MEMOHON PERUNTUKAN PERDANA MENTERI

Untuk mendapat peruntukan tahunan bagi program-program Veteran MAYC sudah disediakan cadangan anggaran perbelanjaan saperti berikut:

Peruntukan khas ini akan dibelanjakan untuk melaksanakan kegiatan pertubuhan ini pada bidang-bidang berikut sepanjang tahun 2015:

1. Program-program susulan termasuklah Jelajah Perpaduan dan tumpuan kepada kawasan pilihan raya dimana BN kalah tipis.

2. Pembangunan koperasi dan mewujudkan rakan pintar bersama agensi Kerajaan yang berkenaan.

3. Program-program pembangunan di zon Timur, Utara dan Selatan, Semenanjung Malaysia.

4. Program kebajikan untuk pimpinan dan veteran MAYC.

Advertisements

TAIB WAHAB LETAK JAWATAN

Pada 5hb Mach lalu Taib Wahab telah menulis surat kepada Datuk Nasir Safar untuk meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung kerana sebab-sebab peribadi.

Hasrat ini telah lama disimpan hanya menantikan masa yang sesuai. Oleh kerana tarikh mesyuarat agung tahunan telah ditunda kepada 3hb April 2015 dan bukan pada bulan Januari maka dirasakan tidak boleh bertahan lagi.

Lagipun wadah perjuangan Kelab Veteran MAYC sudah banyak berubah kepada hal-hal untuk menyelesaikan masalah negara daripada hal-hal untuk menjaga kebajikan veteran MAYC.

Ramai dikalangan kita yang memerlukan pembelaan. Nama-nama yang mudah diingati adalah Datin Paduka Rahmah Othman yang sedang mengidap penyakit “Dementia”, Datuk Yahaya Zakaria lebih kurang begitu, Munit Itam Fajar, sakit jantung dan banyak lagi.

Taib Wahab merasakan hanya dia saorang sahaja yang mengambil berat tentang hal ini. Datuk Nasir dan ahli-ahli JKK yang lain hanya menumpukan perhatian untuk memenangkan BN dalam PRU14 nanti. Satu cita-cita yang memerlukan tenaga dan wang ringgit yang banyak dan satu angan-angan yang sangat tinggi.

Hingga saat ini sudah lebih RM 1 juta telah disumbangkan oleh pejabat PM, tetapi ianya banyak digunakan untuk hal-hal yang bukan untuk kebajikan veteran MAYC.

Taib Wahab merasakan sudah tiba masanya untuk duduk dirumah menulis buku.