BUKU 555

Setiap rumahtangga mempunyai buku ini kecuali yang tidak berhutang. Buku ini membolehkan kita berhutang apabila nak membeli sesuatu dikedai runcit berdekatan. Didalam buku ini akan dicatit jumlah barang yang diambil dan jumlah yang sudah dibayar. Ini dulukala.

Sekarang buku ini digantikan dengan buku bank yang perlu dirujuk kepada bank dahulu untuk mengeluarkan tunai bagi membolehkan kita berbelanja. Beginilah berubahnya hidup kita sekarang.

http://1.bp.blogspot.com/-wsRyAPSxHLY/UI0Dx-HzFEI/AAAAAAAADb8/kmuDT-YZILY/s320/555+book.jpg

Advertisements

DULU KALA

Pengalaman semasa kecil/muda akan sentiasa berada dalam kenangan. Itulah sebabnya kita wujudkan kerjasama Veteran MAYC/Alumni 4B untuk melestarikan kenangan lama saperti dalam foto berikut:

http://4.bp.blogspot.com/-4knbp4B5lZ4/UI0HIDL-fVI/AAAAAAAADc0/6Z6Y25fG11o/s400/breadman.jpg

Melalui kerjasama ini kita akan bangkitkan cerita-cerita lama yang masih dalam kenangan supaya anak-anak kita dapat mengetahui dunia kita pada masa dahulu.

WADAH BARU PERGERAKAN NGO

Memorandum Persefahaman diantara Veteran MAYC dan Alumni 4B yang akan ditanda tangani awal bulan depan akan menjadi wadah baru bagi pergerakan NGO umumnya. Demikian dinyatakan Presiden Kelab Veteran MAYC Datuk Nasir Safar ketika mengulas harapan beiiau mengenai MOU tersebut.

Katanya MOU ini merupakan yang pertama bukan sahaja diantara MAYC dan 4B malah yang sulong bagi mana-mana pertubuhan diMalaysia. Usaha ini jelasnya akan membawa pergerakan kesukarelawan lebih dekat kepada pencapaian Gagasan 1Malaysia.

Disinilah nanti akan bercambah berbagai ide untuk membangunkan lagi negara dan masyarakat sesuai dengan keperluan yang amat mendesak sekarang ini.

Dengan adanya pengalaman dan sumber manusia dikedua belah pihak, banyak lagi program pembangunan dapat dijalankan diseluruh negara.

Beliau mempersilakan semua bekas pemimpin MAYC hadir untuk menjadi sebahagian dari sejarah pergerakan kesukarelawan diMalaysia.

Acara menanda tangani MOU akan diadakan Ahad 3hb Mach 2013 jam 4.00 petang di Permaisuri MITC Hotel, Ayer Keroh. Melaka. MOU ini akan ditangani oleh Datuk Nasir Safar bagi pihak Veteran MAYC dan Dato Seri Mohd Ali Rustam bagi pihak Alumni 4B.

MESYUARAT JKK PENYELARASAN MOU MAYC/4B

MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANAAN PERTAMA akan diadakan hari ini Khamis, 14 Februari 2013 Jam 5.00 petang diTingkat 30 Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur

JAWATANKUASA PELAKSANAAN terdiri daripada
Penaung YAB DATUK SERI HJ MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM
Presiden Alumni 4B Malaysia
merangkap Ketua Menteri Melaka

DATUK NASIR SAFAR
Presiden KelabVeteran Mayc Malaysia

Penasihat YB DATUK SERI HJ NOH BIN HJ OMAR
Timbalan Presiden Alumni 4B
Merangkap Menteri Pertanian & Industri Asas Tani

DATUK MOHD YUSOFF BIN HAMID
Timbalan Presiden Kelab Veteran Mayc

Pengerusi DATUK WIRA HJ JAMALUDIN BIN HJ ABDUL RAHIM
Setiausaha Agung Alumni 4B

Timbalan Pengerusi ENCIK TAIB  WAHAB
Setiausaha Agung Kelab Veteran Mayc Malaysia

Setiausaha DATUK MUNAWAR BIN HJ NOR
Setiausaha Eksekutif Alumni 4B

Jawatankuasa

Alumni 4B

DATO’ HJ AHMAD BHARI ABD RAHMAN

DATUK HJ YOP @AYUP BIN HJ YAHYA

DATO’ HJ AMIRUDDIN BIN HJ MOHD RADZI

DATO’ AYUB BIN BAHARI

DATUK HJ ABDUL TALIB FAHMI

ENCIK NIK OTHMAN BIN HJ YUSOF, JP

Kelab Veteran MAYC

DATUK AKHBAR BIN ALI

DATO ISMAIL OMAR

DATO HAMZAH KASIM                    –

DATO RAMLI NORANI                                      –

ENCIK ROSLAN ZAINAL ABIDIN         –

PUAN MAZNAH BINTI ABDULLAH

MASA DEPAN MEDIA BARU

Kita seharusnya merasa sangsi apabila sesuatu itu diberikan secara percuma, lebih-lebih lagi untuk melayari internet dan menggunakan media sosial yang amat mengasyikkan,, sehingga kita merasakan inilah kehidupan yang sebenar hingga akhir hayat kita.

Facebook, sebagai contoh telah membangun saperti cendawan tumbuh dipagi hari. Hanya dilancarkan 10 tahun yang lalu penggunanya sudah mencapai tahap yang tidak terduga dan hasil yang diperolehi juga mencecah langit. Walau bagaimanapun ini tidak mencukupi untuk menanggung kos teknogi, pusat data dan sumber manusia yang sama tinggi.

Harga saham facebook yang terus turun adalah isyarat jelas bahwa lama sosial ini semakin disaingi oleh laman-laman lain yang pada tahun lalu sahaja Facebook kelhilangan 600,000 pengguna.

Sekiranya facebook menutup laman ini kerana tidak lagi dapat menampung kos apa akan jadi kepada semua data, gambar dan jaringan teman-teman kita. Tentunya akan hilang selama-lamanya.

Sekiranya kita terus mahukan khidmat laman ini maka sudah pasti perlu membayarnya. Apakah kita bersedia untuk membayarnya dan menggunakannya dengan lebih berhemah lagi.

t

PROGRAM SPEKKTRA DI SEPANG

Ketika meresmikan program SPEKKTRA Dato Dr Hj Karim Mansor ADUN Tg. Sepat, Selangor, berkata program saperti ini harus dikembangkan didaerah-daerah lain untuk disampaikan maklumat tepat mengenai kemajuan negara. Program SPEKKTRA katanya program yang baik untuk pembangunan keluarga.

Dato Ramli Norani, Pengerusi Kelab Veteran MAYC Negeri Selangor berkata rakyat Malaysia harus kekalkan aspek-aspek “sama rata sama rasa” dikalangan kita. Katanya pemimpin Veteran MAYC mempunyai semangat yang kental dan seharusnya mendidek gulungan muda untuk mempunyai jati-diri dan memainkan peranan membangunkan masyarakat kearah yang lebih baik dan sentiasa menjaga keamanan negara.

Seramai 400 orang telah hadir diprogram ini dan mengambil bahagian dalam saringan kesihatan yang disediakan oleh LPPKN. Mereka juga mengambil bahagian dalam beberapa acara kekeluargaan dan sukanika. Ceramah-ceramah mengenai kesejahteraan keluarga dan kesihatan reproduktif.

Kumpulan kesenian orang asli dari beberapa kampong diSepang termasuk Kg Sungai Buah telah memberi persembahan yang hebat dan amat menghiburkan.

SPEKKTRA DISEPANG AHAD INI

Pada petang esok seramai 100 orang petugas Veteran MAYC Sepang akan berkumpul di Kem Bina Negara, Tanjung Rhu, Sepang, Selangor  untuk membuat persiapan akhir bagi penganjuran program SPEKKTRA pada Ahad 10hb Februari ini.

Seramai 400 orang peserta program akan mula sampai di Tg Rhu mulai jam 7.30 pagi Ahad ini untuk mendaftar dan mengambil bahagian. Program akan bermula dengan berbagai acara  senaman dan akan dikuti dengan majlis pelancaran pada jam 9.00 pagi yang akan diresmikan oleh Datuk Ramli Haji Norani, Pengerusi Kelab Veteran Veteran MAYC Negeri Selangor.

Menyusul selepas itu akan diadakan tiga ceramah mengenai kekeluargaan, kesihatan reproduktif dan keselamatan keluarga. Kesemua ceramah-ceramah ini akan disampaikan oleh pegawai-pegawai LPPKN. LPPKN juga akan menyediakan bas khas yang dilengkapi dengan peralatan pemeriksaan perubatan untuk memeri perkhidmatan pemeriksaan percuma kepada semua yang hadir diprogram tersebut.

Pemeriksaan ini akan meliputi pemeriksaan kandungan gula dalam darah, tekanan darah dan berbagai lagi pemeriksaan yang diperlukan oleh pengunjung.

Pada tengah harinya akan diadakan majlis penutupan yang akan disempurnakan oleh Datuk Nasir Safar, Presiden Kelab Veteran MAYC Malaysia.

Semua ahli veteran yang ada masa lapang silalah datang bersama keluarga di Kem Bina Negara, Tg Rhu, Sepang ahad ini.