MERDEKA MERDEKA MERDEKA

Advertisements

HARI RAYA

SELAMAT MENYAMBUT IDIL FITRI 1432H

Kelab Veteran MAYC Malaysia ingin memohon maaf sekiranya blog ini telah tersalah kata dan tersinggung perasaan mana-mana veteran yang membaca blog ini.

Bekas Presiden Tan Sri Sanusi Junid akan mengadakan rumah terbuka hari ini mulai jam 11.00 pagi di Jeumpa D’Ramo, Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur.  Semua dipersilakan hadir.

Bendahari KVMM Datuk Akbar Ali akan mengadakan rumah terbuka Hari Raya pada 10hb September 2011 10 pagi hingga 3 petang di SRA JAIM, Kg Tedong, Merlimau, Melaka. Silakanlah.

SALAM KEMERDEKAAN 2011

TANDA-TANDA LAILATUL QADR

oleh:  Ustaz Love

Ramai yang terkeliru dengan tanda2 Lailatul Qadr.. ada yang kata malam tu, pokok2 akan sujud.. Ustaz Love pun pernah menunggu daripada lepas Tarawih sampai la pukul 3 4 pagi semata2 nak tunggu pokok sujud.. Tapi, mungkin juga malam yg Ustaz Love tunggu tu bukan malam Lailatul Qadr.. nak tau juga bagaimana rupanya pokok bersujud.. mcm orang sujud ke, atau macam pokok kena tebang ke..

Ada juga yang mengatakan bahawa bila berlakunya malam Lailatul Qadr, lautan akan menjadi manis.. ini memang pelik.. tapi, kalau Allah izinkan ianya berlaku, takde benda yg mustahil.

Ada juga yang menjumpainya dengan melihat cahaya terang benderang dalam kegelapan malam (bukan cahaya lampu kalimantang).. ada juga yang melihat pelbagai jenis keajaiban yg berlaku.. namun ianya bukanlah menjadi hujjah atau dalil yg menyatakan mesti akan wujud tanda2 tu ketika berlakunya Lailatul Qadr. Ianya mungkin pengalaman yg berbeza2 yang dialami oleh orang alim atau orang2 yg terpilih.

Namun, ada juga hadis2 yg menyatakan secara umum tanda2 berlakunya Lailatul Qadr..

1. “Sesungguhnya aku diperlihatkan Lalilatul Qadr kemudian dilupakan dariku dan ia ada di sepuluh terakhir (dari bulan Ramadhan) dan ia adalah malam yang baik dan cerah, tidak panas dan tidak pula sejuk, seakan-akan di dalamnya ada bulan purnama yang menerangi bintang-bintang, syaitan2 tidak keluar sampai terbit fajar“. (HR. ibn Khuzaimah)

Maka, tanda2nya yg diceritakan dalam hadis adalah malam berlakunya Lailatul Qadr itu adalah suatu malam yang cerah, tidak panas dan tidak sejuk.. kira macam tenang je dan tak gelisah akibat kepanasan sampai berpeluh atau kesejukan sampai menggigil.

2. “Sesungguhnya tanda Lailatul Qadr adalah malam yang bersih cerah, seakan-akan di dalamnya bulan terang tenang, tidak sejuk dan tidak juga panas, dan tidak boleh bintang dijatuhkan di dalamnya sampai pagi, dan sesungguhnya tandanya adalah matahari pagi harinya terbit sejajar tidak mempunyai sinar seperti bulan pada malam purnama dan syaitan tidak boleh keluar bersamaan dengannya pada malam itu“. (HR. Ahmad)

Malam itu terang, tenang, tak sejuk, tak panas, tiada bintang2.. dan pagi esoknya, matahari keluar dengan sinaran yg tidak memancar (sinaran seumpama sinaran bulan purnama.. kita bercengkerama)..

3. “Matahari terbit pada harinya tidak mempunyai sinar” (HR. Muslim)

Jika malam ni berlaku Lailatul Qadr, maka esoknya matahari akan keluar, tapi sinarannya tak terik.. kira macam mandom je (bukan mendung.. kalau mendung, matahari takde).. Ini matahari ada, tapi tak terasa teriknya.. cahayanya pun tak terang mcm biasa..

Itulah lebih kurang yang Ustaz Love dapat sampaikan.. Jika kita bertemu dengan Lailatul Qadr, bukan tandanya yg patut kita fokuskan (kisah2 pelik contohnya air teh jadi masin ke, hingus jadi manis ke dsb), sebaliknya ibadah itu yg kita kena fokuskan.. banyakkan doa keampunan kepada Allah s.w.t..

Apalah gunanya kita bertemu dengan Lailatul Qadr, lepas tu kita dok takjub2.. lepas tu tido.. bangun pagi2 sibuk nak cerita kat orang yg kita dah jumpa benda2 pelik masa tu.. ibadah satu pun tarak..

 

Malam 7 Likur / Malam Lailatul Kadar?

oleh: Nurusha

Baru saja aku habis bersahur..Maklumlah hari ini dah masuk hari ke 4 kita bersahur pada bulan Ramadan. Alhamdulillah, masih panjang umur dan dimurahkan rezeki sepanjang kita hidup di dunia ini. Masih ada masa lagi untuk kita terus berbakti dan mencurah jasa kepada bumi yg dah tak seberapa hijau ini..

Susah nak dinafikan bahawa bulan ini memang bulan yang penuh dugaan. Bulan ini juga mengajar kita banyak erti kehidupan dan juga mengajar kita pengalaman. Tak kiralah pengalaman baru atau lama. Yang pasti pasti ada pengalaman yg terukir di bulan yg mulia ini. Cuma nantikanlah kehadirannya..

Ya. Selalu kita dengar tentang malam tujuh likur..atau keistimewaan tujuh malam yang terakhir. Aku pun sebenarnya tak berapa pasti. Harap dapat ada yg memberi penjelasan tentang perkara itu dalam blog ini. Aku pun kurang pasti dan mungkin kurang juga pasti. Aku lebih jelas, aku tidak berapa mengetahui bab ini. Nak kata jahil tidaklah hingga sebegitu. Cuma aku tahu apa yg aku diberitahu..

Malam lailatul kadar..pastinya malam yg ditunggu2 setiap kali munculnya bulan Ramadan ini. PAsti. Ianya sangat2 ditunggu oleh semua umat Islam. Tapi kita tidak tahu bilakah hadirnya malam tersebut. hari ke berapakah malam yang dinantikan itu? Cuba teka bila? Ada yang mengatakan tujuh hari terakhir. Ada juga yang mengatakan hari terakhir dalam bulan ramadan. Ada juga yg mengatakan tiga hari yang terakhir. Tidak kurang juga yang menyatakan bahawa malam Lailatul Kadar ini jatuh pada hari ganjil tujuh hari yang terakhir. Dan ada yang kata pula, kita buat sahaja ibadah 30 hari berpuasa itu. Mesti kena salah satu harilah punye !! Haa..macam mana? Tepuk dada , dada korang yang sakit..

Aku diberitahu semasa kecil dahulu. Pergilah terawih di masjid. Aku juga selalu dipesan oleh mak aku, rajin2 lah pergi surau. Jemaah. Aku juga diajar, pergilah terawih tak kira dimana aku berada. Aku akur..aku insan lemah. Kadang2 aku terlepas juga akan perkara yg menjadi sunnat yg dituntut untuk melakukannya. Mengapa begini? Ya, mungkin kesan iman..mungkin terkesan dengan perkara2 yg pernah aku lakukan seblum ini. Maka, apakah obatnya ?
p/s : Ubat untuk mengantuk, kita tidur. Ubat untuk demam, makan panadol. Ubat untuk pergi terawih jemaah ??

PENTING NAMAKAN PEWARIS

Terutama sekali bagi kita yang sudah berumur, menulis wasiat mungkin tugas yang sukar bagi sesetengah individu. Ada yang menulis, ada yang tidak dan ada yang berpendapat menulis wasiat akan membawa nasib malang serta tidak penting.

Walaupun ia memberi tekanan emosi, menamakan waris pada KWSP kita ada faedahnya terutama untuk meninggalkan harta pusaka kepada mereka yang tersayang sebagai jaminan untuk meneruskan kehidupan jika anda meninggal dunia.

Sekurang-kurangnya, penamaan akan memberikan ketenangan jiwa dan mengelak simpanan, hartanah dan harta pusaka yang lain daripada menjadi rebutan.

Hakikatnya, pertelingkahan keluarga, permusuhan dan perebutan harta pusaka hing–ga membawa ke mahkamah kerap berlaku dan terdapat waris terdekat tidak memperoleh walau satu sen pun atas sebab teknikal atau kelalaian si mati.

Terdapat juga kes pelik yang berlaku termasuk pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menamakan teman wanita sebagai penamanya dan lupa mengemaskinikan penamanya selepas mengahwini wanita lain.

Lelaki itu meninggalkan wang simpanan KWSP RM500,000 kepada bekas teman wanita dan yang menjadi mangsa ialah isteri yang dikahwini selama 30 tahun dan enam anak mereka.

Anda pasti inginkan semua simpanan dan harta pusaka anda diagihkan kepada mereka yang tersayang dan bukan yang tidak layak.

Perkara ini amat penting jika anda satu-satunya pencari nafkah dan mempunyai anak-anak yang masih kecil. Kita tidak perlu ragu kepada siapa hendak ditinggalkan harta kerana walaupun ia nampak remeh, kesannya amat serius.

Membuat penamaan kepada simpanan KWSP anda tidak banyak berbeza dengan amalan biasa ketika mengambil polisi insurans.

Bagaimanapun, penamaan KWSP mengatasi wasiat bertulis. Oleh itu, jika anda ingin meninggalkan simpanan KWSP kepada tersayang, ia perlu dilakukan melalui penamaan KWSP dan bukan wasiat.

Walaupun anda mengambil sedikit masa untuk menentukan siapa yang perlu dinamakan dan berapa bahagian untuk diagihkan, membuat penamaan ke atas simpanan KWSP anda adalah mudah.

Anda hanya perlu mengisi nama, nombor MyKad dan peratusan yang akan diterima oleh setiap penama.

Bagi bukan beragama Islam, arahan anda akan diikuti mengikut peratusan yang ditentukan.

Bagaimanapun, bagi orang Islam, penama hanya bertindak sebagai pentadbir atau wasi yang bertanggungjawab untuk membahagikan simpanan itu mengikut Hukum Faraid.

Untuk membuat penamaan, ahli dikehendaki melengkapi borang KWSP 4(AHL) dan menyerahkan kepada pejabat KWSP yang berhampiran.

Jika anda ingin mengemaskini atau menukar penama, isi borang baru dan secara automatik ia membatalkan penamaan sebelum ini.

Oleh kerana proses penamaan KWSP amat mudah, anda boleh mengemaskini penamaan sekerap mungkin.

Oleh itu, bilakah kali terakhir anda menyemak penama simpanan KWSP anda? Adakah penama tersebut masih sesuai dan masih hidup? Paling penting, sudahkan anda membuat penamaan?

Untuk maklumat lanjut, sila layari web myEPF di http://www.kwsp.gov.my atau menghubungi cawangan KWSP berhampiran.

( Dipetik dari Harian Metro)