KVMM terdiri daripada  Maznah Abdullah, Pengerusi Wanita,  Datuk Yusoff Hamid, Timbalan Presiden, Datuk Abdul Halim Hamad, Naib Presiden.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.