TAHNIAH ALUMNI 4B

Kelab Veteran MAYC Malaysia ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah diatas selesainya Perhimpunan Agung Alumni 4B pada sabtu 29 Mach 2014 yang lalu. Majlis peresmian telah disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Dato Seri Utama Mohamad Hassan di Dewan Ballroom Klana Resort Hotel, Seremban.

Presiden KVMM Datuk Nasir Safar, Setiausaha Agung Taib Wahab dan Setiausaha Negeri Sembilan Haji Mohd Anuar Ujang telah hadir mewakili Veteran MAYC. Dewan yang penuh sesak dengan tetamu itu telah mendengar ucapan dari Pengerusi Alumni 4B Negeri Sembilan Dato Haji Ayub, Presiden Alumni 4B Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Kehadiran KVMM dimajlis ini adalah tanda kerjasama yang erat diantara kedua buah NGO yang telah diwujudkan sejak tertanda-tangani Memorandum Persefahaman pada awal tahun lalu di Ayer Keroh, Melaka.

 

PROGRAM DI FELDA SUNGAI KLAH

Retreat MAYC Veteran di Sungai Klah, Sungkai, Perak  hari ini akan bermula pada jam 3.00 petang di Pusat Jalurlebar Komuniti. Seramai 10 orang veteran akan menghadiri kursus sengkat mengenai ICT berjudul  (a) Klik Dengan Bijak (2) Malaysia Business Online ( MBOL ). Tepat jam 5.00 petang pula Jawatankuasa Kerja Kelab Veteran MAYC Malaysia akan bermesyuarat ditempat yang sama.

Solat magrib berjemaah dan doa bersama akan diadakan di Masjid Felda Sungai Klah. Kemudiannya veteran MAYC dan peneroka Felda akan berkumpul di Dataran Homestay untuk mendengar wacana Perpaduan yang akan disampaikan oleh Presiden KVMM Datuk Nasir Safar. Seramai. Seramai 300 orang telah dijemput ke program ini.

Majlis makan malam akan menyusul selepas wacana tersebut.

Untuk menginap di homestay Sungai Klah silalah berhubung atau  berjumpa dengan Puan Saadiah ( bukan isteri allahyarham Ahmad Daud) di no talipon 0135907698)

Kelab Veteran ingin mengucapkan selamat datang kepada tetamu yang pertama kali di Sungai Klah untuk menikmati alam semula jadi dan “hotspring”.

UCAPAN TAKZIAH



Presiden serta seluruh Jawatankuasa Kerja KELAB VETERAN MAYC MALAYSIA  bersama-sama veteran MAYC yang lain amat sedih dan diatas kemalangan yang menimpa MH370  Keperitan keluarga dan sanak-saudara kakitangan dan penumpang penerbangan MH370 yang di laporkan hilang pada 8 March 2014 juga amat kami rasakan .

Kami mendoakan keselamatan dan kesejahteraan  semua ahli keluarga dan sanak saudara yang terlibat semoga mereka dapat mengharungi saat getir ini dengan penuh ketabahan. Kami iringkan doa kepada mereka yang telah pergi semoga roh mereka dicucuri rahmat dan keampunan.

 
KVMM juga ingin memanjangkan rasa terharu dan terima kasih kepada semua pihak yang telah dan masih bertungkus lumus di dalam usaha mengesan pesawat malang tersebut tanpa berputus asa walaupun dengan petunjuk yang amat terbatas. “Semangat perpaduan yang hebat ditonjolkan oleh pengurusan dan anggota pencari dan penyelamat yang datang dari pelbagai negara dan lapisan bangsa  turut serta membantu dalam operasi yang sangat mencabar ini, kata Datuk Nasir Safar.
 
Kami amat berbangga di atas kecekapan negara kita Malaysia mengurus operasi yang membabitkan kawasan dan aset yang sangat besar serta amat mencabar di dalam operasi mencari dan menyelamat yang merentas beberapa benua, tamba beliau.
 
Kepada semua kakitangan Penerbangan Malaysia ((MAS) , kami juga mendoakan semoga mereka menerima cabaran yang besar ini untuk bangun dan menjadi lebih hebat dan cemerlang. Kami akan terus memberi sokongan kepada MAS untuk sama-sama mengharungi saat susah  ini. Insya Allah.

MEMBINA NEGARA BANGSA

Datuk Nasir Safar, Presiden KVMM berkata tanggung jawab membina negara bangsa adalah terletak dibahu semua rakyat Malaysia terutama sekali pelajr-pelajar universiti.

Bercakap di hadapan 300 orang pelajar Universiti Utara Malaysia 25/3/2014 di kampus Sintuk Datuk Nasir mengingatkan pelajar-pelajar tentang sejarah negara yang telah membuktikan bahwa Malaysia adalah satu-satu negara yang telah mencapai kemerdekaan melalui perpaduan.

Sejarah juga membuktikan kemampuan kita membina negara dengan menyatukan berbilang kaum dinegara ini.

Oleh itu, tambahnya pelajar-pelajar haruslah terus menimba ilmu untuk memajukan negara ini sehingga tercapainya wawasan 2020.

Turut berucap dimajlis tersebut adalah pensyarah GOLSIS Encik Mohd Fauzi dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UUM.

Program dianjurkan bersama Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM..

BERSAMA UNIMAP

Setiausaha Agung TAIB WAHAB telah menjadi tetamu Universiti Malaysia Perlis di Program Al Falak semalam 23/3/2014 bersama 112 orang mahasiswa cemerlang kampus tersebut.

Program 3 hari ini dipenuhi dengan berbagai aktibi untuk menyediakan mahasiswa ini setelah mendapat ijazahm. Berucap selama satu setengah jam Taib Wahab berkata bahwa ijazah sahaja tidak menjamin mahasiswa akan berjaya dalam hidup. Mereka harus belajar terus tentang kehidupan dan sebagai karyawan dimana mereka berkerja.

Bagi mereka yang akan menceburkan diri dalam bidang perniagaan ada banyak lagi yang perlu dipelajari. Pengalaman akan menentukan segala-galanya. Oleh itu mereka harus

      JANGAN LUPA KAWAN

      JANGAN LUPA DARATAN

      JANGAN TAKBUR

      JANGAN AMBIL RINGAN

      JANGAN LUPA TUHAN

Sekiranya ini menjadi pedoman, mereka akan berjaya.

 

BERCUTI DI SUNGAI KLAH

FELDA Sungai Klah 9 km dari Tol Sungkai adalah pusat percutian yang luar biasa kerana mempunyai kemudahan eco tourism ( hot spring) dan agro tourism. Disini terdapat program homestay yang terbaik di Malaysia dan hotel Felda Residence mempunyai 66 bilek dan villas serta berbagai kemudahan percutian untuk sekeluarga. Tempat ini amat sesuai bagi program ini dan ianya menjanjikan berbagai keseronokan untuk sekeluarga.

Bagi mereka yang akan menghadiri program JELAJAH PERPADUAN pada 28hb Mach 2014 ini lanjutkanlah dengan membeli pakej percutian anda dengan Persatuan Homestay Perak.

Butir-butir lanjut mengenai homestay ini dan untuk membuat tempahan sila berhubung dengan Puan Noradidah Mokhtar / Saadiah di no 013 5907698 

Sungguhpun program ini akan diadakan pada 28/3/2014 peserta dan tetamu digalakkan untuk terus tinggal di Sungai Klah sepanjang hujung minggu tersebut untuk menikmati berbagai program yang akan dianjurkan oleh Persatuan Homestay Perak. Pengerusi Persatuan ini Noradidah Mokhtar berkata berbagai acara keluarga akan diadakan  dan pengunjung akan dapat menimati kemudahan kolam air panas semula jadi yang ada disitu.

JKKecil KVMM juga boleh mengadakan mesyuarat mereka disini. Program-program ICT sudahpun dijadualkan untuk negeri-negeri Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Butir-butir lanjut boleh didapati dari Setiausaha Agung.

Untuk sampai  keHomestay Sungai Klah kita boleh menggunakan lebuhraya PLUS dan keluar diexit SUNGKAI. Homestay ini terletak 9 km dari plaza tol tersebut.

JELAJAH PERPADUAN TERAKHIR

Jawatankuasa Kerja Kelab Veteran MAYC Negeri Perak yang bermesyuarat semalam telah memutuskan untuk mengadakan  program JELAJAH PERPADUAN pada hari Jumaat 28/3/2014 di Homestay Sungai Klah, Perak. Tarikh ini sudah dipesetujui oleh Datuk Nasir Safar, Presiden Kelab Veteran.

Homestay Sungai Klah adalah pusat homestay yang terbaik di Malaysia dan mempunyai berbagai kemudahan percutian untuk sekeluarga. Tempat ini amat sesuai bagi program ini dan ianya menjanjikan berbagai keseronokan untuk sekeluarga. Butir-butir lanjut mengenai homestay ini akan kami siarkan apabila diperolehi sedikit masa lagi.

Program ini dijangka akan menjadi program penutup JELAJAH PERPADUAN setelah ianya dijalankan pada 28/2/2014 di Kluang, Johor, 5/3/2014 di Kuala Selangor  7/3/2014 di Kuala Trengganu 8/3/2014 di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, dan 25/3/2014 di Kedah dan Perlis.

Sungguhpun program ini akan diadakan pada 28/3/2014 peserta dan tetamu digalakkan untuk terus tinggal di Sungai Klah sepanjang hujung minggu tersebut untuk menikmati berbagai program yang akan dianjurkan oleh Persatuan Homestay Perak. Pengerusi Persatuan ini Noradidah Mokhtar berkata berbagai acara keluarga akan diadakan  dan pengunjung akan dapat menimati kemudahan kolam air panas semula jadi yang ada disitu.

Untuk pergi keHomestay Sungai Klah kita boleh menggunakan lebuhraya PLUS dan keluar diexit SUNGKAI. Homestay ini terletak 9 km dari plaza tol tersebut.