DENGAN MEDIA BARU KITA BOLEH HASILKAN IMEJ INI

UnlikeLike · · Share

SENIKATA LAGU BARISAN KITA

PERLATIHAN MEDIA BARU

Suruhanjaya Multimedia Malaysia ( SKMM) telah memanggil Kelab Veteran MAYC untuk berbincang mengenai perlatihan media baru untuk para veteran pada 8hb Mei 2012 jam 10.00 pagi di pejabat SKMM di Cyberjaya.

Mesyuarat ini akan merangka program dan strategi untuk menambahkan bilangan gulungan berumur untuk sama-sama menekmati kemudahan multimedia yang disediakan oleh Kerajaan.

KVMM dijangka akan mengemukakan program bersepadu untuk meramaikan lagi pengguna internet dan sebagainya dikalangan ahli-ahlinya yang sudah agak berumur.

Usaha ini sudah dijadikan dasar Kementerian Komunikasi, Multimedia dan Kebudayaan Malaysia dan peruntukan kewangan yang sesuai akan disediakan.

Nantikanlah perkembangan ini.

BERSARA DENGAN ALAM

Salah seorang veteran MAYC, Mushlim Musa, kini bersara dari pergerakan belia sejak 20 tahun lalu, menetap di Kg Paku, dekat Alor Gajah.

Dengan wang persaraan sebesar RM 500,000 sudah dimanfaatkan untuk membina sebuah rumah tradisional Melaka diatas tanah kampong seluas 5 ekar dan ditanam dengan berbagai jenis “heliconia” dan beliau adalah pengumpul species ini yang terbesar didunia.

Minatnya terhadap hortikultur dan alam telah amat mendalam sejak bertugas di TUDM.

Kelab Veteran mengucapkan selamat bersara dan mendoakan agar Sdr Mushlim akan terus dilindungi Allah swt.

 

PROGRAM MEDIA BARU BERMULA

Datuk Nasir Safar, Presiden Kelab Veteran, malam tadi melancarkan program khas bersama aktivis media baru untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 ( PRU13) di Hotel Eastin, Petaling Jaya.

Program yang diadakan dengan rakan strategik TEH TARIK BERSAMA YB ini adalah untuk mengerakkan kempen serangan maklumat benar tentang berbagai isu yang melanda negara pada masa ini.

Datuk Nasir dalam taklimatnya mengenai program ini menggesa semua penggiat media baru untuk terus mendalami ilmu mengenai ketatanegaraan sesuai dengan Gagasan 1Malaysia dan berani memberi pandangan dan pendapat masing-masing. Ini amat perlu jika mereka mahu terus menjadi relevan dalam dunia ciber.

Membahaskan isu-isu negara berdasarkan fakta dan bukti amat diperlukan bagi membolehkan pembaca dan pengikut blog masing-masing mendapat maklumat yang jelas, benar dan tepat pada waktunya, tambahnya.

Rakyat Malaysia amat perlu diberi pemikiran baru sesuai dengan dasar transformasi kerajaan dewasa ini. Mereka harus jujur dan iklas membantu negara menghadapi Gagasan 1Malaysia, tegas beliau.

GELOMBANG VETERAN MELANDA P. PINANG

Majlis perjumpaan veteran MAYC malam tadi telah dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Cikgu Habib. Ramli Din, Pengerusi Veteran MAYC Pulau Pinang dalam kata-kata aluannya amat terharu dengan sambutan yang telah diberikan oleh semua yang hadir dan berharap ini menjadi titik tolak kepada berbagai program veteran yang akan diadakan di P Pinang.

Datuk Nasir Safar, Presiden Kelab dalam ucapannya berkata kelab ini adalah pletfom yang terbaik bagi veteran MAYC duduk bersantai dengan kawan-kawan lama.

Dengan menghargai kepercayaan yang diberikan oleh Tan Sri Sanusi Junid untuknya memimpin Kelab Veteran ini beliau akan berpegang kepada amanah yang diberikan.

Untuk itu beliau akan turut membawa gelombang perubahan melalui Gagasan 1Malaysia. Ini katanya adalah satu agenda yang paling hebat bagi negara dan semua persoalan akan dibawa ke perundingan saperti yang diamalkan sewaktu Negara mencapai kemerdekaan.

Tun Abdul Razak katanya telah membawa negara ini keluar dari kemiskinan dan sekarang ini Dato Sri Mohd Najib pula sedang membawa negara kita ke era eknomi pendapatan tinggi.

Kita mampu mengurus perpaduan yang sedia ada untuk menuju pencapaian Gagasan 1Malaysia.

Majlis perjumpaan telah diadakan malam tadi di Hotel Vistana, Bukit Jambul, Pulau Pinang dengan dihadiri oleh lebih 50 orang veteran MAYC seluruh Pulau Pinang.

Selesai saja ucapan Datuk Nasir beberapa orang veteran telah bangun untuk memberi pandangan mereka tentang beberapa isu yang sedang melanda negeri Pulau Pinang dan negara.

 

GELOMBANG VETERAN BERMULA DIKELANTAN

Seramai 100 orang muka-muka lama MAYC di Kelantan telah berhimpun di Kelantan Trade Centre Jumaat malam yang lalu untuk bersilaturahim dan berbincang mengenai berbagai perkara yang melibatkan MAYC dan kehidupan veteran sesudah bersara.

Datuk Nasir Safar ketika berucap merasa amat terharu diatas kehadiran kawan-kawan seperjuangan lama dan ini katanya adalah peluang terbaik untuk bertemu sahabt handai   yang telah sama-sama memimpin MAYC..

Katanya Tan Sri Sanusi telah memberi amanah kepadanya  untuk memimpin Kelab Veteran MAYC dan pergerakan kita akan mempertahankan perlembagaan Malaysia dengan menggunakan daya pemikiran baru.

Tambahnya Kelab Veteran MAYC akan menganjurkan program-program yang akan mendukung gerakan transformasi Kerajaan dengan mempertahankan :
(1) Gagasan 1Malaysia yang tidak ada sempadan perbatasannya.
(2) Daya pemikiran baru
(3) Budaya ketepatan ( punctuality)
(4) Innovasi dan kebijaksanaan

Dato A Halim Hamad, Pengerusi Kelab Veteran MAYC Kelantan juga merasa amat terharu dengan sambutan yang diberikan oleh veteran MAYC di sekitar Kota Bharu. Ini katanya menunjukkan minat dikalangan mereka  masih menebal terhadap pergerakan MAYC.

Sungguh pun khudrat kita semakin berkurangan, semangat masih kuat dan harus dijaga sepanjang masa.

Datuk Nasir telah menyampaikan watikah perlantikan dan peruntukan kewangan kepada Datuk Halim.