SELESAI PELANCARAN KELAB VETERAN MAYC SELANGOR

Seramai 86 orang telah hadir di majlis pelancaran kelab veteran MAYC Negeri Selangor semalam yang disempurnakan oleh Pemangku Presiden Datuk Nasir Safar di Wisma MAIS, Seksyen 3, Shah Alam pada jam 4.00 petang.

Diantara yang hadir adalah bekas pemimpin MAYC Kebangsaan dan juga negeri Selangor saperti Pak Siddiq Ghouse dan Haji Ibrahim Idris.

Dalam ucapan peresmiannya Datuk Nasir Safar telah menyentuh dengan panjang lebar gagasan 1Malaysia yang perlu diperjuangkan untuk menjamin masa depan Negara dan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ini. Ianya juga akan menjamin kestabilan dan kemajuan berterusan negara kita. NGO saperti KVMM akan terus memainkan peranannya untuk mempastikan gagasan 1Malaysia berjaya.

Datuk Ramli Norani dalam ucapan alu-aluanya meminta Kerajaan untuk tidak meminggirkan gulungan veteran MAYC yang dulunya telah berknidmat untuk negara dan akan terus memainkan peranan mereka sungguhpun batas umur kepimpinan belia telah dihadkan kepada 40 sahaja.

Pengalaman yang ada pada veteran ini perlu terus di manfaatkan untuk membela nasib anak-anak watan yang masih memerlukan bimbingan dari gulungan yang lebih tua.

Upacara pelancaran telah diakhiri dengan angkat sumpah ta’at setia untuk mendukung gagasan 1Malaysia dan penyampaian sijil watikah kepada pengerusi-pengurusi kelab veteran perengkat daerah Negeri Selangor.

Advertisements

PELANCARAN KELAB VETERANMAYC SELANGOR

Hari ini akan dilancarkan satu lagi kelab kelab veteran mayc pada jam 3.00 petang di Wisma MAIS, Seksyen 3 Shah Alam, Selangor.

Majlis ini akan dilancarkan oleh Pemangku Presiden Kelab Veteran MAYC Malaysia, Datuk Nasir Safar.

Dalam ucapannya nanti Datuk Nasir dijangka akan menerangkan gagasan 1Malaysia dan peranan yang dapat dimainkan oleh NGO saperti Kelab Veteran MAYC disemua perengkat.

Satu jawatankuasa penaja telahpun dibentuk untuk menguruskan penubuhan ini yang dipengerusikan oleh Datuk Ramli Norani.

Semua veteran dipersilakan hadir.

MENIKMATI HARI TUA


Sentiasa mengisi masa dengan kerja-kerja berfaedah.  Selalu memikirkan bagaimana hari tua kita nanti, adakah kita bersedia bertemu Allah s.w.t yang mencipta kita.

MENANTI HARI TUA

oleh : cute-manja

Bila rambut telah banyak uban, langkah dah lemah, penglihatan telah kabur, pendengaran dah kurang, kulit mulai keriput, tidak ada seri diwajah kita, berbagai penyakit mulai datang itulah saat datangnya hari tua.

Ubat-ubatan dari doktor atau ubat cara tradisional hanya untuk menyembuhkan, keputusan sembuh atau tidaknya ada pada Allah . Seorang dukun tidak akan mampu menyembuhkan penyakit tanpa izin Allah. Berusaha secara syariah dan bertawakallah pada Allah, Keputusan sembuh atau tidaknya ada pada Allah. Umur panjang adalah kurniaan yang diberikan Allah kepada kita.


Izinkan ku untuk menulis kisah seorang yang bergelar “bapak” berusia 96 tahun. Mempunyai sebelas orang anak (3 orang lelaki dan 8 orang perempuan). Cucu yang seramai 53 orang dan cicit 48 orang. Sebuah keluarga yang besar. Tiga orang dari anak perempuannya telah diangkat oleh ahli keluarga terdekat mereka, seorang anak perempuan ketika itu berusia lapan tahun telah diangkat oleh mak saudara dan apabila lahir kembar dua orang anak perempuannya salah satu diantara mereka telah dipisahkan dimana seorang telah diangkat oleh saudara mara terdekat dan yang seorang lagi kembar telah diangkat oleh mak saudara mereka bersama dengan kakaknya berusia lapan tahun. Mereka telah hidup berasingan bersama keluarga mereka masing-masing.

Kemesraan kami tidak sama seperti kasih bapak kepada anak dibawah penjagaan beliau tapi kami masih dapat merasai aura kasih sayang seorang bapak kepada anak, walaupun kami jarang bertemu.

Dihari lahir ku pada ahad ini, ku ingin mengucapkan terima kasih kepada bapak ku. Ketika usia kita kian matang, kita ingin mendekatkan diri kita kepada beliau untuk sama-sama merasa kasih sayang dan mengeratkan perhubungan anak dan bapak yang telah lama berpisah tapi kini beliau telah sakit hanya dengan belaian urutan tangan dan aura kedatangan kita yang datang mendekati beliau yang hanya dapat dirasai beliau. Masa terlalu singkat dan tidak mengizinkan kami untuk dapat berbual-bual panjang dan bercerita kisah hidup kami masing-masing walaupun kami baru mendekatkan diri kami pada beliau tapi belum terlambat untuk kami semua merasai kasih sayang dari seorang bapak kandung walaupun pada waktu ini keadaan beliau yang kurang sehat.

Pepatah Melayu pula mengatakan bahawa melentur buluh biar dari rebungnya. waktu muda adalah waktu rebung, waktu tua, waktu buluh sudah keras. Maka penting bagi kita untuk memulakan dan membiasakan diri dengan tabiat atau perbuatan yang baik diwaktu muda, agar ia kekal sehingga hari tua kita… maksud ku hidup dalam satu keluarga yang penuh kasih sayang dan bermufakat.

JEMPUTAN KE PELANCARAN KELAB VETERAN SELANGOR

Satu majlis pelancaran Kelab Veteran MAYC Selangor akan diadakan pada Jumaat 29hb. April 2011 jam 3.00 petang di Wisma MAIS, Jalan Ru 3/9A, Seksyen 3, Shah Alam.

Satu jawatankausa penaja telah ditubuhkan untuk tujuan ini dan dipengerusikan oleh Dato Ramli Norani.

Datuk Nasir Safar, Pemangku Presiden Kelab Veteran MAYC Malaysia akan hadir untuk berucap.

Setiausaha kelab Khalid Mohamad mempersilakan semua ahli kelab veteran dan pembaca blog ini hadir dimajlis ini.

NEVER RETIRE

DO not give up so easily. Our working lifespan is no longer defined by age and many people in their sixties and seventies are still working, out of choice, not necessity.

You must have some savings or EPF to keep you going for some time, so do not push yourself into a tight corner. You have skills and experience, so that is an edge. If you are not too demanding about perks and salary, there are many job vacancies. Have the right attitude and mindset as employers prefer staff to be positive and confident.

Console yourself that you have already achieved many milestones in your life. Your children are grown up and financially independent. If you are truly in need, they will not leave you in the poorhouse.

Be a happier person and do the things you missed out on when you were busy with work and bringing up your children. Attend relevant seminars and join organisations that allow networking with the working sector so you can spread the word that you are available for fresh career opportunities. It is easier to get a job when you are not desperately focused on it.

Keep busy and happy. You will not feel so lost and empty if you can fill your days gainfully. Do some charity or community work as helping those in need is always rewarding.

You are more blessed than most as you have family, health and friends. Think of all those years when you had to be in the office until evening. You only had weekends for the family. Now time is all yours. Enjoy and savour your freedom and make the most of it.

DIMANAKAN KU CARI GANTI