WACANA KEPIMPINAN

Siri ketiga Wacana Kepimpinan akan berlangsung hari ini ( 31 Julai 2010) jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Besar International Institute of Advance Islamic Studies, Jalan Elmu off Jalan Universiti, Petaling Jaya.

Naib Presiden Kelab Veteran Datuk Nasir Safar  akan berucap mengenai GAGASAN 1MALAYSIA di perjumpaan ini yang akan dihadiri oleh 200 orang peserta veteran dan kelab-kelab MAYC.

Semua dijemput hadir.

Advertisements

GURU BERPOLITIK

Kebenaran yang diberikan kepada guru untuk berpolitik tidak bermakna mereka boleh mengabaikan tugas hakiki sebagai pendidik.

Guru harus sentiasa bersikap profesional dalam menjalankan tanggungjawab dan tidak terbawa-bawa dengan kecenderungan berpolitik hingga ke sekolah.

Kita bimbang, jika terlalu ghairah berpolitik dan gagal mengimbangi keadaan ini, yang akan rugi adalah pelajar dan anak bangsa sendiri.

Mereka juga tidak wajar menghasut atau mempengaruhi pelajar supaya menyokong mana-mana parti.

Sikap mencampuradukkan politik dengan tugas sebagai pendidik akan menjejaskan pelajaran pelajar dan masa depan mereka. Jika itu berlaku, ibu bapalah yang paling runsing dan kecewa.

Walau apapun pegangan dan fahaman politik seseorang guru, mereka perlu melaksanakan agenda kerajaan atau pemerintah semasa. Jika ia gagal dilaksanakan akibat terlalu ghairah berpolitik, agenda pembangunan mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Guru dilihat sebagai golongan yang memiliki integriti. Selain itu, kita juga tidak mahu profesion guru tercemar dengan gejala politik wang serta perebutan jawatan secara keterlaluan.

MESYUARAT AGUNG AKAN DITERUSKAN

Sungguhpun telah diedarkan surat pekelilingan yang mengatakan bahwa Mesyuarat Agung Tahunan yang dijadualkan pada sabtu ini tidak sah, ianya tetap diadakan pada jam 9.00 pagi sabtu 31 Julai 2010 di Dewan Besar, Institute Advanced Islamic Studies (IAIS), Jalan Elmu off Jalan Universiti, Petaling Jaya.

Seramai 200 orang perwakilan dari negeri-negeri yang dibawah umur 40 tahun akan hadir di mesyuarat ini yang telah tidak diadakan oleh JKK MAYC (lama)  sejak empat tahun yang lalu.

Pihak yang mengeluarkan surat pekelilingan itu sendiri belum tentu kedudukan mereka dibawah undang-undang sedia ada kerana mereka juga telah diberikan surat tunjuk sebab oleh Pendaftar Pertubuhan Belia kenapa MAT ini telah tidak diadakan sekian lama.

Program sabtu ini adalah saperti berikut:

8.30       Pendaftaran perwakilan
9.00      Ucapan Peresmian oleh
                Datuk Nasir Safar, Naib Presiden, Kelab Veteran MAYC Malaysia
10.00    Mesyuarat Agung Tahunan
13.00    Makan Tengah Hari

Tempat persidangan adalah di belakang kampus utama Universiti Malaya ( Jalan masuk lama) dan Hospital Universiti.

NO POLITICAL FUND

Former Home Minister Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar told the Sessions Court here today that he was not involved in approving calling visas for Bangladesh workers for a political fund.

Testifying in the corruption trial of former Immigration director-general Datuk Wahid Md Don, Syed Hamid also denied that he had asked his brother-in-law, Syed Abdullah Syed Abdul Rahman, to collect money for his political fund.

Cross-examined by defence counsel Datuk V. Sithambaram, the former minister also agreed to a suggestion by the counsel that although the division to approve the calling visas was handed over the Immigration director-general, he or his secretary continued to approve such visas if there were applications from employers.

However, he denied that other individuals were involved in the processing of the applications. He also told the court that he did not know an individual named Sim Guan Yu or a Datuk Low, who were said to have played a role in collecting money for a political fund.

The Member of Parliament for Kota Tinggi also said that testimony by others during the earlier proceedings of the trial about Wahid allegedly accepting RM60,000 from businessman Datuk Low Chang Hian to expedite approval of 4,337 calling visas for Bangladesh workers, was not correct.

Questioned further about a witness stating that Sim, a businessman, had mentioned that each calling visa would cost RM180 to be approved, Syed Hamid replied:”No.”

“I also deny the existence of a political fund for myself as had been stated by witness Burugabudeen Mohamed Ismail whereby he had claimed that my brother-in-law (Syed Abdullah) had told him about it (political fund).

“I also do not dismiss the possibility that certain individuals might have used my name to collect funds for their own interests,” he said.

Wahid, 57, is charged with receiving a bribe of RM60,000 from Low to expedite approval of 4,337 calling visas for Bangladesh workers. He is alleged to have committed the offence at his house in Jalan Lembah Ledang, off Jalan Duta here at 10.15 pm on July 10 2008.

Judge Rosbiahanin Ariffin set Aug 20 for the prosecution and defence to submit written submissions. – Bernama

Syaaban peluang bersihkan hati

Oleh Ibrahim Abdullah

Malam Nisfu Syaaban termasuk salah satu masa doa umat Islam mustajab, diperkenan Allah.

Pada bulan Syaaban banyak amal kebajikan diperoleh mereka yang mengambil kesempatan beramal. Bulan yang sering dijadikan persediaan menyambut Ramadan turut menjadi bulan umat Islam berebut melakukan amal kebajikan.

Apabila Syaaban berhasil mendorong melaksanakan pelbagai kebajikan dengan amalan mengikut sunnah seperti memperbanyakkan berpuasa sunat, maka Ramadan yang menyusul dapat dilalui dengan mudah dan selesa untuk menunaikan kewajipan berpuasa. Ulama mengatakan bulan Rejab adalah kesempatan untuk membersihkan diri, Syaaban membersihkan hati dan Ramadan membersihkan jiwa.

Mengenai malam Nisfu Syaaban, Imam Syafii menyatakan dalam Kitabnya Al-Umm: Sudah sampai kepada kami, ada orang yang mengatakan sesungguhnya doa dimakbulkan oleh Allah pada lima malam: malam Jumaat, malam Hari Raya Aidil Adha, malam Hari Raya Aidil Fitri, malam pertama bulan Rejab dan malam 15 Syaaban.

Imam Syafii berkata: Saya suka kepada kelebihan yang dinyatakan pada malam itu dengan syarat ia tidak dianggap wajib.

Sahabat, tabiin dan ulama bersungguh beribadah pada malam itu. Kitab Durratun Nasihin menyebut: Jibril datang kepadaku pada malam Nisfu Syaaban dan berkata: Wahai Muhammad, pada malam ini pintu langit dan pintu rahmat sedang dibuka, oleh itu bangun dan kerjakan sembahyang kemudian angkat kepalamu serta kedua-dua tanganmu ke langit.

Rasulullah SAW  bertanyakan: Wahai Jibril, apakah gerangan malam ini? Jibril menjawab: Pada malam ini sudah dibuka tiga ratus pintu rahmat, maka Allah Taala mengampuni semua orang yang tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu, melainkan tukang sihir, kahin (tukang tenung), orang suka bermusuhan, peminum khamar (arak), orang yang melacur dirinya, pemakan harta riba, orang derhaka kepada ibu bapa, orang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan hubungan silaturahim. Maka sesungguhnya mereka tidak akan diampuni sehingga mereka itu mahu bertaubat dan meninggalkan pekerjaan (maksiatnya) itu.

Beribadah pada malam Nisfu Syaaban boleh dilakukan dengan memperbanyak membaca al-Quran, berselawat kepada Rasulullah SAW, berzikir dan berdoa.

Doa yang dibaca Rasulullah SAW pada malam Nisfu Syaaban antara lain bermaksud: Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari seksa-Mu dan murka-Mu, dan aku tidak mengira pujian kepada-Mu, seperti mana Engkau memuji kepada-Mu sendiri. Maka segala puji bagi-Mu sehingga Engkau reda.

Doa itu dibaca Rasulullah SAW dalam sujud di waktu malam ketika sembahyang sunat di rumahnya. Baginda SAW membaca doa itu dalam sujudnya sambil matanya menitiskan air mata kerana perasaan takutnya kepada Allah SWT.

Antara kelebihan malam Nisfu Syaaban ialah pada malam itu pintu langit dan pintu rahmat dibuka bermula daripada awal malam sehingga waktu Subuh.

Allah mengampunkan segala dosa yang pernah dilakukan oleh orang yang menghidupkan malam itu dengan melakukan ibadah kecuali orang yang syirik kepada Allah, menyimpan dendam dalam hati, ketagih arak dan orang yang sentiasa berzina.

Pada malam berkenaan juga amalan yang dilakukan dalam tempoh setahun diangkat kepada Allah, ditulis siapa yang akan hidup dan siapa yang akan mati, orang yang menghidupkan malam itu dengan beribadah akan dimasukkan ke dalam syurga.

Bagaimanapun, dalam kalangan masyarakat banyak melakukan kesalahan mengenai malam Nisfu Syaaban dengan berebut-rebut datang ke masjid atau surau untuk mendapat fadilat malam itu.

Biasanya diadakan majlis bacaan surah Yasin sebanyak tiga kali selepas sembahyang Maghrib dan selepas bacaan yasin pertama, diniatkan memohon panjang umur, memohon dijauhkan bala bencana (bacaan Yasin kedua) dan diniatkan memohon murah rezeki yang halal (bacaan Yasin ketiga).

.

Kita digalakkan sembahyang, berdoa, beristighfar, membaca al-Quran dan melakukan amalan disuruh Allah untuk kebaikan dunia dan akhirat. Nabi SAW tidak menetapkan bacaan surah Yasin seperti disebutkan itu.

Sering juga kita mendengar khutbah yang disampaikan khatib semasa sembahyang Jumaat dengan memperingatkan jemaah supaya jangan terlalu taksub dengan amalan Nisfu Syaaban dan ini bererti ada kesalahan sering dilakukan ketika tibanya malam Nisfu Syaaban.

Syaaban adalah satu bulan hijrah yang mempunyai keistimewaan tersendiri serta dianggap pintu gerbang Ramadan yang penuh berkat.

SEKOLAH REMAJA HAMIL

Selepas menggalakkan golongan muda di Melaka berkahwin awal dengan menyediakan bantuan sebanyak RM500, kerajaan negeri ini bercadang menubuhkan pula sebuah sekolah khusus untuk remaja yang hamil sama ada secara sah mahupun di luar nikah.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, penubuhan sekolah kendalian Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) itu penting untuk dilaksanakan dalam membantu remaja yang berkahwin awal dan pasangan terlanjur membina kehidupan dan membesarkan bayi sambil meneruskan pelajaran di sekolah itu tanpa gangguan masyarakat.

Remaja dari negeri ini yang perkahwinan mengalami masalah boleh meneruskan persekolahan di sini. Kita akan membantu mereka daripada melakukan perkara tidak elok seperti berzina, membuang bayi atau lari dari rumah, katanya.

Katanya, cadangan penubuhan sekolah khas itu sudah dibincangkan dengan JAIM dan akan dilaksanakan meskipun tidak mendapat sokongan daripada mana-mana pihak, termasuk Kementerian Pelajaran.

Saya tetap akan menubuhkan sekolah ini untuk memberi peluang kedua bagi pasangan muda yang sudah terlanjur atau bagi pasangan remaja sudah berkahwin tetapi berdepan masalah keluarga untuk meneruskan kehidupan tanpa gangguan sambil meneruskan pelajaran di sekolah ini, katanya.

Mohd Ali yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berkata, perkahwinan awal bukan menjadi masalah kerana ia berkesan untuk menangani bencana sosial di kalangan remaja.

Katanya, masyarakat wajar memudahkan urusan perkahwinan kerana Islam sendiri adalah agama yang memudahkan umatnya menja-lani kehidupan, termasuk dalam urusan pernikahan.

Mohd Ali berkata, buat permulaan, sekolah berkenaan khusus untuk pasangan remaja dari Melaka tetapi sedia menimbangkan kemasukan dari seluruh negara selepas pertimbangan teliti, termasuk restu daripada keluarga masing-masing.

Sanusi yakin penyatuan Melayu boleh dicapai

Oleh S Anand Kumar

Bekas Setiausaha Agung UMNO yang kini dilantik Penasihat PERKASA, Tan Sri Sanusi Junid, berkata persefahaman UMNO-PAS boleh menjadi kenyataan jika kepemimpinan kedua-dua parti tidak menggunakan perkataan kesat dan memastikan perbincangan menjurus kepada nilai-nilai Islam.

Katanya, tidak mustahil perbincangan di antara UMNO-PAS boleh menjadi kenyataan kerana suatu masa dulu PAS pernah berada dalam Barisan Nasional (BN) dan pernah wujud kerjasama di antara kedua-dua parti untuk memperjuangkan kelangsungan Melayu di negara ini.

Apabila hari ini sekali lagi timbul mengenai kerjasama UMNO-PAS, kita dapat melihat pelbagai pandangan diberikan…, di sini saya dapat melihat wujud tiga kumpulan dalam PAS.

Pertama, beberapa kumpulan pemimpin muda yang berada dalam PAS pada masa sekarang tidak sempat melihat kerjasama antara parti mereka dengan UMNO sewaktu berada dalam BN tetapi mereka masih memikirkan mengenai kepentingan Melayu.

Kedua, pemimpin veteran PAS yang tahu mengenai kerjasama UMNO-PAS sebelum ini dan satu lagi ialah penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berada dalam PAS dan sedang menunggu isyarat daripada pemimpin PKR mengenai kerjasama ini, katanya.

Sanusi yang juga Presiden Kelab Veteran MAYC  Malaysia berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan penubuhan PERKASA peringkat Parlimen Wilayah Persekutuan di sini, semalam.

Pada majlis sama, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas mengumumkan bahawa Sanusi turut dilantik sebagai Penasihat PERKASA.

Sementara itu, Ibrahim berkata, beliau masih hairan dengan segelintir sikap pemimpin pembangkang yang masih tidak memahami mengenai Gagasan 1Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkali-kali menjelaskan mengenai 1Malaysia yang sentiasa berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan, tetapi masih ada pemimpin pembangkang yang mempertikaikannya.

Jika pemimpin pembangkang termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang, benar-benar menyokong konsep Bangsa Malaysia, saya cabar mereka sokong juga sistem sekolah satu aliran, katanya.