KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA

IMG_1084Datuk Nasir Safar, Presiden Kelab Veteran MAYC Malaysia hari ini menyarankan agar Koperasi Veteran MAYC Semenanjung Malaysia memberi fokus kepada pembangunan rangkaian kedai rakyat satu Malaysia sebagai bisnes utamanya sebelum membuka bidang-bidang yang lain.

Ini, katanya akan memberikan Koperasi entry point yang mudah dengan disokong oleh sistem pengurusan yang sedia ada. Rangkaian kedai ini juga memberi peluang kepada ahli veteran MAYC untuk menyokong usaha koperasi dan akan memberi faedah secara langsung kepada ahli-ahli yang menjadi pemegang saham koperasi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas road-show yang akan diadakan pada bulan hadapan dinegeri-negeri pantai timur.

Kedai rakyat 1Malaysia adalah cetusan ide Perdana Menteri yang mesti disokong oleh Koperasi kerana ianya memberi kemudahan berbelanja secara berhemah dan menjimatkan.

Koperasi sedang menjalankan kempen mendapatkan ahli dengan mensasarkan 1000 orang pada akhir tahun ini.

Road show mendapatkan ahli akan bermula pada 30hb November 2013 di Hotel Seri Malaysia, Kuantan pada jam 3.00 petang dan pada 1hb Disember 2013 di Hotel Seri Malaysia Kuala Trengganu pada jam 3.00 petang

GERAKAN MENANAM SEJUTA POKOK

Program ini telah dilancarkan pada majlis sambutan Idul Fitri baru-baru ini di Seremban. Empat batang pokok “tacoma” telah tanam di Seremban International Golf Club oleh Datuk Mohd Ali Rustam, Datuk Nasir Safar, Datuk Ibrahim Che Mat. dan Datuk Ayub.

Majlis ini merupakan pelancaran gerakan menanam sejuta pokok diseluruh Malaysia oleh veteran MAYC dimana jua mereka berada. Program ini dilancarkan diatas kesedaran bahwa jika pokok-pokok ini tidak ditanam maka kawasan tadahan air dinegara ini akan berkurangan pada jangka waktu yang terdekat. Bumi kita akan menjadi kering kontang dan tidak sesuai lagi untuk bercucuk tanam.

Photo: Every tree, every growing thing as it grows,
says this truth, you harvest what you sow.

Rumi
3Like · · Share

PERJUMPAAN DIKUALA TRENGGANU

Satu majlis pelancaran perengkat negeri Trengganu dan Kelantan akan diadakan pada ahad 1hb Disember 2013 jam 3.00 petang di Hotel Seri Malaysia, Kuala Trengganu.

Datuk Mohd Yusoff Hamid, Pengerusi Koperasi berkata majlis ini adalah susulan daripada majlis di Kuantan yang diadakan sehari sebelum ini dan bertujuan untuk mendapatkan ahli baru dikalangan veteran MAYC yang tinggal di Trengganu dan Kelantan. Majlis ini juga akan memberi penerangan mengenai hala tuju koperasi disamping untuk mendapatkan tindak-balas ahli tentang peluang-peluang perniagaan yang boleh dijalankan oleh Koperasi.

Tuan Haji Alias Mustafa, seorang ahli lembaga Pengarah dari akan ditugaskan untuk mendapatkan seramai mungkin ahli hadir dimajlis ini. Beliau boleh dihubungi di no telp 012 9837784.

Presiden KVMM Datuk Nasir Safar dijangka akan hadir untuk berucap mengenai halatuju koperasi dan juga Kelab Veteran MAYC pada majlis ini.

KOPERASI KELAB VETERAN MAYC SEMENANJUNG MALAYSIA BERHAD

Satu majlis pelancaran perengkat negeri Pahang akan diadakan pada 30hb November 2013 jam 3.00 petang di Hotel Seri Malaysia, Kuantan.

Datuk Mohd Yusoff Hamid, Pengerusi Koperasi berkata majlis ini bertujuan untuk mendapatkan ahli baru dikalangan veteran MAYC yang tinggal di Pahang. Majlis ini juga akan memberi penerangan mengenai hala tuju koperasi disamping untuk mendapatkan tindak-balas ahli tentang peluang-peluang perniagaan yang boleh dijalankan oleh Koperasi.

Sdr Shuib Awang, seorang ahli lembaga Pengarah dari Jengka, Pahang akan ditugaskan untuk mendapatkan seramai mungkin ahli hadir dimajlis ini.

Presiden KVMM Datuk Nasir Safar dijangka akan hadir untuk berucap pada majlis ini.

KIBARKAN JALUR GEMILANG TANDA SETIA KEPADA NEGARA

UCAPAN PENGHARGAAN

Datuk Nasir Safar, Presiden KVMM melalaui paparan facebooknya membuat kenyataan berikut:

PENGUNDI JUJUR DAN IKHLAS, Melalui FB , Saya ingin melahirkan penghargaan dan terima kasih diatas kerjasama semua pihak yang membantu dan menyokong saya dalam undian Majls Tertinggi nombor urutan .53 . Bagi membolehkan saya mendapat no 46 dari 62 calun yang bertanding dan dgn undian 10240 undi , dgn 12 bhg , dari 191 bahagian ini  bermakna setiap Negeri telah memberi undi kepada saya Biar pun saya tidak dipilih dan memiliki apa2 jawatan dan sebagai membalas jasa kawan2  saya akan terus memberi pandangan melalui pletfom facebook ; tentang transfomasi pemikiran baru dalam semangat gagasan 1Malaysia .

Salam perjuangan sahingga titisan darah terakhir .

Image

Nota: Datuk Nasir telah gagal dalam cubaan untuk jawatan Ketua UMNO Bahagian Tg Piai dan Majlis Tertinggi UMNO pada 19hb Oktober yang baru lalu. Kita mengucapkan SYABAS kepada beliau kerana telah menawarkan diri dan mencuba sedaya upaya dengan dorongan dari kawan-kawan UMNO dan Veteran MAYC.

BUAT YANG KALAH

Bagi mereka yang kalah dalam pemilihan berbagai jawatan dalam UMNO tidak semestinya mereka gagal. Mereka cuma menangguhkan kemenangan mereka untuk pemilihan akan datang. Ini termasuklah beberapa orang calun dari MAYC dan Veteran MAYC.

KVMM mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada calun pilihan kita yang telah berani menjadi calun dan bersedia untuk kalah. Perwakilan telah memilih dan membuat keputusan. Sama ada didorong oleh wang, janji manis atau apa pun, mereka sudah memilih calun yang menang. Oleh itu tidak ada lagi yang perlu dipersoalkan lagi.

Bagi yang kalah, KVMM ingin menyeru agar terus berjuang untuk menegakkan kebenaran, dan bekerja keras untuk menghapuskan politik wang bukan sahaja dalam UMNO tetapi juga dalam pentadbiran kerajaan.

Bagi yang menang KVMM juga ingin mengucapkan tahniah kerana telah berjaya menggunakan wang, jawatan, jabatan dan berbagai lagi. Jelas sekali penggunaan strategi ini telah menghasilkan yang terbaik untuk diri anda. Cuma diharapkan penggunaan wang itu adalah sebagai amal jariah dan tidak seharusnya digunakan untuk mendapatkan pulangan semasa memegang jawatan.

CampsBaySunset

CALUN NAIB PRESIDEN PILIHAN KAMI

Photo: Kesinambungan Asas Kepemimpinan. #zahidVP01 #pemilihanumno