PUSAT SIBER YANG MEMBIMBANGKAN

Pusat siber atau internet cafe saperti ini sedang dibangunkan dimerata pelusuk tanah air dan penggunaan nya yang tidak berhemah membuat kita terfikir apakah yang akan terjadi dengan anak-anak kita yang duduk ditempat-tempat ini sepanjang malam untuk berseronok dengan kawan-kawan seangkatan dengan mereka. Celek IT saperti ini adalah satu gejala yang membimbangkan dan perlu ada langkah-langkah yang sesuai diambil untuk mengatasinya.
Perkara ini menjadi sebahagian dari kandungan pengajaran dalam kursus celek IT yang sedang dijalankan oleh Kelab Veteran MAYC. Peserta diajar untuk menggunakan komputer dan internet secara berhemah supaya ianya menjadi kegiatan harian yang sihat dan membena.
Peserta-peserta kursus akan diberi penerangan tentang bahaya menggunakan internet secara tidak berhemah kerana ini akan membahayakan bukan sahaja diri mereka tetapi juga orang lain. Menggunakan internet secara bertanggung jawab amat ditekankan dalam kursus ini.

PROGRAM CELEK ICT UNTUK VETERAN

Tujuan asas mengadakan program ICT ini adalah untuk memperkenalkan penggunaan komputer kepada gulungan veteran yang masih lagi ketinggalan dalam hal penggunaan media baru. Kaedah yang digunakan untuk pengajaran adalah amat mudah dan mesra warga emas.

Hanya dalam masa satu hari sahaja semua pelatih akan dapat menggunakan sebuah komputer dengan baik serta dapat menggunakan internet bagi segala urusan hariannya.

Mereka  akan diajar untuk menggunakan emel dan media sosial saperti facebook. Mereka juga akan diajar untuk memulakan blog masing-masing sebagai satu media untuk menyampaikan sesuatu kepada pembaca alam maya.

Oleh kerana batasan kemudahan komputer dan jalur lebar, hanya 10 orang sahaja boleh mengikut program ini pada satu-satu masa. Program yang bermula dari jam 9.00 pagi itu akan tammat pada jam 4.00 petang.

Para veteran semua digesa untuk mengikuti program ini yang dikelolakan bersama Suruhanjaya Kommunikasi Multi Media ( SKMM ) yang telah membena lebih dari 200 pusat jalur lebar komuniti (PJK) diseluruh negara)

Penganjur perengkat negeri diminta berhubung dengan penyelaras program di talian 012-2992911

KURSUS ICT FASA 2

KVMM Negeri Melaka akan menganjurkan program celek IT pada sabtu 7hb Julai 2012 mulai jam 9.00 pagi di Balairaya Umbai Pantai, km 14 Kg Umbai, Melaka. Semua pertanyaan mengenai program ini bolehlah ditujukan kepada Hj Gani 012-6211559.

Sementara itu KVMM Negeri Sembilan pula akan mengadakan program yang sama pada 3 dan 4hb Julai 2012 mulai jam 9.00 pagi di Masjid Kariah Lonek, batu Kikir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Semua pertanyaan mengenai program ini boleh diajukan kepada Setiausaha Negeri, Hj Anuar Ujang 019 2482948.

Hanya 10 orang sahaja yang dapat mengikuti program ini disatu-satu sessi.

SEMINAR PENCEGAHAN JENAYAH

Datuk Nasir Safar, Presiden KVMM berucap ketika meresmikan Seminar Pencegahan Jenayah pagi tadi diDewan Serbaguna Taman Indah Jaya PJS4, Petalng Jaya. Seminar yang bertemakan: keselamatan keluarga tanggungjawab kita (sekata) adalah untuk ibu bapa dan dianjurkan bersama NCWO, LPPKN, Sekata Outreach dan Kementerian Pembangunan Wanita , keluarga dan masyarakat.

Seramai 200 orang telah hadir untuk mengikuti berbagai ceramah mengenai  (1) komunikasi keluarga (2) disiplin anak-anak dan (3) kemahiran kesihatan produktif yang diadakan sepanjang hari.

Datuk Nasir berkata pencegahan jenayah adalah amat penting dan bermula dengan didikan mengenainya dari perengkat rumah tangga hingga ke masyarakat umum. Beliau berharap dengan menghayati Gagasan 1Malaysia, pencegahan jenayah dapat dilaksanakan diseluruh negara ini.

Maznah Abdullah, Pengerusi JKK Wanita KVMM amat berpuas hati dengan kehadiran di seminar tersebut yang telah dibantu oleh KVMM Negeri Selangor. Beliau akan menggunakan module sedia ada untuk menganjurkan seminar yang sama diseluruh negara.

KURSUS ICT PERTAMA

Seramai 10 orang Veteran MAYC telah menghadiri kursus satu hari mengenai ICT dan media baru di Pusat Jalur Lebar Kommuniti di Felda Air Hitam, Kluang, Johor semalam. Program bersama SKMM itu adalah yang pertama dalam siri program jelajah seluruh negara yang akan dijalankan sepanjang tahun ini.

Peserta peserta yang hadir sebelum ini mempunyai pengetahuan terbatas tentang penggunaan internet. Setelah mengikuti program ini sepanjang hari mereka sudah boleh menggunakan emel dan facebook. Walau bagaimanapun mereka merasakan bahwa program satu hari tidak mencukupi untuk mengetahui segala selok belok internet.

Semasa menutup program tersebut, Taib Wahab, Setiausaha Agung Kelab Veteran telah menganjurkan supaya program-program lanjutan diadakan untuk membolehkan pengguna internet faham tentang menggunakan teknologi siber secara beretika. Ini adalah untuk mempastikan pengguna internet berhemah semasa bertukar-tukar maklumat dan pendapat dalam media sosial. Dengan cara ini kita boleh memupuk semangat perpaduan dan muhibbah dikalangan pengguna internet.

Program selanjutnya akan diadakan pada Jumaat 29hb Jun 2012 jam 9.00 pagi di Dewan Serbaguna, Kg Sri Bunian, Jalan Md Yakin Barat, Pontian, Johor.

PENCEGAHAN JENAYAH

Jenayah berlaku dimana-mana sahaja tanpa mengira masa dan tempat. Lebih-lebih lagi dalam keadaan yang tidak menentu. Oleh yang demikian amat perlu pencegahan dimulakan dirumah dengan menggunakan kaedah yang berkesan dan mampan.

Diatas kesedaran inilah Kelab Veteran MAYC Malaysia dengan kerjasama berbagai agensi dan pertubuhan kerajaan menganjurkan siri seminar untuk memberi kesedaran tentang betapa pentingnya mencegah kejadian jenayah. Dengan kerjasama dan sokongan NCWO, LPPKN dan KPWKM, KVMM akan melancarkan siri Seminar ini pada Ahad 24hb Jun2012 jam 8.00 pagi di Dewan Serbaguna, PJS4, Taman Indah Jaya, Petaling Jaya. yang akan diresmikan oleh Presiden KVMM Datuk Nasir Safar.

Program pertama ini akan dihadiri oleh 200 orang peserta terdiri dari ibu-ibu rumah tangga di sekitar Petaling Jaya Jaya. Seminar satu hari ini akan menyentuh berbagai aspek pencegahan jenayah yang boleh dilaksanakan ditempat masing-masing. Yang berminat untuk menyertai program kali ini dan program-program akan datang dipersilakan berhubung dengan Pengerusi JKK Wanita, Maznah Abdullah di tel: 0173310572.

SEMINAR PENCEGAHAN JENAYAH

JKK Wanita Kelab Veteran MAYC Malaysia akan mengadakan satu Seminar Pencegahan Jenayah pada 24hb Jun2012 jam 8.00 pagi di Dewan Serbaguna, MBPJ, Jalan PJS 4/19, Taman Indah Jaya, Petaling Jaya dengan bertemakan KESELAMAT KELUARGA ADALAH TANGGUNG JAWAB KITA.

Program tajaan Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) akan dihadiri oleh 200 orang peserta disekitar Petaling Jaya. Seminar satu hari ini adalah yang pertama dianjurkan oleh JKK Wanita KVMM dan ianya akan juga diadakan dinegeri-negeri lain mengikut format yang sama.

Maznah Abdullah, Pengerusi JKK Wanita berkata tajuk-tajuk yang akan diceramahkan adalah (1) Komunikasi keluarga (2) Disiplin anak-anak (3) Kemahiran kesihatan produktif. Sijil kehadiran akan disampaikan kepada semua peserta yang hadir.

Program ini katanya mendapat kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita. Keluarga dan masyarakat, LPPKN, dan Sekata Outreach.

Beliau meminta KVMM negeri-negeri mencadangkan tarikh dan tempat untuk seminar ini dianjurkan diperengkat negeri masing-masing. Peruntukan khas akan disediakan untuk membiayai seminar ini.