MAYC DALAM FACEBOOK

Facebook adalah salah satu pletfom emel yang amat populer sekarang ini. Kebanyakan pengguna media baru mempunyai akaun di facebook yang boleh diperolihi dengan percuma.

Sungguhpun bilangan ahli yang dibenarkan  adalah terbatas ianya merupakan media sosial yang amat berkesan.

MAYC juga tidak ketinggalan dalam hal ini dengan membuka akaun facebook yang malangnya jarang sekali digunakan.

Salah seorang yang amat aktib dalam facebook ialah Pmg Presiden KVMM, Datuk Nasir Safar yang mempunyai pengikut yang ramai sekali.

Datuk Nasir Safar II

Oleh yang demikian pembaca blog ini disarankan supaya membantu MAYC mengaktibkan akaun facebook ini dan menggunakannya sebagai forum mengenai perkembangan MAYC sekarang ini.

FIKIR-FIKIRKAN 2

1) Esok pasti ada tetapi belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

2) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang dibayangkan .

3) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang
setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong
impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

4) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca
kerana membaca itu sumber hikmah; menyediakan waktu tertawa kerana
tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana
berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana
beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana
bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat
kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

5) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang
mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati…

FIKIR-FIKIRKAN

1) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

2) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan.
Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang
Maha Berkuasa.

3) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

4) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

5) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

6) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

7) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.
Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya
layak dibuat kayu api.

8 ) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

9) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

10) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

PENGGUNAAN MEDIA BARU

Bukan sahaja golongan belia malah veteran sekali pun adalah disaran supaya memaksimumkan penggunaan media baru seperti laman blog dan laman sesawang bagi semua urusan harian.

Ini penting diberi perhatian kerana laman web dan blog merupakan sumber rujukan utama masa kini yang diguna pakai oleh semua pihak terutama golongan muda dalam mendapatkan pelbagai maklumat termasuk politik.

Orang sekarang terutamanya orang muda memang hanya bergantung pada media baru, mereka hendak tahu apa-apapun pasti melalui blog, tidak ada lagi rujukan pada buku malah mereka juga kurang gemar dengan surat khabar.

Oleh itu pemimpin MAYC perlu sedar senario ini dan mengambil pendekatan dengan menyalurkan maklumat menggunakan saluran seperti ini.

Kepentingan media baru turut disuarakan oleh semua pihak yang berkata banyak maklumat yang tersebar melalu laman pencarian yang disediakan oleh Google misalnya, yang boleh dimanfaat oleh MAYC.

MAYC tidak boleh bergantung kepada media tradisonal semata-mata seperti akhbar untuk menyebarkan maklumat terutama kepada ahli-ahlinya.

MAYC juga kena pandai gunakannya media baru ini untuk tarik sokongan dan menambahkan bilangan ahlinya.

PANDANGAN MASYARAKAT TENTANG MEDIA BARU

oleh: TREND-ORANGE

Minggu lalu, ana tengok fenomena seni di mana ahli panelnya adalah terdiri daripada Jurey, Faisal Tehrani dan SS Dr Mohd Asri serta dipengerusikan oleh Rosyam Nor.

Ana buat ulasan sedikit mengenai perbincangan yang mereka bincangkan mengenai kehadiran media baru yang mana secepat kilat boleh dapat berita terkini dan juga ianya boleh mendapatkan pelbagai persepsi daripada pandangan masyarakat.

Mengikut kajian psikologi ana, ana dapati bahawa media baru (internet, blog, forum, dsb) ini memainkan peranan penting dalam prasarana masa kini. Dengan kemajuan negara yang berdaya saing, maka media baru ini penting dan perlu bagi memudahkan masyarakat untuk mengetahui maklumat/berita/perkembangan yang terkini dengan kadar yang seger.

Dengan itu, ianya juga dapat menjejaskan kualiti media lama seperti radio, tv, akhbar2 cthnya majalah dan suratkhabar. Kerana kepantasan media baru ini yang mengeluarkan maklumat dengan pantas, maka media lama sudah tidak lagi relevan di masa kini kerana ‘kurang up-to-date’.

Namun begitu, terdapat keburukan2 yang ditonjolkan di mana sumber itu sama ada ianya sahih atau pun berunsurkan kepada fitnah. Jadi, keperluan memang harus diterima. It’s a priority but we should consider about the source.

Bahayanya media ini kerana jika ianya berupa fitnah maka ianya boleh mendatangkan perkara yang buruk. Oleh itu, kenalah berjaga2 dan juga pastikan di mana datangnya sumber itu. Pastikan ianya sahih.

Ok..Komen anda tentang media baru?

APA ITU MEDIA BARU?

Apa yang dapat kita simpulkan dari berbagai definisi media baru yang sedia ada?

1.Cara belajar mengajar baru yang menggunakan media jaringan komputer dan Internet.

2.Disampaikannya bahan ajar (konten) melalui media elektronik. Dengan sendirinya bentuk bahan ajar juga dalam bentuk elektronik (digital).

3.Adanya sistem dan penggunaan elektronik yang mendukung proses belajar mengajar.

Kesimpulan definisi diatas ini yang sering kita gunakan untuk membuat bahan komponen e-Learning. Dengan kata lain, komponen yang membentuk e-Learning adalah:

1.Infrastruktur e-Learning:
Infrastruktur e-Learning dapat berupa personal computer (PC), jaringan komputer, internet dan perlengkapan multimedia. Termasuk didalamnya peralatan teleconference apabila kita memberikan layanan synchronous learning melalui teleconference.

2.Sistem dan Aplikasi e-Learning:
Sistem perangkat yang mem-virtualisasi proses belajar mengajar konvensional. Bagaimana manajemen kelas, pembuatan materi atau konten, forum diskusi, sistem penilaian (rapor), sistem ujian online dan segala ciri yang berhubungan dengan pengurusan proses belajar mengajar. Sistem perangkat tersebut sering disebut dengan Learning Management System (LMS). LMS banyak diperolehi secara opensource sehingga boleh kita manfaatkan dengan mudah dan murah untuk dibangun di sekolah dan IPTA/IPTS kita.

3. Konten e-Learning:
Konten dan bahan ajar yang ada pada e-Learning system (Learning Management System). Konten dan bahan ajar ini bisa dalam bentuk Multimedia-based Content (konten berbentuk multimedia interaktif) atau Text-based Content (konten berbentuk teks seperti pada buku pelajaran biasa).

Biasa disimpan dalam Learning Management System (LMS) sehingga dapat digunakan oleh siswa bila-bila dan dimanapun.

Perbadanan Multi Media cukup aktif bergerak dengan membuat banyak pertandingan pembuatan multimedia pembelajaran. Ada juga yang mengembangkan e-pendidikan.net secara percuma untuk semua perengkat. Ini langkah menarik untuk mempersiapkan perkembangan e-Learning dari segi konten.

Sedangkan pengusaha teknologi yang ada dalam pelaksanaan e-Learning boleh dikatakan sama dengan proses belajar mengajar konvensional, yaitu perlu adanya guru (instruktur) yang membimbing, siswa yang menerima bahan ajar dan administrator yang mengelola pentadbiran dan proses belajar mengajar.

PERANAN MEDIA BARU

Kemunculan media baru sudah banyak merobah cara hidup kita. Begitu juga ia sudah dapat memporak perandakan hidup kita.

Hanya dengan menggunakan sebuah PC atau laptop kita sudah boleh menggunakan internet untuk urusan harian kita. Malah ramai diantara kita menggunakan media ini untuk berurusan bukan sahaja dengan rakan kerja malah dengan rakan bisnes sekalipun. Ini merupakan cara yang bukan sahaja berkesan malah menjimatkan banyak masa dan wang ringgit.

Ramai pengusaha-pengusaha menggunakan media baru untuk menjual barangan atau perkhidmatan mereka dengan menggunakan media baru yang amat mengguntungkan serta mempunyai berbagai ciri keselamatan dan cara pembayaran.

Walaubagaimana pun terdapat segulungan besar pengguna media baru ini terutama sekali penjawat awam yang menggunakan masa mereka di pejabat masing-masing dengan melayari internet untuk berbagai urusan peribadi mereka. Kebanyakan mereka memasuki blog-blog tertentu, facebook dan media sosial yang tidak produktif.

Gejala ini harus dibanteras segera sebelum ianya melumpuhkan pentadbiran kerajaan atau urusan swasta.

Kita perlu menggunakan media baru secara bijak dan mengguntungkan semua pihak. Kerja kita akan lebih segera dapat  dibereskan dan prestasi kita dapat dipertingkatan dari masa ke semasa. Gunakanlah  media baru untuk tujuan-tujuan yang baik dan bukan untuk menghancurkan sesuatu organisasi atau individu.