SELAMAT HARI MERDEKA

Sungguppun sudah 55 tahun negara kita Merdeka, sudahkah rakyat Malaysia benar-benar merdeka dalam erti kata yang sebenarnya. Sudah kah kita keluar dari pemikiran penjajahan dan kini berada dalam pemikiran Gagasan 1Malaysia.

Bagi kita yang sudah ada pada waktu negara mencapai kemerdekaan, pemikiran kita mungkin berbeda dengan yang lahir beberapa tahun sesudah merdeka. Kerana pemikiran kita amat dipengaruhi oleh hal-hal yang bersangkutan dengan peralihan dari penjajahan British kepada suasana waktu ini.

Bagi anak-anak muda pula perkara ini harus diberi pengajaran yang sesuai supaya mereka juga tahu bagaimana kemnrdekaan ini diperjuangkan dan bagaimana hidup rakyat Malaysia sebelum merdeka tanpa menafikan bahawa masih ada lagi sisa-sisa penjajahan dalam kehidupan kita.

Oleh yang demikian adalah elok jika perayaan 55 tahun ini diabadikan untuk memberi kesedaran dikalangan ahli MAYC sekarang tentang pentingnya kemerdekaan itu dipelihara dan dipupuk supaya pemikiran kita terus berubah sesuai dengan kehendak semasa.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA.

BERJUANG DIHUJUNG USIA

Mengulas tentang majlis perjumpaan Veteran MAYC di SRA ( MAIM) Kg Tedung, Merlimau Melaka pada 25hb Ogos yang lalu, Haji Anuar Ujang Setiausaha, Veteran MAYC Negeri Sembilan berkata “Perhimpunan bekas pemimpin MAYC menimbulkan nostalgia kepada perjuangan yang lepas dimana pemimpin MAYC ketika itu berjuang dengan ikhlas tanpa apa-apa agenda lain selain daripada mengukuhkan ukhwah dan siratulrahim.”

Tambah beliau “Teruskan perjuangan walaupun sudah dihujung usia.” Ini adalah pesanan yang sangat berkesan kepada kita yang masih sihat dan berupaya untuk terus memberi khdimat tanpa batasan umur.

Kelab Veteran MAYC Negeri Sembilan dibawah pimpinan Datuk Ibrahim Che Mat ( orang Jelebu) adalah contoh yang terbaik.Pada tahun ini sahaja kelab ini dapat mengadakan Mesyuarat Agungnya dan menganjurkan program celek IT Pusat Jalur Lebar Komuniti di Kg Lonek.

Dalam perancangan juga Kelab ini akan mengadakan perjumpaan Hari Raya di salah sebuah hotel di Jelebu pada 15hb September 2012 dan bercadang untuk menganjurkan lawatan keluar negara dengan belanja sendiri.

Di Negeri Sembilanlah bekas pemimpin dan ahli MAYC terus bergerak untuk melestarikan semangat muda dan jiwa perjuangan. Tahniah.

MAJLIS RUMAH TERBUKA IDIL FITRI DIPARIT SELANGOR

Presiden Kelab Veteran MAYC Datuk Nasir Safar akan mengadakan rumah terbuka pada sabtu 8hb September 2012 dikediamannya di Parit Selangor, Pontian, Johor dari jam 11 pagi hingga 5 petang.

Beliau dan keluarga mempersilakan semua veteran di Johor dan berhampiran ke majlis tersebut.

Parit Selangor adalah sebuah desa yang hanya 2 kilometer dari pekan Pontian dan 30 minit dari bandaraya Johor Bahru. Perjalanan ke desa ini sangat menarik pemandangannya dan kita akan dapat melihat perkebunan nenas yang terbesar di Malaysia.

PERUNDINGAN MEJA BULAT GAGASAN 1MALAYSIA

JADILAH ORANG YANG DICINTAI ALLAH SWT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم

Perkara yang selalu kita terlepas pandang adalah menjaga akhlak sedangkan ia adalah sunnah yang paling utama.

Terdapat beberapa dalil (hadis) yang menguatkan pendapat di atas.

Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan AKHLAK yang mulia.” (Riwayat Imam Malik, Ahmad, Tabrani – keseluruhannya sanadnya adalah sahih)

Baginda SAW bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya di antara kamu yang paling aku cintai dan yang paling dekat tempatnya di sisiku di hari akhirat ialah mereka yang paling baik akhlaknya….” (Hadis riwayat Imam Tirmizi dengan katanya hadis Hasan. Ada yang menghukumkannya sebagai hadis sahih).

Di dalam hadis yang lain lagi, Baginda SAW bersabda : “Sesungguhnya seorang mukmin dengan akhlaknya yang baik, boleh memperolehi pahala seperti orang yang (sentiasa) berpuasa (di siang hari) dan (sentiasa) bersolat tahajjud (di malam hari).” (Hadis riwayat Imam Abu Daud.)

Rasulullah SAW adalah orang yang paling bertaqwa dan yang paling berakhlak mulia. Baginda SAW diutuskan sebagai penyempurna kepada akhlak yang baik untuk seluruh alam ini. Ada seorang pendakwah yang berkata : “Dunia tidak akan aman selagi manusia yang menghuni di atasnya tidak berakhlak!”

Terima kasih Ya ALLAH, kerana mengutuskan Rasulullah SAW yang menjadi contoh dan tauladan kepada kami untuk kami contohi.

Maka oleh itu, janganlah kita mudah berburuk sangka kepada saudara kita atau bertengkar atas hal agama, suka menuduh orang lain, menghina dan mencaci saudaranya yang lain, walhasil apa saja perbuatan buruk yang dilakukan kepada saudaranya (seagama). Jika diteruskan kelakuan begini, masih belum cukup boleh dikatakan kita ini mengamalkan atau menghidupkan sunnah biarpun kita sering melakukan sunnah pada ibadah-ibadah lain, kerana kita sebenarnya sudah meluputkan keutamaan yang utama didahulukan sebelum ibadah-ibadah yang lain. Amatlah rugi sekiranya kita memakai jubah, atau serban sebesar bakul tetapi dalam masa yang sama kita mencaci atau menghina orang lain.

Jadilah orang yang paling dicintai oleh ALLAH SWT dan RasulNYA.

MAJLIS AIDIL FITRI DI MELAKA

Kelab Veteran MAYC Negeri Melaka telah menjadi tuan rumah majlis aidil fitri 25 Ogos 2012 jam 2.00 petang di Sek Rengah Ugama Kg Tedung, Merlimau, Melaka.Pengerusinya Datuk Akbar Ali dan isteri telah menyambut kedatangan semua tetamu dan sempat berfoto dengan mereka. Beliau yang memakai baju melayu merah menyala, berkata majlis tahun ini lebih meriah dari tahun-tahun yang sudah dengan hadirnya ramai veteran MAYC terutama sekali dari Negeri Sembilan.

Veteran MAYC dari Melaka, Negeri Sembilan dan Johor telah hadir dimajlis tersebut.

Turut hadir Presiden, Datuk Nasir Safar,Datuk Jamaluddin, Datuk Ibrahim Che Mat, Prof Datuk Wira Dr Abdul Latif, Haryati Hamdzah, Timbalan Presiden MAYC Kebangsaan, Setiausaha Agung Taib Wahab dan AJK Maznah Abdullah.

INGATKAH LAGI

Barisan Jawatankuasa Kebangsaan pimpinan Sanusi Junid bergambar pada tahun 1976 sempena mesyuarat agung MAYC ke 20. Duduk dari kiri Syed Hamid Albar, Rahmah Othman, Shuib Endut, Ghani Ahmad, Sanusi Junid, Siddiq Ghouse, Mutalib Razak, Halim Abdullah dan Taib Wahab