UNDANGAN P M SUBRA

Veteran MAYC P M Subra AMS PJK JSS JC PBB dan Puan Saroja mempersilakan semua Veteran MAYC ke Majlis Makan Malam sempena perkahwinan anak mereka S. Babu ( Exco MAYC Kebangsaan merangkap Pengerusi MAYC Kelang) dengan V.Rubintra @ Ruby pada Sabtu 10hb April 2010 jam 7.30 malam di Dewan Hamzah, Bandar Kelang.

Ahli-ahli yang dapat hadir sila talipon PM Subra di 016 3756691.

KVMM mengucapkan tahniah dan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada kedua mempelai.

PERHIMPUNAN PERKASA

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) telah mengadakan perhimpunan tahunannya yang pertama di Dewan Tun Razak, PWTC Kuala Lumpur Sabtu 28hb Mach 10.00 pagi dengan dihadiri oleh lebih 10 ribu orang ahli dan tetamu.

Meresmikian perhimpunan itu ialah YAB Tun Dr Mahathir Mohamad yang berucap mengenai berbagai-bagai isu bangsa Melayu. Tun mengingatkan pimpinan Negara sekarang supaya mendengar dan mengambil kira suara dan pendapat NGO Melayu terutama sekali Perkasa.

Kelab Veteran mendapat undangan dari Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali untuk hadir. Datuk Yusoff Hamid, Datuk Jamaluddin Ahmad, Sdr Roslan Zainal Abidin, Sdr Taib Wahab dan  Sdr Omar Hj Hassan adalah diantara ramai ahli kelab yang hadir pada perhimpunan tersebut.

KVMM mengucapkan tahniah kepada Perkasa.

SHAHRUDIN RAMLI MASIH DI HOSPITAL

JKK Kelab Haji Shahrudin Ramli masih lagi berada di Wad 9B Hospital Selayang Kuala Lumpur setelah dimasukkan minggu lalu.

Beliau yang sepatutnya menjalani pembedahan kanser di limpa masih lagi dalam pemerhatian para doktor.

Sama-samalah kita berdoa agar beliau segera di bedah dan penyakitnya cepat sembuh.

MAJLIS RAJA SEHARI

YB Senator Datuk Akbar Ali dan Datin mempersilakan ahli-ahli Kelab ke Majlis Perkahwinan anak lelaki mereka pada Sabtu 3hb April di MITC, Ayer Keroh, Melaka jam 8.00 malam.

Datuk Akbar mohon disahkan kehadiran melalui sms ke talipon no: 0192325410

MAJLIS BACAAN YASIN/TAHLIL

Naib Presiden Kelab, Datuk Nasir Safar mempersilakan semua ahli kelab ke kediaman barunya di No.28 Jalan Subang Permai 10, Desa Seberang Permai, Shah Alam untuk majlis bacaan yasin dan tahlil pada hari Sabtu 20hb Mach jam 8.30 malam.

Kediaman Datuk Nasir terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Subang dan Kelab Golf Monterey di Lebuhraya Guthrie.

ROADSHOW BERMULA

Ketetapan telah diambil untuk mengadakan siri perjumpaan dengan veteran MAYC dan masyarakat setempat untuk menerangkan gagasan 1malaysia. Perjumpaan pertama akan diadakan di Yayasan Pendidikan Batu, Kuala Lumpur pada Jumaat 19 Mach 2010 jam 9.00 malam.

Datuk Nasir Safar akan menyampaikan ucap utama yang akan menyentuh berbagai aspek gagasan ini. Datuk Yusof Hamid, AJK KVMM akan bertindakan sebagai pengerusi Perjumpaan dan boleh dihubungi di talipon no: 012-3783555

Semua dijemput hadir diperjumpaan ini yang dijangka akan membincangkan isu-isu hangat.