MESYUARAT JKK VETERAN MAYC WILAYAH PERSEKUTUAN

Photo
Kelab Veteran MAYC Wilayah Persekutuan telah mengadakan mesyuarat JKK hari ini di Quality Hotel, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur untuk membincangkan gerak kerja kelab terutama sekali dalam hal menjaga kebajikan ahli-ahli yang sedang uzur dan bermasaalah.
Pengerusi Kelab, Datuk Mohd Yusoff Hamid berkata banyak perkara telah dapat dibincangkan termasuk mengenai perkembangan MAYC Kebangsaan yang dijangka akan mengadakan mesyuarat agungnya pada 7hb Julai depan. Kelab, katanya amat perihatin tentang kemelut yang sedang berlaku dan diharap akan segara dapat diselesaikan untuk membolehkan MAYC bergerak terus memberi khidmat kepada masyarakat dan tidak berpolitik sesama mereka.
Kelab Wilayah Persekutuan berikrar akan mendukung semua program yang akan dijalankan oleh KVMM.
Foto JKK sedang bermesyuarat sengaja dikaburkan supaya tidak ternampak wajah-wajah JKK yang sudah berkedut dan kerepot.
Advertisements

HARI BELIA NEGARA 2012

Dengan penjenamaan baru “Himpunan Jutaan Belia” berbagai bakat yang terpendam ditonjolkan oleh belia sepanjang Himpunan Jutaan Belia 2012 ini berlangsung dengan penganjur mengenengahkan pelbagai hasil kreativiti dan inovasi melalui hasil karya mereka.

Ini bererti belia-belia boleh dapat memilih untuk mengambil bahagian dalam program-program lain dan yang lebih serius dari itu.

Oleh yang demikian pelbagai aktiviti termasuk lukisan grafiti telah  mampu menarik belia berhimpun bersama-sama dan memeriahkan Putrajaya yang menjadi ‘ Bandar Mesra Belia ’.

Terdapat empat papan lukisan disediakan dan pelukis dan orang ramai boleh mengekpresikan warna dan corak yang digemari pada papan lukisan tersebut. Grafiti atau lakaran pada dinding adalah perkataan diambil daripada ‘ graffito ‘ yang berasal dari Itali dan membawa maksud ‘ lakaran ‘.

Ia satu daripada cabang seni lukisan kreatif yang mempunyai nilai estetika tinggi dan sering dipelopori golongan muda. Grafiti berbeza dengan mural kerana ia menggunakan cat sembur berbanding mural yang dilukis dengan berus dan cat.

Disamping itu juga telah diadakan berbagai program hiburan dan sukan yang amat melekakan para belia sehingga program-program yang lebih serius saperti KONVENSYEN BELIA NEGARA tidak begitu mendapat sambutan. Hanya belia-belia yang dipaksa sahaja datang untuk mengisi ruang-ruang yang kosong di Dewan Kristal, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Presinct 4 pada selesa 29hb. Mei yang lalu.

 


BANGUNAN UNTUK VETERAN MAYC

Setiap NGO harus perlu ada bangunannya sendiri yang akan menjadi tempat pemusatan kegiatan dan inspirasi pergerakannya. Kelab Veteran MAYC Malaysia tidak terkecuali daripada hal ini dan sedang memikirkan untuk mencari tapak ntuk mendirikan bangunannya.

Disinilah nanti akan ditempatkan Memorial Mubin Sheppard, MAYC Global Relief, Koperasi Veteran MAYC dan beberapa anak syarikat yang lain.

KOPERASI VETERAN MAYC BERHAD

Sedang diteliti kemungkinan ditubuhkan sebuah koperasi khusus untuk penyertaan veteran MAYC. Datuk Yusoff Hamid, Timbalan Presiden Kelab Veteran MAYC Malaysia yang mencetuskan ide ini berkata sudah sampai masanya satu koperasi ditubuhkan untuk bekas ahli dan pemimpin MAYC kerana ianya akan memberi faedah secara langsung kepada semua ahli.

Dengan hanya bermodalkan RM100 seorang ahli koperasi akan mendapat berbagai kemudahan yang disediakan untuk mereka yang melabur dalam mana-mana koperasi, katanya.

Perkara ini akan dibincangkan pada mesyuarat JKK akan datang dan dijangka akan dilancarkan pada perjumpaan Kelab Veteran sempena sambutan Aidil Fitri tahun ini.

Cadangan ibu pejabat Koperasi Veteran MAYC Berhad diKuala Lumpur, dengan pembinaan patung Robert Owen, pengasas koperasi dunia dipintu masuk.

SEMANGAT SETIAKAWAN MASIH MENEBAL

Mesyuarat Agung Kelab Veteran MAYC Negeri Sembilan yang berlansung semalam amat mencerminkan semangat setiakawan dikalangan bekas pemimpin dan ahli MAYC.

Dari muka-muka yang hadir semalam terlihat wajah-wajah yang masih mampu untuk terus menyumbang bakti kepada bangsa dan negara. Inilah legasi yang telah ditinggalkan oleh pimpinan MAYC pada masa dahulu.

Berbanding dengan keadaan sekarang ini, dimana telah wujud berpuak-puak dikalangan pimpinan MAYC serta perbalahan yang tidak berkesudahannya., MAYC dulu kala adalah kumpulan belia yang bersemangat juang yang tinggi dan bersatu padu. Tanpa ada sebarang perbalahan atau ada cubaan rebutan kuasa dan sebagainya.

Veteran Negeri Sembilan adalah contoh yang amat baik dan model yang hebat untuk mencerminkan perpaduan dan kemesraan dikalanngan ahli-ahli MAYC yang terdahulu.

Semoga semangat ini terus dapat dipupuk hingga mati.

MESYUARAT AGUNG KELAB VETERAN MAYC NEGERI SEMBILAN

Pada jam 3.00 petang tadi telah  berlangsung mesyuarat agung tahunan Kelab Veteran MAYC Negeri Sembilan di Balai Raya Desa Rhu, Sikamat, Seremban setelah pendaftarannya  diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Seremban baru-baru ini.

Barisan jawatankuasa penaja yang dipimpin oleh Dato Hj Ibrahim Che Mat telah dilantik semula sebagai Jawatankuasa Kerja dengan beberapa orang muka baru dilantik juga.

Y Bhg Dato Haji Ishak Ismail, Ketua UMNO Bahagian Seremban ketika berucap  meresmikannya mesyuarat agung tersebut berkata  beliau amat gembira dapat berjumpa semula kawan-kawan lama yang sama-sama berjuang dalam MAYC. Beliau pernah menjadi Pengerusi MAYC Daerah Seremban satu masa dahulu. Menjalinan saliturahim dengan kawan-kawan lama adalah baik, katanya. Beliau telah menyarankan KVMNS menganjurkan satu perjumpaan besar-besaran di Seremban dengan menjemput Perdana Menteri sebagai tetamu khas.

Setiausaha Kehormat Kelab ini, Haji Mohd Anuar Ujang berkata beliau amat puas hati dengan kehadiran dimesyuarat agung tersebut dan berharap perjumpaan saperti ini akan dapat diadakan dimasa-masa akan datang.

Mayc Negeri SembilanVETERAN NEGERI SEMBILAN

HUJUNG MINGGU YANG PADAT

Mulai malam tadi Presiden Kelab Veteran MAYC mempunyai jadual yang padat untuk memenuhi permintaan Gelombang Veteran yang sedang melanda sekarang.

Disatu program malam tadi di Dewan Komuniti, Taman Sentul Murni, Kuala Lumpur Datuk Nasir Safar berucap dihadapan ratusan masyarakat Taman Dato Senu, Sentul.

Jam 9.00 pagi ini beliau berada di Dewan Pasoh, Jelebu, Negeri Sembilan untuk menyampaikan ceramah mengenai Gagasan 1Malaysia kepada masyarakat disitu. Esok pada jam 10.30 pagi pula  beliau akan berada di Hotel Suria City untuk program yang sama.

Pada malamnya Datuk Nasir akan berucap di Felda Sungai Mas, Kota Tinggi, Johor.

Kepada veteran MAYC yang masih lagi dikawasan-kawasan tersebut kami persilakan untuk hadir sama.