PROGRAM BULAN JANUARI 2012

Pemangku Presiden Datuk Nasir Safar telah bersetuju untuk hadir dan berucap di acara kelab veteran saperti berikut:

8hb Jan 9.30 pagi IPOH
15hb Jan 3.00 ptg PONTIAN
21hb Jan 9.30 pagi MENTAKAB
21hb Jan 8.30 malam KUALA TRENGGANU

Majlis-majlis tersebut adalah pelancaran kelab veteran setempat, penyerahan watikah perlantikan dan wacana tokoh yang berjudul CABARAN 1MALAYSIA.

Butir-butir mengenai tempat dan sebagainya akan diumumkan kelak. Harap maklum.

USAHAWAN DIGESA AMBIL PELUANG

Usahawan bumiputera disaran bijak menggunakan peluang yang disediakan kerajaan dengan mengambil bahagian dalam program transformasi Kuala Lumpur agar mereka tidak ketinggalan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata usahawan bumiputera di Lembah Klang serta Selangor perlu mengambil peluang dalam pembangunan semula Kampung Baru, Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIFD) serta projek Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) dari Sungai Buloh ke Kajang.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Malam Sumbangsih Usahawan Melayu Alaf 21 bersama Program Digital Ekonomi Melayu (PDEM) di sini hari ini. Turut hadir Penaung Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Kelana Jaya Datuk Abu Hasan Mohd Nor serta 1,000 usahawan bumiputera.

Mengulas program PDEM, Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno, berkata ia adalah bagi memudahkan perkongsian maklumat ekonomi di kalangan orang melayu dan usahawan bumiputera melalui teknologi maklumat.

“Saya harap dengan pelancaran PDEM ini usahawan bumiputera sentiasa peka dan berusaha mendapatkan maklumat mengenai sesuatu peluang perniagaan selain menggunakan platform media baru, dan usahawan bumiputera perlu bijak menggunakan platform media baru seperti laman web, facebook dan twitter untuk mempromosikan perniagaan mereka kepada orang ramai,” katanya.

DARI SUDIRMAN ARSHAD

PENGGUNAAN ALAT MEDIA TERBARU

Pentadbiran NGO dan aktibiti sukarelawan tidak boleh lagi menggunakan kaedah lama. Malah produktiviti mereka boleh ditingkatkan lagi dengan memilih menggunakan tablet.

Pada masa ini, banyak urusan NGO  mengamalkan konsep “bekerja dari rumah” dan sekiranya tablet digunakan berbanding komputer riba, tempat kerja boleh dipelbagaikan.

Ini akan meningkatkan produktivitu NGO kerana pekerja akan mempunyai akses ke pejabat pada bila-bila masa dan di mana jua.

Penghantaran peranti mudah alih akan mengatasi penghantaran PC dalam tempoh satu hingga satu setengah tahun dan pekerja di ekonomi membangun dan maju, akan bergerak daripada peranti IT atau yang diuruskan seperti Blackberry kepada peranti iPhones, iPads, Android atau Symbian.

Pertumbuhan tablet akan terus meningkat. Inilah fenomena pada masa ini di negara-negara Asean, terutamanya Malaysia, Singapura dan Thailand.

Menjelang 2015, tablet bersedia untuk menguasai 23 peratus daripada keseluruhan jualan PC.

Membawa maklumat sulit dan rahsia berkaitan NGO dan pengguna di tablet, amat rapuh dan merbahaya. Oleh itu sekretariat NGO haruslah menggunakan software yang mampu mengatasi masaalah ini

Selain daripada itu, produk itu akan digunakan untuk melaksanakan pelindungan malware, kawalan dan pengurusan jalur lebar.

AGM MAYC BERJALAN LANCAR

Hingga saat ini tidak ada sebarang maklumat yang kami terima dari Air Keroh D Village, Melaka tempat AGM MAYC diadakan hari ini. Walaubagaimana pun gambar-gambar yang muat naik ke facebook jelas menunjukkan semuanya berjalan lancar.

Kelomplok Akramsyah yang cuba kami hubungi juga tidak menjawab HP masing-masing  menandakan mereka sedang kusyuk mengikuti perjalanan mesyuarat agung yang telah diresmikan oleh YAB Datuk Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka semalam.

Mudah-mudahan semuanya berjalan lancarkan dan semua permasaalahan dapat dituntaskan dengan baik demi kebaikan MAYC.

MESYUARAT AGUNG MAYC

Masih banyak lagi perkara yang belum dapat dibereskan sebelum berlangsungnya Mesyuarat Agung MAYC hari ini di Air Keroh D’Village Resort, Melaka.

Perwakilan dari Negeri dan Kawasan tidak banyak masaalahnya. Tetapi diperengkat kelab banyak yang telah dikeluarkan daripada senarai ahli gabungan. Ini telah dilakukan untuk mempastikan tidak adanya sebarang masaalah sewaktu berjalanannya mesyuarat agung.

Terdapat juga beberapa kelab yang baru sahaja dimasukkan kedalam daftar ahli dan dalam keadaan yang agak terburu-buru sehingga JKK Kawasan dan Negeri sendiri tidak mengetahuinya kerana ini telah dilakukan oleh Ibu Pejabat. Sebab-sebabnya kita sendiri dapat ramalkan.

Satu sms yang diterima dari Nor Azmi Azilan, mantan Pengerusi MAYC Wilayah Persekutuan kepada Tan Sri Syed Hamid berbunyi:

Saya merasa amat dukacita terhadap MAYC kerana menafikan hak Persatuan Belia Jaya Taman Batu Muda, Kuala Lumpur yang merupakan nadi MAYC WP selama Tan Sri Syed Hamid menjadi Presiden MAYC. Walaupun pada ketika itu selepas era Dato Yusoff Hamid, semua exco MAYC WP ( Sulaiman Dahlan/Misnah Umar dan lain lain) tiada persatuan belia. Namun atas semangat MAYC, Persatuan Belia Jayatetap bersama mereka sehingga MAYC WP dapat didaftar dibawah ROY adalah atas usaha rakan-rakan Persatuan Belia Jaya tetapi telah diketepikan begitu sahaja tanpa alasan yang munasabah.

Walau bagaimana pun di AGM inilah peluang yang terbaik untuk membereskan segala permasaalahan mengenai kelab gabungan asalkan ianya dapat dibincang dalam suasana yang tenang dan aman.

Kelab Veteran mengucapkan SELAMAT BERSIDANG dan kekalkan lah semangat dan perjuangan MAYC yang sebenarnya tanpa memperjuangkan kepentingan pihak-pihak yang tertentu terutama sekali oleh mereka yang mahu menghancurkan MAYC.

JALAN PENYATUAN MAYC TERBUKA

Bekas Setiausaha Agung MAYC Kebangsaan, Ahmad Ansor Batubaru telah mengedarkan pesanan rengkas yang berbunyi:

BERITA RASMI daripada Ku Iskandar – Beliau telah dimaklumkan bahwa pada hari ini JEMPUTAN RASMI telah diedarkan kepada semua Pengerusi MAYC Negeri, Kawasan dan kelab untuk menghadiri AGM MAYC di Melaka. Justeru , semua ahli MAYC dijemput hadir ke AGM tersebut. TERIMA KASIH kepada YB Menteri Belia diatas segala keprihatinan, sokongan dan kerjasama. MAYC akan bersatu padu dan belayar diatas sebuah kapal yang besar.

Ketika dihubungi melalui talipon sebentar tadi, beliau menyeru semua ahli disemua perengkat untuk menyebarkan berita itu dan meminta pemimpin mereka membuat persiapan untuk berangkat ke Melaka pada hari Jumaat 16hb Disember 2011 untuk menghadiri AGM yang akan diadakan pada Sabtu 17hb Disember 2011.

Kelab Veteran MAYC mengucapkan SELAMAT BERSIDANG dan berharap penyatuan MAYC akan menjadi kenyataan.