BELIEVE IN MIRACLE

Advertisements

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2013

Veteran Mayc
MESYUARAT AGUG TAHUNAN 2013

Saperti biasa KVMM mengadakan MATnya tiap-tiap awal tahun sebagai mematuhi undang-undang tubuh yang sedia ada. Pada tahun ini MAT ini telah di adakan di bandar Kluang, Johor. Oleh itu kami menemput JKK Negeri untuk membuat tawaran bagi menganjurkan MAT pada tahun depan. JKK Negeri boleh menawarkan tarikh dan empat ianya boleh diadakan dan menjemput seorang pembesar negeri untuk meresmikannya.

Tiap-tiap negeri dibolehkan menghantar semua JKK negeri untuk hadir dan mengambil bahagian dalam perjalanan MAT kali ini.

Semua tawaran untuk menjadi tuan rumah ( anggaran perbelanjaan disediakan oleh KVMM ) dan senarai perwakilan bolehlah dihantar secepat mungkin kepada Setiausaha Agung KVMM di emel: taib2wahab@yahoo.com

BUAT ANAK-ANAK KITA

IBADAH QURBAN DI CAMBODIA

Rombongan 4 orang Veteran MAYC sekarang ini berada di daerah Kg Cham, Cambodia dalam rangka mengerjakan ibadah korban sejak seminggu yang lalu.

Kg. Tul Thmei, adalah perkampongan Melayu Cham 40 kilometer atau 1 jam setengah dari Kg Cham. Disinilah pusat kami mengedarkan haiwan sembelihan untuk ibadah qurban tahun ini. Sebanyak sepuluh ekor dapat kami usahakan dari beberapa veteran di Malaysia.

Hari ini masuk hari ketiga dan rombongan kami akan bersiap untuk berangkat ke Phnom Penh sebaik sahaja satu majlis kenduli diadakan lepas zohor nanti Rombongan amat berpuas hati diatas sambutan dan kerjasama yang telah diberikan oleh masyarakat disini dan mereka amat berharap bilangan binatang qurban dapat ditambah pada tahun hadapan.

Para veteran yang berminat boleh berhubung terus dengan Setiausaha Agung di talian 012-2992911. Harga seekor lembu qurban tahun ini adalah RM 1500 sahaja.Diharap harga ini dapat dipertahankan pada tahun depan.

GENERASI ” Y “

Y should I get a job?
Y should I leave home and find my own place?
Y should I get a car when I can borrow yours?
Y should I clean my room?
Y should I wash and iron my own clothes?
Y should I buy any food?

Semoga anak-anak kita tidak menjadi saperti ini. Jauhkanlah.

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE 5 MERIAH

Seramai 250 orang veteran dan ahli MAYC Perak telah hadir di Majlis Makan Malam sempena Sambutan Ulang Tahun Ke 5 Kelab Veteran MAYC hari ini di Marina Cove Resort, Lumut.

Dato Haji Hamdi Abu Bakar telah hadir mewakili YAB Menteri Besar Perak. Dalam ucapannya beliau menyeru semua ahli MAYC dan Veterannya memainkan peranan penting untuk mempastikan kelancaran PRU 13.

Turut hadir dimajlis ini adalah pemimpin-pemimpin Veteran MAYC dari Johor, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Trengganu.

MAJLIS ULANG TAHUN ESOK

Seramai 200 orang veteran MAYC dari seluruh Semenanjung Malaysia dijangka akan berhimpun di Marina Cove Resort, Lumut, Perak esok 12hb Oktober 2012 untuk menghadiri Majlis Makan Malam sempena Sambutan Ulang Tahun penubuhan Kelab Veteran yang ke 5.

Majlis “Halal bi-Halal” ini dijangka akan dihadiri oleh YAB Menteri Besar Perak yang akan menyampaikan sijil penghargaan dan sumbangan cenderamata kepada beberapa orang veteran MAYC yang telah banyak memberi khidmat kepada masyarakat.

Perjalanan ke Lumut dari Kuala Lumpur mengambil masa kira-kira 2.5 jam dengan menggunakan PLUS Highway dan perlu keluar ke Tol Sungkai untuk menggunakan jalan lama ke Lumut melalui Teluk Intan/ Setiawan.

Dari utara pula kita boleh menggunakan PLUS Highway ke Ipoh Utara dan ikut jalan baru ke Lumut melalui Batu Gajah, Seri Iskandar, dan Telok Intan.

KVMM mengucapkan selamat memandu dengan cermat. Hingga jumpa esok malam jam 8.00.