Buku ini
Filed under: Uncategorized | Leave a comment »
Satu majlis berbuka puasa telah berlangsung di SMK Putrajaya Precint 9 (2) malam tadi. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyaddin Yassin menjadi tetamu khas di salah sebuah sekolah terbaik di Malaysia.
Yang Dipertua PIBG sekolah tersebut, Datuk Nasir Safar dalam ucapannya telah berikrar untuk terus memajukan sekolah itu yang telah pun berjaya memperbaiki kedudukannya dari no 97 ke no 24 sekarang dan melakukan berbagai transformasi pembelajaran.
Satu program turun ke padang telah pun diperkenalkan untuk membolehkan guru-guru mengunjungi rumah-rumah pelajar bagi mengetahui masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar sekolah tersebut.
Seramai 500 orang telah hadir termasuk seluruh warga kerja Kementerian Pendidikan Malaysia.
Filed under: Uncategorized | Leave a comment »
Buat pertama kalinya dalam sejarah MAYC, kepimpinannya diterajui oleh seorang bukan ahli politik . Ini bererti bahwa kegiatannya juga tidak akan berbau politik.
Kegiatan MAYC selepas ini semesti akan tertumpu kepada usaha-usaha untuk membangunkan masyarakat belia yang bukan hanya yang menjadi ahli MAYC. Agenda pertamanya adalah untuk membangunkan semula pergerakan MAYC yang sejak beberapa tahun ini imejnya tercalar dan tidak mampu menguruskan Wisma Belia dengan baik.
Kepimpinan baru MAYC hendaklah menyusun semula barisan dan menghidupkan semula kelab-kelab yang tidak lagi bergerak dan hentikan usaha-usaha untuk membatalkan kelab-kelab yang masih hidup tetapi tidak sekongkol dengan mereka.
Menyusun semula barisan perlu menjadi wadah pergerakan MAYC hari ini dan dalam masa yang sama hendaklah mencungkil bakat kepimpinan baru dikalangan mereka supaya MAYC tidak lagi ketandusan pemimpin yang berkebolehan.
Program-program baru hendaklah diperkenalkan dan tidak hanya menunggu ide dari Kerajaan dan mencontohi usaha-usaha NGO belia yang lain.
Pimpinan dibawah Mohd Hasri mampu melakukannya.
Filed under: Uncategorized | 1 Comment »
Pada 16hb Julai yang lalu di Majlis Mesra MAYC Veteran telah diperkenalkan pemimpin baru MAYC Kebangsaan yang bernama Mohd Hasri Hadzir berasal dari Kedah, seorang Timbalan Pengarah di Biro Tata Negara, dan telah dilantik pada 7hb Julai 2012 di mesyuarat agung tahunan MAYC di Wisma Belia, Kuala Lumpur.. Tokoh ini yang mempunyai sosok yang agak sederhana akan menjadi menjadi Presiden MAYC yang ke enam sekiranya segala isu yang berkaitan dengan kesahihan MAT tersebut dapat dibereskan dengan baik.
Dalam ucapannya pada Majlis Mesra tersebut, Mohd Hasri memberi jaminan bahwa semua pihak akan dibawa berbincang untuk menyelesaikan berbagai isu dalaman MAYC. Beliau juga menambah beberapa pembaharuan akan diperkenalkan dalam MAYC termasuk mengadakan program-program yang akan memberi faedah secara langsung kepada ahli.
Walau bagaimanapun beliau tidak langsung menyebut tentang Wisma Belia sungguhpun kita telah diberitahu terdahulu dari itu bahwa Abu Bakar Shawkat Ali sudah pun dipecat dan tidak lagi menguruskan Wisma Belia. Adalah diharapkan Wisma Belia dapat diuruskan sendiri oleh JKK MAYC Kebangsaan dan segera dapat melunaskan hutang dengan Prokhas Sdn Bhd, syarikat yang menanggung aset ini.
Filed under: Uncategorized | 1 Comment »