VETERAN TRENGGANU DILANCAR

Lebih 200 orang veteran dan tetamu telah hadir di majlis pelancaran Kelab Veteran MAYC Negeri Trengganu pada 28 September 2012 di Laman Inap Desa, Teluk Ketapang, Seberang Takir, Kuala Lumpur.

Datuk Nasir Safar, Presiden KVMM ketika berucap meresmikan acara pelancaran berkata semangat 1Malaysia harus terus disemarakkan dikalangan bukan sahaja veteran MAYC, malah dikalangan yang muda-muda.

Untuk inilah, tambahnya ditubuhkan KVMM Negeri Trengganu. Beliau berharap veteran MAYC akan terus menjalankan program supaya pengalaman mereka dapat di wariskan kepada yang masih belia.

Beliau mengucapkan setinggi tahniah kepada barisan JKK Negeri Trengganu pimpinan Haji Alias Mustaffa kerana berjaya mengumpulkan veteran dinegeri itu untuk sama-sama terus memberi khidmat kepada masyarakat setempat.

Satu majlis penyampaian cenderamata ” jasa mu dikenang” telah diadakan pada acara tersebut dan 10 orang veteran MAYC telah menerima cenderamata tersebut.

Haji Alias Mustaffa, Pengerusi KVMM Trengganu ketika berucap diawal majlis berkata, KVMM Negeri Trengganu akan terus mendukung usaha pusat bagi memberi kesedaran dikalangan rakyat tentang pentingnya dihayati gagasan 1Malaysia.

Turut hadir di majlis tersebut adalah Datuk Yusoff Hamid, Tim Presiden, Maznah Abullah, JKK, Datuk Ibrahim Che Mat, Pengerusi KVMM Negeri Sembilan dan Mohd Anuar Ujang, SU Veteran Negeri Sembilan.

Advertisements

CINTA DIHUJUNG USIA

Satu Program Ilmu : SEMINAR CINTA DI HUJUNG USIA, akan diadakan pada 3hb Oktober mulai 9.00 pagi, anjuran Pusat Pembangunan, Pembangunan & Pengembangan Pelajar, UTHM. Mengetahui soal seksualiti manusia & isu2 berkaitan dgn seksual peringkat warga emas, input2 bagaimana menangani konflik dalam perkahwinan.

Tiga perspektif utama akan dibincangkan : Kesihatan, Kaunseling dan; Agama.

Kelab Veteran MAYC Negeri Johor digalakkan menghadiri seminar ini untuk memberi sumbangan fikiran.

Hubungi Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat 07-453 7463 (Dr. Noraishah Daud), 07-453 7464 (Pn. Aspalaila Abdullah)

MEDIA BARU UNTUK ORANG LAMA

Sungguhpun pada umumnya media baru amat digemari oleh gulungan muda, yang sudah lanjut usia tidak seharusnya memandang sepi dengan munculnya media sosial dalam hidup kita.

Kerajaan Malaysia sedang membelanjakan jutaan ringgit untuk membangunkan prasarana komunikasi yang boleh dinikmati diseluruh negara. Oleh yang demikian sudah ada sekarang ini kampung tanpa wayar dan pusat jalur lebar kuminiti (PJK).

KVMM sebagai sebuah NGO warga emas dan veteran MAYC khususnya amat menggalakkan ahlinya menggunakan media baru untuk berkomunikasi dan mendapatkan maklumat tentang apa saja, termasukkan hal-hal ugama.

Satu program khusus untuk memperkenalkan penggunaan internet bagi mereka yang belum celek ICT dan penggunaan media sosial bagi mereka yang sudah agak mahir dalam bidang ini.

Banyak masa dan sumber dapat dijimatkan sekirnya dikalangan kita dapat berhubung dan bertukar fikiran secara sihat. Untuk ini KVMM sedang menganjurkan program satu hari di PJK semua negeri. Seramai 10 orang boleh dilatih dsatu-satu masa dan permohonan untuk mendapatkan latihan ini bolehlah berhubung terus dengan Setiausaha Agung di talian 012-2992911.

Selamat berinternet. Semoga mendapat manfaatnya.

SEMINAR PENCEGAHAN JENAYAH 30 SEPT 2012

Kelab Veteran MAYC Wilayah Persekutuan akan menganjurkan Seminar tersebut diatas (SEKATA) buat kali keduanya pada Ahad 30 September 2012 mulai jam 9.00 pagi.

Seminar yang akan diadakan diPPR,Bt.5, Pekan Batu,Jalan Ipoh, Kuala Lumpur akan dihadiri oleh 100 orang ibu bapa disekitar kawasan PPR Jalan Ipoh.

Datuk Mohd Yusoff Hamid, Pengerusi KVMM W.P. berkata program kali ini akan membincangkan dengan serius peranan yang boleh dimainkan oleh ibu bapa dalam pencegahan jenayah.

Seramai tiga orang pakar dari LPPKN akan memberi ceramah mengenai cara-cara mencegah jenayah dan mewujudkan suasaa bebas jenayah dilingkungan mereka.

Pengerusi JKK Wanita KVMM Maznah Abdullah berkata rumusan-rumusan yang dibuat diseminar ini akan dikemukakan kepada NCWO dan pihak-pihak yang berwajib untuk menelitinya. Katanya program saperti ini akan terus diadakan di P Pinang dan Perak, tidak lama lagi.

MARINA COVE RESORT, LUMUT

Marina Cove Resort , tempat yang akan diadakan sambutan ulang tahun ke5 Kelab Veteran MAYC terletak di Jalan Teluk Batik, 32200 Lumut. Perak

Marina Cove menawarkan Wi-Fi secara percuma di seluruh resort dan penginapan yang luas dengan balkoni pribadi. Hotel ini memiliki sebuah taman air, kolam renang terbuka, dan 5 pilihan bersantap.

Semua bilek berhawa dingin dan dilengkapi dengan kamar mandi pribadi. Sebuah minibar, TV, dan pembuat teh/kopi. Beberapa kamar pilihan dilengkapi dengan sebuah dapur dan bathtub.

Gerai makanan Marina Cove menghadap ke Pulau Pangkor. Gerai tersebut menawarkan masakan Jepun dan Barat, serta makanan lokal. Semuanya berspesialisasi pada hidangan makanan laut.

Para pengung dapat menikmati minum-minuman di tepi laut di Beach Bar, yang juga dilengkapi dengan karaoke terbuka. Fasilitas lainnya mencakup sebuah pusat kebugaran dan taman bermain anak-anak. Resort ini juga menyediakan perkhidmatan penyewaan motor..

Resort Marina Cove ini berjarak 7 km dari Lumut, sekitar 2,5 jam dengan kereta dari Kuala Lumpur.

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE5

MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN KE 5 KELAB VETERAN MAYC MALAYSIA akan diadakan saperti berikut:

Tarikh: Jumaat 12hb Oktober 2012
Jam 8.00 malam
Tempat : Marina Cove, Lumut, Perak

Aturcara majlis:

7.30 Ketibaan jemputan
8.00 Persembahan rengan
8.15 Ucapan Aluan majlis
Bacaan Doa

Makan malam

8.45 Ucapan Datuk Nasir Safar, Presiden KVMM

9.45 Ucapan MB Perak/Wakil
Gimik peresmian

10.15 ersembahan ( puisi )
Paparan slide ( MAYC Lama)

10.30 Penyampaian bantuan/cenderamata
Cabutan bertuah ( tiket penerbangan)

Sessi bergambar

Sebuah meja untuk 10 orang telah disediakan bagi tiap-tiap KVMM negeri. Yang lainnya adalah untuk jemputan khas saperti MAYC Kebangsaan, NGO Perak dan penyumbang-penyumbang.

Semua pertanyaan mengenai majlis ini bolehlah ditujukan kepada Pengerusi Penyelaras Sdr Azmi Ismail di no: 019 421 6119.

VETERAN NEGERI KELANTAN TERUSKAN PERJUANGAN

Disatu perjumpaan Jawatankuasa Negeri Kelantan, Veteran MAYC dibawah pimpinan Dato’ Abdul Halim Hamad, beberapa program telah dikenalpasti sebagai wadah perjuangan kelab ini.

Ini termasuklah mengadakan program celek IT, seminar peningkatan ilmu dan menghidupkan semula bengkel latihan untuk wanita di PCB.

Perjumpaan yang diadakan semalam di Restoran Hayaki, Kota Bharu, Kelantan ini dihadiri oleh 16 orang bekas pemimpin MAYC yang masih sihat dan bersemangat untuk meneruskan perjuanganmembela nasib masyarakat.

Turut hadir diperjumpaan tersebut adalah Setiausaha Agung Kelab Veteran MAYC, Taib Wahab dan Haji Sulaiman Ismail, Penashat Khas YB Menteri Pelancongan Malaysia.

Dato Abdul Halim Hamad berazam untuk terus berjuang memberi kesejahteran kepada bukan sahaja bekas pemimpin MAYC di Kelantan, malah semua warga emas di Kelantan yang perlu pembelaan.

Perjumpaan hampir dua jam itu juga memberi peluang kapada yang hadir untuk mengimbau semula pengalaman dan peristiwa semasa memimpin kelab, daerah dan bahagian negeri MAYC.