KITA BOLEH, KALAU KITA BERSATU

Veteran Negeri Sembilan menyeru semua NGO dan kumpulan intelek yang berada di negeri itu bersatu dan bergabung dalam satu gagasan seriring dan senada untuk memperjuangkan semua isu-isu yang akan meletakkan orang Melayu dikedudukan yang kukuh.

Rumusan ini telah dicapai di perjumpaan berbuka puasa di Taman Sri Rahang, Seremban semalam.

Datuk Hamzah Kassim yang juga AJK Kelab Veteran MAYC Malaysia berkata satu perjumpaan dengan Exco Kerajaan Negeri perlu diadakan untuk menyelesaikan semua permasalah orang Melayu yang ada.

Ini termasuklah kedudukan penduduk Melayu dikawasan tertentu dipertingkatkan dengan memastikan kawasan perumahan baru mampu milik dibeli oleh orang Melayu.

Katanya, pertaniah masih memainkan peranan utama dan perancangan untuk memajukan tanah rezab Melayu dan tanah adat yang luasnya hampir 400 ribu ekar mesti diadakan.

Satu gerakan yang tersusun mesti diambil bagi melindungi kebudayaan kebangsaan yang berteraskan kebudayaan Melayu.

Jaringan kita dengan NGO bukan Melayu mesti diteruskan dengan menerapkan pemahaman mereka mengenai budaya nasional termasuk memperkasakan tempat-tempat bersejarah dan warisan Melayu di Negeri Sembilan.

Turut hadir diperjumpaan tersebut adalah Setiausaha Agung Kelab Veteran, Taib Wahab.

Advertisements

DIHUJUNG BULAN RAMADAN

Masih tidak terlambat untuk menganjurkan program berbuka dan sebagainya. Terutama sekali program untuk menyampaikan bantuan kepada yang memerlukan sempena bulan ramadan dan Hari Raya.

Hari ini giliran Kelab Veteran MAYC Negeri Sembilan pula untuk mengadakan majlis berbuk puasa disebuah restoran di Jalan Rahang, Seremban.

Setiausaha Penganjur, Haji Mohd Anuar Ujang berkata semua veteran Negeri Sembilan dijemput hadir. Beliau boleh dihubungi di 0192482948.

Setiausaha Agung, Taib Wahab akan mewakili pusat dimajlis ini dan akan mengambil kesempatan ini untuk berbincang mengenai persiapan penganjuran MAJLIS ADIL FITRI yang akan diadakan pada 1hb September di Seremban.

PROGRAM WANITA DIPERKASAKAN

Disamping program pendayaupayaan kewangan untuk wanita matang, program yang sedia ada akan diperkasakan sesuai dengan matlamat Kelab Veteran MAYC untuk melibatkan wanita veteran dalam program-program kemasyarakatan.

Ketua Wanita Veteran, Maznah Abdullah berkata program Spekktra, Sekata dan lain-lainnya akan diperluaskan kedaerah-daerah terpencil bagi menyampaikan kemudahanan ilmu kekeluargaan dan kesihatan wanita kepada yang masih belum mendapat khidmat ini.

Program-program tersebut akan dilaksanakan dengan kerjasama Lembaga Penduduk ( LPPKN) dan beberapa agensi lain.

Sungguhpun sudah dilanjut usia, wanita veteran akan terus memainkan peranan untuk memajukan masyarakat, kata Maznah.

Beliau menyeru wanita veteran untuk tampil memberi khidmat dan mengambil bahagian dalam semua program wanita. Beliau boleh dihubungi di talian 017 331 0572

KEMPEN MENDAPATKAN AHLI KOPERASI

Sebagai sebuah koperasi yang baru saja didaftarkan maka amat penting bagi KOPERASI VETERAN MAYC SEMENANJUNG MALAYSIA BERHAD mendapatkan seramai ahli yang mungkin.

Oleh yang demikian JKK Kelab Veteran MAYC telah memutuskan untuk melancarkan kempen mendapatkan ahli selepas bulan Ramadan.

Road show ini akan diketuai sendiri oleh Presiden, Datuk Nasir Safar yang membuat jelajah seluruh negara untuk tujuan ini.

Semua Pengerusi/Setiausaha Negeri digesa agar memberi tarikh yang sesuai untuk tujuan ini. Sila hubungi Setiausaha di 012-2992911 untuk memberikan tarikh dan tempat perjumpaan

KEPUTUSAN MESYUARAT JKK

Beberapa keputusan telah diambil di mesyuarat Jawatankuasa Kerja hari ini Khamis 25hb. Julai 2013

Diantaranya mengemaskinikan daftar ahli mengikut perlembagaan supaya satu Direktori ahli dapat diterbitkan.

Mesyuarat agung 2014 akan diadakan di Kedah dan Majlis Idil Fitri akan diadakan di Seremban

Koperasi Veteran MAYC Semananjung Malaysia akan memulakan perniagaan dalam bidang peruncitan saperti Kedai Rakyat 1 Malaysia.

Dokumen mesyuarat agung penubuhan sudah dihantar untuk diluluskan.

Satu road-show akan diadakan selepas Raya ke negeri-negeri untuk promosi keahlian koperasi. Presiden sendiri akan mengepalai kempen untuk mendapatkan seramai ahli yang mungkin.

Mesyuarat juga bersetuju bahwa Program Wanita “Pelaburan untuk kesejahteraan wanita di hari tua.” akan dilancarkan tidak lama lagi

Majlis berbuka puasa diadakan selepas mesyuarat yang berlangsung di Royal Selangor Club, Kuala Lumpur

JAWATANKUASA KERJA BERMESYUARAT ESOK

Notis sudah dikeluarkan untuk memanggil mesyuarat esok 25hb Julai 2013 jam 6.00 petang bertempat di Royal Selangor Club, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Diantara agenda penting yang akan dibincangkan ialah hala tuju Koperasi Veteran MAYC Semenanjung Malaysia Berhad, program-program wanita dan perjumpaan Idil Fitri.

Majlis berbuka puasa akan menyusul selepas mesyuarat JKK tersebut.

PROGRAM PENDAYAUPAYAAN KEWANGAN UNTUK WANITA MATANG

Judul program ini amat mengelirukan dan tentunya gagal menarik perhatian pembaca kerana menggunakan istillah yang sukar untuk digertikan.

Inilah masalah yang sering dihadapi untuk memberi tajuk yang sesuai kepada program yang sangat baik. Program untuk membina dan mempertahankan keselamatan kewangan untuk hari tua ini dianjurkan bersama Citi Foundation dan UPM.

Kita harus ingat bahwa sungguhpun dihujung usia masih ada sesuatu yang boleh kita pelajari untuk kelestarian hidup kita. Kita harus terus menentukan kesejahteraan kewangan kita dimasa akan datang.

Oleh itu KVMM anjurkan agar veteran wanita kita mengambil peluang ini untuk menjadi seorang wanita yang hebat dihujung usia.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Puan Nazileh di 012 2601183 emel nazilehramli@yahoo.com atau Puan Maznah Abdullah 017 331 0572