MANDILAH SEBELUM DIMANDIKAN

Mandi pada setiap pagi dan petang sememangnya menjadi kebiasaan harian kita, tetapi sejauh manakah mandi itu mampu memberikan terapi terhadap kesihatan anda terutama sekali bagi yang sudah berusia.

Kami ingin berkongsi beberapa jenis mandian serta kebaikannya dan mungkin selepas ini anda boleh mempraktikannya dalam kehidupan seharian anda.

MANDI AROMATERAPI

Mandian aromaterapi adalah mandi yang menggunakan bahan-bahan yang dicampur dengan rempah-ratus tradisional yang sudah diperap khas. Kebaikan mandian ini adalah ia dapat meningkatkan sistem peredaran darah, merehatkan otot-otot badan serta meredakan tekanan.

MANDI AIR PANAS

Mandi dengan menggunakan air panas sebenarnya mampu membantu membuang toksin daripada tubuh badan anda. Malah ia juga mampu menurunkan kandungan gula dalam darah, menyembuhkan sakit otot serta menjaga usus besar. Satu kajian di Jepun menunjukkan jika seseorang berendam di dalam air panas selama sepuluh minit, ia dapat membaiki jantung terutamanya sekali untuk lelaki.

MANDI GARAM

Mandi garam adalah cara untuk merasai kesegaran dengan merangsang semula organ dalam badan yang kehilangan tenaga. Ia mampu merangsang vitamin tertentu dan mengurangkan homosistina iaitu sejenis bahan yang gagal dicerna dan akan mengotorkan darah dalam tubuh. Mandi garam turut dapat melancarkan peredaran darah dan merawat tumit kaki yang merekah.

MANDI WAP

Mandi wap bukan sahaja mampu menyegarkan kita, malah turut memberikan kesan yang baik untuk sistem kadiovaskular. Selain itu, mandi wap juga dapat mencairkan darah, mengembangkan urat saraf serta melegakan otot-otot.

Walaugaimanapun batas waktu untuk mandi juga harus diperhatikan kerana orang-orang tua kita sering mengingatkan kita bahwa mandi malam adalah tidak sesuai dan mandi sebelum ke masjid tiap pagi sangat baik terutama sekali bagi kita yang terpaksa menjalankan tugas malam sebelumnya.

Selamat bermandian.

PROGRAM KDB & GMBO

DSCF1263Program ini akan dilancarkan sebaik-baik sahaja Kelab Veteran Negeri memberi tarikh dan tempat yang akan diadakan.

SKMM telah bersetuju pada dasarnya untuk menganjurkan program ini bersama Kelab Veteran Negeri seluruh Semenanjung Malaysia. Kedua modul ini merupakan initiatif SKMM untuk terus memberi khidmat kepada masyarakat dalam bidang penggunaan internet.

KDB ( Klik Dengan Bijak ) dan GMBO ( Get Malaysia Business Online) dijangka akan memberi faedah kepada semua pengguna internet sama ada untuk tujuan sosial atau bisnes.

Taib Wahab, Setiausaha Agung KVMM yang mengadakan perbincangan dengan SKMM Wilayah Selatan hari ini berkata, Johor adalah negeri pemula bagi program multi media ini dan akan dianjurkan seterusnya dinegeri-negeri arah utara sehingga Perlis dan Kelantan.

Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada veteran MAYC   tentang pentingnya menggunakan internet untuk kebaikan dan melonjakkan pasaran produk mereka dengan membina website yang interaktib dan mempunyai kemampuan jual beli.

Program ini diharap dapat diselesaikan sebelum hujung tahun ini, ujar Taib Wahab lagi.

JELAJAH PRU 13 SELESAI

Tan Sri Sanusi Junid malam tadi menutup tirai penyertaan kita dalam PRU13 disatu majlis di Dewan Serbaguna Taman Melewar, Gombak, Kuala Lumpur. Turut hadir dimajlis tersebut adalah Dato Mohd Yusoff Hamid, Maznah Abdullah dan Taib Wahab.

Dalam ucapannya Tan Sri Sanusi mengingatkan kita tentang kesejahteraan yang telah kita nikmati sejak BN memerentah negara ini. Oleh yang demikian tugas kita adalah untuk terus mengekalkannya.

Perubahan tidak perlu dilakukan semasa pilihan raya sahaja kerana ianya boleh dilakukan pada bila-bila masa. Berbagai usaha transformasi kerajaan adalah bukti yang ini dapat dilaksanakan.

Program di Taman Melewar ini adalah penutup program Bilek Gerakan Bersama Veteran MAYC dan Alumni 4B yang diilhamkan bersama oleh Datuk Nasir Safar dan Dato Seri Mohd Ali Rustam.

Sebelum ini Tan Sri Sanusi telah memberi ucapan di Port Dickson, Seremban, Langkawi dan Alor Setar di berbagai program ceramah dan pidato

Bilek-bilek gerakan yang telah kita lawati adalah di Bandar Tun Razak, Kota Bharu, Alor Setar, Bukit Mertajam, Seremban dan Air Hitam. Banyak lagi bilek gerakan bersama yang tidak sempat kami lawati kerana kesuntukan masa.

Kelab Veteran ingin mengucapkan SELAMAT MENGUNDI dan mendoakan agar proses pengundian esok akan berjalan lancar tanpa sekarang kekecohan.

KIBARKAN JALUR GEMILANG TANDA SETIA KEPADA NEGARA