SEMINAR PEMBANGUNAN WANITA ANJURAN NCWO

Seramai 10 orang ketua wanita negeri-negeri Veteran MAYC yang diketuai oleh Maznah Abullah telah menghadiri seminar setengah hari anjuran NCWO di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpu semalam.

Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak ketika berucap meresmikan seminar tersebut telah menggariskan beberapa perubahan yang akan dilakukan bagi memperkasakan kedudukan wanita di negara ini.

Antaranya merombak undang-undang dan peraturan yang mengekang kemajuan wanita, memberi fleksibiliti masa bekerja dan mewujudkan pusat asuhan kanak-kanak di tempat kerja.
Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM50 juta untuk melaksanakan program Hati Rakyat bermula bulan depan bagi membantu ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.

Program yang akan dilaksanakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu akan membantu golongan terbabit mendapat kemahiran dan bantuan mengikut keperluan seperti lampin pakai buang dan kerusi roda.

Dato Sri Najib berkata, bantuan itu akan diselaraskan dengan Projek 1Azam yang memberikan pelbagai bantuan, termasuk bantuan modal perniagaan.

Advertisements

JKK VETERAN WANITA BERHIMPUN DI IBU KOTA

Seramai 13 orang wakil-wakil negeri sudah berhimpun di Kuala Lumpur untuk mengikuti Seminar mengenai wanita hari ini diDewan Perdana Felda anjuran NCWO dan akan diresmikan YAB Perdana Menteri.

Seminar sehari mengenai peranan wanita dalam transformasi negara akan dihadiri oleh semua anggota NCWO yang akan mendengar penyampaian oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Seri Idris Jala.

Malam tadi bertempat di MyHome Hotel, Jalan Tuanku Abdul Rahman perwakilan wanita MAYC ini telah mengadakan mesyuarat khas untuk merumuskan beberapa hal mengenai program wanita untuk tahun 2013 dan seterusnya. Tidak diketahui apakan rumusan yang dibuat oleh mereka kerana kaum lelaki tidak dibenarkan hadir.

Sementara itu Maznah Abdullah, Pengerusi Ehwal Wanita berkata bahwa program SPEKKTRA kedua akan diadakan pada sabtu 10hb Februari 2013 di BTN, TG Rhu, Sepang, Selangor. Seramai 500 peserta dari sekitar daerah Sepang dijangka akan hadir mengambil bahagian.

NOSTALGIA MAYC

Salah satu acara yang diperkenalkan di Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Agung Tahunan pada 26hb Januari yang lalu ada berbicara tentang masa lampau dalam MAYC.

Seramai enam orang telah mengambil bahagian pada acara Nostalgia MAYC ini dengan dimulakan oleh Pak Siddek Ghouse bekas Timbalan Presiden MAYC sewaktu Tan Sri Junid menjadi Presiden. Siddek memulakan kerjayanya dengan MAYC sebagai Pegawai Serantanya dan setelah itu memegang beberapa jawatan dalam MAYC sebelum dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Akhbar kepada Dato Seri Dr Mahathir Mohamad ketika itu Menteri Pelajaran Malaysia.

Selepas itu Omar Haji Hassan dari Pulau Pinang pula  telah memberikan nostalgianya semasa bergerak dalam MAYC bukan sahaja di Pulau Pinang, malah diperengkat kebangsaan . Beliau merupakan ahli MAYC yang pertama mengikuti program lawatan kepimpinan ke Jepun pada awal tahun 80an.

Dato Ibrahim Che Mat dari Negeri Sembilan pula menceritakan bagaimana penglibatan beliau dalam pergerakan MAYC dapat memberi manfaat secara langsung kepada nya dalam berbagai hal. Beliau adalah bekas Pengerusi MAYC Negeri Sembilan dan sekarang ini Pengerusi Kelab Veteran MAYC Negeri Sembilan.

Demikianlah sebahagian dari beberapa tokoh yang dapat mengambil bahagian dalam acara ini yang telah memberi ingatan semula kepada semua yang hadir betapa hebatnya pergerakan MAYC pada masa yang lalu.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE6

Seramai 60 orang wakil-wakil negeri telah hadir di mesyuarat agung Kelab Veteran kali ke enam yang berlangsung di Hotel Citrus, Kuala Lumpur semalam. Hanya negeri Perlis sahaja yang tidak hadir disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan.

Dalam ucap utamanya Datuk Nasir Safar, Presiden kelab telah meminta ahli untuk terus menyokong kegiatan kelab supaya kita akan terus relevan. Beliau juga membayangkan adanya beberapa lagi program yang akan diperkenalkan. Ini termasuklah satu acara menandatangani memorandum persefahaman diantara Veteran MAYC dan Alumni Gerakan Belia 4B pada masa terdekat.

Ucap utama Presiden disusuli dengan taklimat dan mesyuarat agung penubuhan Koperasi Veteran Malaysia Berhad. Datuk Mohd Yusoff Hamid dan Ruslan Zainal Abidin telah mengetuai perbincangan mengenai arah tuju koperasi ini dan rata-rata diterima oleh ahli veteran cadangan penubuhan koperasi ini.

Perwakilan Negeri Sembilan pula mencadangkan mesyuarat agung tahunan pada tahun depan dapat diadakan di Kg. Lonek, Jelebu, Negeri Sembilan kerana adanya berbagai kemudahan saperti homestay, dewan mesyuarat, pusat jalur lebar komuniti. Datuk Ibrahim Che Mat, Pengerusi Kelab Veteran Negeri Sembilan berkata Kg Lonek amat sesuai untuk diadakan mesyuarat agung bukan kerana kemudahannya sahaja malah ianya tempat kelahiran Pendita Zaaba. Lawatan-lawatan khusus untuk mendalami adat pepateh boleh dianjurkan, tambah beliau.

Satu taklimat mengenai program “homestay” telah disampaikan oleh seorang veteran MAYC, Tuan Haji Sulaiman Ismail yang juga Penasihat Khas Menteri Pelancongan Malaysia. Perwakilan amat tertarik dengan program ini dan keputusan telah diambil untuk menyertai program ini.

Satu majlis makan malam telah diadakan pada sebelah malam untuk meraikan para perwakilan. Majlis ini telah diemceekan oleh Azmi Ismail dan dihiburkan oleh veteran Tony Ahmad.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 6

Seramai 100 orang perwakilan dan pemerhati dari negeri-negeri dijangka akan menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 6 pada sabtu 26hb Januari 2013 di Hotel Citrus, Jalan Tiong Nam off Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Hotel ini terletak di belakang Wisma Sime Darby dan 5 minit berjalan kaki dari PWTC.

Sebelum Mesyuarat Agung ini dijalankan berbagai wacana akan diadakan mulai jam 9.30 pagi. Datuk Nasir Safar, Presiden KVMM akan menyampaikan ucap utama yang akan membincangkan berbagai hal mengenai perkembangan KVMM.

Satu perbincangan mengenai penubuhan Koperasi Veteran MAYC Berhad yang akan diketuai oleh Datuk Mohd Yusoff Hamid akan menyusul selepas itu.

Maznah Abdullah pula akan mengetuai perbincangan mengenai hala tuju program wanita KVMM terutama sekali SPEKKTRA sebelum kita berhenti untuk makan tengah hari.

Taib Wahab, Setiausaha Agung akan membentangkan program celek I.T. selepas makan tengah hari dan wakil-wakil negeri dijangka akan menyusun atur program ini diperengkat masing-masing untuk tahun 2013.

Pada sebelah malamnya pula akan diadakan MAJLIS MAKAN MALAM di Tingkat Satu hotel yang sama.

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Dari segi penyampaian sewaktu berucap Tun Dr Mahathir tidaklah sehebat Tan Sri Sanusi Junid. Kerana Tan Sri Sanusi mempunyai banyak kelebihan memberi pidato ala Presiden Sukarno atau ketua-ketua negara yang lain.

Setelah mengikuti kedua-dua tokoh ini berucap hampir 30 tahun lamanya jelas kepada kita bahwa penerimaannya agak berbeda. Yang satu memberi kesedaran yang mendalam dan yang satu lagi memberi semangat yang berkobar-kobar.

Apa pun kesimpulan kita, keinginan untuk mendengar mereka amat sentiasa diperlukan dari masa kesemasa.

Ramai yang berpendapat kata-kata Tun tidak lagi relevan buat mas ini dan tentunya ini akan jauh lebih berbeda bila Tun sudah tiada.
BILA TUN DR MAHATHIR BERUCAP
Salah satu keistimewaan Tun sewaktu berucap adalah suaranya tidaki meninggi dan tidak pernah menggunakan kata-kata yang lucah dan menghina sesiapa. Cadangan-cadangan beliau amat berguna kerana ianya disampaikan kepada kita sebagai orang tua yang berpengelaman dan bersifat iklas. 

Beginilah suasana semasa Tun Dr Mahathir bersama dengan lebih 200 orang veteran MAYC pada 7.1.2013 di Putrajaya. Ramai yang tidakhadir mungkin tidak merasakan ini kerana Tun masih hidup dan tentunya ini akan jauh lebih berbeda bila Tun sudah tiada.

 

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 26 JAN 2013

Kuala Lumpur akan menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Agung Tahunan ke 6  KVMM pada sabtu 26hb Januari akan datang. Bertempat di Dewan Mesyuarat Hotel Citrus, Jalan Tiong Nam, Kuala Lumpur MAT kali ini akan menerima 5 orang wakil dari negeri-negeri dan juga pemerhati.

Pendaftaran bermula pada jam 8.00 pagi dan MAT dijangka akan bermula jam 9.00 pagi dengan ucapan dasar oleh Datuk Nasir Safar, Presiden KVMM. Perbincangan seterusnya akan berkisar kepada program-program yang hendak kita jalankan sepanjang tahun 2013 saperti SPEKKTRA, Perlatihan media baru dan wacana Gagasan 1Malaysia, disamping cadangan penuhuhan Koperasi KVMM Berhad yang diketuai oleh Datuk Yusoff Hamid, Timbalan Presiden.

Pada sebelah petangnya satu majlis makan malam bertemakan NOSTALGIA MAYC akan dihadiri oleh 200 orang tetamu. Berbagai acara untuk mengenang semula peristiwa semasa bergerak dalam MAYC, majlis akan diserikan dengan penghibur veteran MAYC, Sdr Tony Ahmad.

KVMM Negeri diminta mengesahkan nama perwakilan dan bilangan yang akan hadir di majlis makan malam kepada Setiausaha Agung KVMM.