DARI NASIR SAFAR

Assalamu alaikum wr wb.
Saya amat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh ahli-ahli terhadap diri saya sebagai wakil Presiden. Saya an berusaha untuk membantu Presiden menjayakan kelab ini yang saya kira akan disertai oleh ramai veteran MAYC. Kelab ini merupakan satu-satunya pletfom yang ada pada kita untuk terus bergiat membangunkan MAYC dan belia-belia umumnya. Maka dengan ini saya menyeru semua bekas anggota MAYC untuk mendaftar dengan kelab veteran dan memberi sumbangan dan pendapat melalui blog ini. Insya Allah segala usaha kita akan mendapat kejayaan dan diberkati Allah swt.

Kepada ahli-ahli keturunan China saya ucapkan KONG HEE FATT CHOY.

KONG HEE FATT CHOY

Jawatankuasa Kerja mengucapkan selamat menyambut tahun baru China. Semoga tahun lembu ini akan mmberi kesihatan dan kemewahan yang berpanjangan kepada semua veteran berketurunan China. Hari Senin dan Selasa adalah cuti umum dan jika disambungkan dengan hujung minggu cuti kita agak panjang. Bagi kita di kelab veteran ini bercuti itu adalah cara hidup kita.

DARI SANUSI JUNID

Assalamualaikum wbt  Bro. Taib.

It was a good meeting yesterday at TPM’s office. being the second meeting after the first at Royal Selangor Club. With those two meetings the MAYC veterans now have an organisation.

I am happy for being one of the founders especially being honoured as Chairman. However as Allah wills it I have to inform you of my shortcomings. I have been asked by my doctors to stop discussing serious matters and to avoid oratory and being involved in any organisation.

Last night, after our meeting, I had a spasm due to excitement. Please find your way to diplomatically tell the committee that I cannot be its chairman.

I pray to Allah swt that after about 30 years of my leadership in MAYC there are enough strength and ability for the veteran’s organisation to go on successfully without me. Thank you.
Bukit Damansara,Kuala Lumpur 03 Jan 2008    5.52 p.m.

SELAMATKAN WISMA BELIA

Wisma Belia, yang terletak di Jalan Syed Putra, adalah satu-satunya mercu tanda MAYC di Kuala Lumpur. Sekiranya tidak ada langkah-langkah yang positif untuk membayar hutang sebesar RM 9 juta kepada Danaharta, bangunan ini akan menjadi milik pihak lain. Veteran MAYC memandang berat tentang hal ini dan menggesa pengurusan yang ada sekarang mengambil langkah  sesuai untuk menyelesaikan masalah ini.

JAWATANKUASA KERJA 2009

Telah dilantik:
Presiden – Tan Sri Sanusi Junid
Naib President – Datuk Nasir Safar
Setiausaha – Mohd Taib Wahab
Bendahari – Akhbar Ali
Ahli-ahli – Dato Mohd Yusof Hamid
– Dato Mohd Rozali Isohak
– Dato Johar Rusi
– Ruslan Zainal Abidin

Beberapa orang ahli akan dilantik sedikit masa lagi mewakili negeri masing-masing.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2009

Seramai 20 veteran telah hadir pada Selasa 20 Januari di Jeumpa D’Ramo No 102 Jalan Maaruf, Bangsar, Kuala Lumpur. Mesyuarat yang bermula pada jam 11 pagi itu dipengerusikan oleh Tan Sri Sanusi Junid dan tammat pada jam 1 ptg.

SELAMATKAN HARTA MAYC

Disamping Wisma Belia yang terletak di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur, MAYC pernah mempunyai tanah di Waterfall Garden, Pulau Pinang, Teluk Cempedak, Kuantan dan sebidang lagi di Perak. Kelab Veteran akan berusaha untuk mendapatkan semula tanah-tanah ini bagi kegunaan MAYC. Usaha-usaha akan dijalankan untuk berjumpa dengan Kerajaan Negeri yang berkenaan.