TAIB WAHAB LETAK JAWATAN

Pada 5hb Mach lalu Taib Wahab telah menulis surat kepada Datuk Nasir Safar untuk meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung kerana sebab-sebab peribadi.

Hasrat ini telah lama disimpan hanya menantikan masa yang sesuai. Oleh kerana tarikh mesyuarat agung tahunan telah ditunda kepada 3hb April 2015 dan bukan pada bulan Januari maka dirasakan tidak boleh bertahan lagi.

Lagipun wadah perjuangan Kelab Veteran MAYC sudah banyak berubah kepada hal-hal untuk menyelesaikan masalah negara daripada hal-hal untuk menjaga kebajikan veteran MAYC.

Ramai dikalangan kita yang memerlukan pembelaan. Nama-nama yang mudah diingati adalah Datin Paduka Rahmah Othman yang sedang mengidap penyakit “Dementia”, Datuk Yahaya Zakaria lebih kurang begitu, Munit Itam Fajar, sakit jantung dan banyak lagi.

Taib Wahab merasakan hanya dia saorang sahaja yang mengambil berat tentang hal ini. Datuk Nasir dan ahli-ahli JKK yang lain hanya menumpukan perhatian untuk memenangkan BN dalam PRU14 nanti. Satu cita-cita yang memerlukan tenaga dan wang ringgit yang banyak dan satu angan-angan yang sangat tinggi.

Hingga saat ini sudah lebih RM 1 juta telah disumbangkan oleh pejabat PM, tetapi ianya banyak digunakan untuk hal-hal yang bukan untuk kebajikan veteran MAYC.

Taib Wahab merasakan sudah tiba masanya untuk duduk dirumah menulis buku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: