KEGIATAN AKHIR TAHUN

Inilah masanya sekretariat Kelab Veteran menjadi paling sibuk untuk menyediakan laporan tahunan dan kira-kira persatuan. Mesyuarat Agung Tahunan dijangka akan diadakan pada akhir bulan hadapan dan berkemungkinan ianya akan diadakan di Ipoh pada kali ini bagi membolehkan beberapa orang veteran kita yang tinggal di Ipoh dan mereka agak kurang sihat untuk hadir sama.

Cadangan untuk mengadakan program pertanian bandar di Kolej Pertanian Malaysia sudahpun diserahkan oleh Helmi Radzi, Pengerusi Penyelaras. Sekiranya diterima oleh pihak kolej maka program ini akan kita laksanakan selepas Mesyuarat Agung.

Satu cadangan untuk mengadakan program kerjasama bisnes dengan Tone Excel sedang disiapkan untuk kelulusan. Dalam program ini veteran Mayc akan mengambil bahagian dalam satu usaha pintar dengan sebuah Telco tempatan yang akan membolehkan semua ahli menyumbang kepada tabung kewangan kelab disamping mereka sendiri dapat menjana pendapatan secara passif.

Sementara itu JKK Kelab Veteran akan memenuhi segala undangan perkahwinan anak-anak dan cucu-cucu mereka.

 

JADIKAN CUTI SEKOLAH KALI INI YANG TERBAIK

Bagi para veteran yang mempunyai anak-anak yang masih dibangku sekolah mahukan cuti sekolah kali ini yang bermakna untuk anak anda?

Oleh itu anda perlu memerhatikan sebuah program yang lain daripada Kem Motivasi biasa. Biarkan anak anda menjadi kanak-kanak dan remaja yang lebih hebat!

Biarkan mereka mengalami transformasi diri dan kemahiran yang bermanfaat! Ada banyak PROGRAM CUTI SEKOLAH yang direka khas untuk kanak-kanak dan remaja berusia
7 tahun sehingga 17 tahun.

Jika anak anda tidak selesa berbahasa Inggeris atau sekadar tahu menulisnya apa kata kita jadikan dia seorang yang selesa menulis, membaca, bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan sehariannya.

Jika anak anda gentar berbicara di hadapan khalayak ramai dan Ingin mengubah kelemahan ini, apa kata kita jadikan dia seorang yang yakin dan hebat berbicara serta mampu berpidato.

Anak anda lemah dalam akademik dan sukar memahaminya. Kenapa pula anak tidak mampu cemerlang di sekolah. Apa kata jika kita seimbangkan otak kanan dan kirinya serta jadikan dia seorang pelajar yang cemerlang?!

MAKA ANDA PERLU BERTINDAK MENDAPATKANNYA PROGRAM CUTI SEKOLAH 2013 YANG DAPAT MEMENUHI SEMUA PERSOALAN DIATAS.

SELAMAT MAJU JAYA DEMI KEBAHAGIAN KELUARGA ANDA.

K-POP MENGHIMPUNKAN SEJUTA BELIA

Setelah menjawab berbagai soalan dari anggota PAC, akhirnya bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Shabbery Chik didapati tidak terlibat dalam salah laku menggunakan dana Kerajaan dalam penganjuran konsert K-pop sempena perhimpunan sejuta belia pada tahun lalu. Semuanya mengikut proses dan prosedur yang dibenarkan.

Penganjuran konsert K-Pop pada banyak pihak merupakan suatu serangan secara terang-terangan khususnya terhadap pemikiran belia yang menghasilkan pelbagai kesan negatif terhadap mereka.

Ustazah Norsaleha Mohd Salleh.berkata perkara tersebut mampu mempengaruhi minda remaja kerana mendorong mereka untuk terikut-ikut dengan budaya luar.

“Kita diserang melalui pemikiran yang merosakkan minda, cara berfikir, kewarasan berfikir kita dan jati diri umat kita, bahkan secara tidak langsung serangan ini menyerang akidah kita.”

Ustazah Norsaleha turut menyifatkan konsert K-Pop sebagai suatu yang melampau berikutan unsur-unsur porno yang ditonjolkan di dalam persembahan mereka.

“Banyak di sana unsur-unsur porno dan juga promosi pergaulan bebas di antara lelaki dengan perempuan, lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan dan ini satu perkara yang sangat bahaya kepada identiti dan jati diri golongan belia.”

Kita harus menilai ini sebagai sesuatu yang boleh dilakukan perubahan untuk mempastikan wang Kerajaan tidak digunakan untuk memusnahkan akhlah belia-belia itu sendiri.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Bangi Valley, Hj Ali Ahmad pula berkata tiada unsur positif yang terdapat di dalam konsert tersebut melainkan hiburan yang melalaikan semata-mata.

“Kalau tujuannya semata-mata hiburan, memang melalaikan. Bahkan hiburan yang boleh memberikan sesuatu seperti menghilangkan tekanan, jangan letakkan itu sebagai prioriti dalam kehidupan kita kerana wawasan kita adalah lebih jauh,” jelasnya.

Kerajaan harus berhati-hati dalam membenarkan penganjuran konsert saperti ini. Anak-anak kita harus diajar untuk menikmati kesenian kita sendiri kerana di Malaysia tidak kurang adanya kumpulan pemusik dan penghibur yang handal.

WISMA BELIA

“KITA mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Sdr Hairi kerana memberi cadangan yang sangat baik. Oleh itu kami bercadang untuk membuat lawatan ke Wisma Belia pada 7 Disember 2013 jam 2.00 petang. Kalau boleh Sdr Hairi ikut sama dan jika boleh bantu kami untuk pastikan pihak pengurusan Wisma Belia berada pada waktu tersebut. Rombongan dari Kelab Veteran terdiri dari lima orang JKK sahaja.”

Demikianlah bunyinya posting kita mengenai Wisma Belia terdahulu dari ini. Saperti yang janjikan rombongan Kelab Veteran telah hadir pad tempat dan waktunya dan dengn ini ingin mngesahkan perkara berikut:

1. Ruang pejabat ditingkat bawah yang dulunya disewa oleh Agro Bank masih lagi kosong dan tidak ada tanda-tanda ianya hendak disewakan.

2. Restoran ditingkat bawah juga masih kosong tanpa ada sebarang operasi.

3. Keadaan dipersekitaran Wisma Belia dan Wisma Tunku amat memperhatinkan, seolah-olah seluruh pengurusan Wisma Belia dan sekretariat tidak lagi berfungsi.

4. Hanya empat buah bilek sahaja yang tersewa sungguhpun ini musim cuti sekolah.

KOPERASI VETERAN MAYC

Koperasi Veteran MAYC telah mengadakan roadshow pertamanya semalam 30/11/2014 di Hotel Seri Malaysia, Kuantan, Pahang. Koperasi yang ditubuhkan pada 5hb Ogos yang lalu sedang mendapatkan seramai ahli yang boleh untuk memulakan perniagaannya.
Diantara bidang perniagaan yang akan ceburi koperasi ini adalah (1 ) Kedai 1Malaysia (2) Kedai Ar-Rahnu dan (3) Pengurusan Hotel di Makkah. Datuk Mohd Yusof Hamid ketika berucap dimajlis pelancaran tersebut berkata pada yang sama pengurusan koperasi sedang meneliti cadangan skim insuran “ cash guarantee plan “ yang boleh melindungi anggota Koperasi terutama yang kebanyakannya berumur lebih dari 60 tahun.”
Tambahnya “ pengurusan koperasi sedang mengenalpasti sebuah pejabat baru yang lebih sesuai dan selesa kepada anggota.”
Semua veteran MAYC dipelawa untuk menjadi ahli dan mendapatkan faedah yang akan dapat diraihkan dalam jangka yang tidak terlalu lama.
Taib Wahab, Setiausaha Agung Kelab Veteran telah menyampaikan sumbangan kewangan sebesar RM50,000 dari Kelab Veteran MAYC kepada Datuk Mohd Yusoff Hamid, selaku Pengerusi Koperasi.
Roslan Madun, aktivis MAYC dan seniman terkenal telah bersetuju untuk mengadakan satu show budaya pada satu majlis makan malam pungutan derma untuk koperasi yang akan diadakan tidak lama lagi.
Semua pertanyaan mengenai koperasi ini boleh ditujukan kepada Sdr Ruslan Zainal Abidin 019 277 8688.