APA KATA AKRAMSYAH

  • Menurut Akramsyah Sanusi “Jurublog tidak patut menyaman kerana ini memberi gambaran buruk tentang perebutan dalam peralihan kuasa MAYC? Jurublog sebenarnya harus bertindak sebelum keputusan selanjutnya diambil oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tentang hal kesahihan AJKnya untuk menerajui MAYC kerana isu ini isu peribadi. TS Syed Hamid Albar telah mencabar kewibawaan jurublog secara peribadi, walaupun berkait dengan MAYC. Jurublog ada maruah sendiri untuk dijaga. Lagipun, TS Syed Hamid sudahpun terlalu lama membenarkan mereka yang berkepentingan diri berpeleseran di MAYC. Tak hairanlah bila melihat mewahnya hidup Tn Syed Rahman Tn Kuning, Setiausaha Agung MAYC pilihan TS Syed Hamid (rujuk gambar mahligai bergaraj 8-keretanya di Kuala Terengganu seperti di bawah) sementara Kelab-Kelab gabungan MAYC 5 tahun kehausan. Mungkinkah ini sebabnya si ‘Siak’, budak Sik yang tak pernah menjadi ahli MAYC sekalipun beria benar menerima jawatan tersebut? “
  • Tambahnya, “Saya ternanti-nanti maklumbalas pembaca tentang hal ini. Kalau ganas sikit, maaf le, dah lama sabar, dan bila perbicaraan bermula, dah tak boleh blog pulak dah! “

    MESYUARAT AGUNG KELAB VETERAN

    Notis sudah dikeluarkan oleh Setiausaha Kelab untuk mempersilakan semua ahli hadir di mesyuarat agung tahunan KVMM yang akan diadakan saperti berikut:

    Tarikh: Ahad 13 Februari 2011
    Jam : 10.00 pagi
    Tempat : Jeumpa D Ramo, Jalan Maaruf, Bangsar, K. Lumpur

    Mesyuarat akan disusuli dengan satu perjumpaan dengan pemimpin MAYC bagi mencari jalan untuk menyelesaikan kemelut kepimpinan dan pentadbiran MAYC pada masa ini. Semua pemimpin dikedua belah pihak dipersilakan hadir.

    Satu sidang akhbar akan diadakan pada waktu makan tengah hari untuk mengumumkan penganjuran Festival Buku Antarabangsa 2012.

    Semua dipersilakan hadir.

    MENTERI JADI ORANG TENGAH ?


    Menteri Belia dan Sukan telah disebut-sebut sebagai orang yang paling sesuai untuk menyelesaikan kemelut MAYC. Cadangan itu untuk merungkai kemelut melanda MAYC selain berusaha menyatukan kembali dua kumpulan yang bertelagah demi kepentingan semua pihak, khususnya belia.

    AhmadShaberyCheek.jpg

    Kita sedia maklum bahwa Menteri berkenaan boleh dikaitkan dengan adanya kemelut sekarang ini. Ternyata sudah ada bukti kukuh bahwa Menteri memihak kepada satu pihak dari awal lagi.

    Cadangan ini telah datang dari Pendaftar Pertubuhan Belia sendiri. Bagaimanapun katanya, cadangan berkenaan perlu mendapat persetujuan daripada dua kumpulan terbabit terlebih dulu, selain persetujuan kemelut itu dapat diselesaikan dalam suasana harmonis.

    Pendaftar Pertubuhan Belia, Sa’don Suraji, berkata bagaimanapun kedua-dua kumpulan berkenaan berhak membuat rayuan seperti mana yang tertakluk dalam perlembagaan.

    “Satu kumpulan sudah merujuk kepada menteri bagi membuat rayuan berhubung pembatalan AGM mereka, manakala satu kumpulan lagi boleh mengemukakan rayuan kepada Panel Penyelesaian Pertikaian (PPP).

    “Sekarang, kita sedang mencari formula terbaik untuk kedua-dua kumpulan berkenaan bagi mengadakan AGM. Buat masa ini proses kita masih berjalan untuk mencari yang penyelesaian terbaik,” katanya.
    Sebelum ini, ROY mengarahkan MAYC mengadakan semula AGM selewat-lewatnya Mac depan bagi memilih ahli jawatankuasa baru selepas AGM yang diadakan pada 31 Julai dan 26 September tahun lalu oleh kumpulan berlainan dibatalkan.

    AGM 31 Julai memilih Akramsyah Sanusi sebagai Presiden MAYC, manakala AGM 26 September dipengerusikan bekas Presiden, Tan Sri Syed Hamid Albar, memilih Mustaffa Mat Aroff sebagai ketuanya.

    Pihak ROY  yakin AGM dapat diadakan dan masalah berkenaan dapat diatasi.

    Bercakap saperti ahli politik kampong ROY mempunyai beberapa perancangan khusus bagi menyelesaikan kemelut MAYC. Kalau sudah ada perancangan ini kenapa tidak dilaksanakan sekarang.

    BAWA KES KE MAHKAMAH

    oleh Haspizi Mohd Zain

    Akramsyah Sanusi yang dipilih sebagai Presiden Persatuan Kelab Belia Malaysia (MAYC) pada mesyuarat agung tahunan (AGM) 31 Julai lalu, akan mengemukakan semakan kehakiman berhubung keputusan dibuat Panel Penyelesaian Pertikaian (PPP) menolak rayuan supaya pembatalan AGM berkenaan ditarik balik.

    Akramsyah berkata, semakan kehakiman itu dibuat berikutan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed dilantik sebagai pengerusi PPP adalah individu yang hadir merasmikan AGM 26 September lalu yang dipengerusikan bekas Presiden, Tan Sri Syed Hamid Albar.

    Katanya, rayuan kepada menteri berhubung perkara itu juga bagi mengatasi kemelut MAYC.

    “Kami harap Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) mempercepatkan proses yang kami lakukan selepas ini kerana kami sudah kemukakan rayuan kepada menteri untuk mengesahkan AGM 31 Julai serta menolak keputusan PPP dan ROY.

    “Wakil kami juga pernah meminta Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) menarik diri sebagai pengerusi PPP, namun beliau enggan,” katanya di sini, semalam.

    Sebelum ini, kedua-dua kumpulan terbabit mempertikai keputusan AGM berkenaan sehingga ROY mengesahkan dua AGM yang diadakan secara berasingan itu terbatal dan perlu diadakan semula.

    Rentetan pembatalan itu, kumpulan Akramsyah meminta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyekat dana RM200,000 setahun kepada MAYC.
    Ditanya saranan ROY supaya jawatankuasa MAYC terdahulu yang dipimpin Syed Hamid mengatur semula AGM bagi memilih kepemimpinan baru, Akramsyah berkata, kumpulannya menolak saranan berkenaan.

    PODCAST : APA DAH JADI DENGAN MAYC ?? BIAR LAH BELIA PIMPIN PERSATUAN BELIA

    • Apa dah jadi dengan Persatuan Kelab Kelab Belia Malaysia (MAYC) ???
    • Dengar cerita MAYC di haramkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dan ROS.. betul ke ???
    • Siapa sebenarnya Presiden Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) YANG SAH ?????? – Mustafa Mat Arop atau Akhramsyah Muammar Ubaidah bin Sanusi ???
    • Kenapa pejabat MAYC di KUNCI ???
    • Apa kah MAYC masih RELEVAN bagi golongan BELIA  di Malaysia

    Dengar podcast interview dengan En Taib Wahab , Setiausaha Agung KELAB VETERAN MAYC

    Klik play atau download

     

    Standard Podcast [10:00m]: Hide Player | Play in Popup | Download (577)

    Pagi tadi , kami agak terperanjat mengetahui ada satu perhimpunan secara aman yang akan di adakan di perkarangan Wisma Belia untuk memberi peluang kepada semua ahli MAYC untuk bersuara dan menyatakan bantahan terhadap tindak tanduk pihak yang ingin menghancurkan pergerakan satu pertubuhan belia yang sudah lama berjasa kepada golongan belia di Malaysia ..

    MAYC adalah antara persatuan belia yang paling lama di Malaysia..lebih lama dari BELIA 4B dan lain lain persatuan .. apa yang menyebabkan persatuan ni menghadapi kemelut  yang berpanjangan ini ???

    En Ahmad Ansor,selaku setiausaha agung MAYC yang dilantik pada bulan Julai tahun lepas ,  berkata mereka mengunci  pejabat MAYC   setelah gagal mendapatkan beberapa dokumen pendaftaran berhubung MAYC . En Ahmad berkata ,”“Kami bercadang mengunci pejabat pendaftaran MAYC bagi mengelakan sebarang penyelewengan”

    Sejurus itu ,  Akhramsyah Muammar Ubaidah bin Sanusi mengadakan PRESS CONFERENCE untuk menjelaskan situasi kemelut MAYC kepada media ..

    Soal nya sekarang ,  siapa yang berhak menjaga bangunan WISMA BELIA ?? ..

    WISMA BELIA adalah bangunan yang amat berharga yang terletak di Kuala Lumpur .. Tak silap kami , ada satu perjanjian mengenai bangunan ini antara MAYC dan DANAHARTA dimana MAYC perlu membayar Rm 50,000 sebulan kepada DANAHARTA untuk menguruskan hutang lapuk MAYC .

    Adakah pembayaran Rm 50,000 sebulan masih di lakukan semasa pimpinan Tan Sri Syed Hamid Albar ?? Apa dah jadi dengan perjanjian itu?? Adakah bangunan WISMA BELIA masih tidak DEFAULT ???

    Ahli Ahli MAYC ingin sangat mendapat jawapan yang berdokumen dari pemimpin lama MAYC Tan Sri Syed HAmid Albar ..

    Banyak lagi soalan soalan yang masih bermain di pemikiran ahli ahli seperti KENAPA TAK ADA AGM selama 5 tahun di bawah Tan Sri Syed Hamid Albar ???

    Hanya Tan Sri Syed Hamid Albar saja boleh menjawab soalan soalan ini .. so any comment Tan Sri ??

    VIDEO YANG DI RAKAM KAN DALAM PRESS CONFERENCE akan kami upload kan tak lama lagi … so STAY TUNED ..

    IBU PEJABAT MAYC DISITA

    oleh Adila Razak ( Malaysiakini )

    Status Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) kini tergantung berikutan masalah dalaman yang membabitkan beberapa personaliti Umno yang menyaksikan pejabatnya di Wisma Belia di Kuala Lumpur disita.

    Menurut Ahmad Ansor Muhd Rivai Batubara, yang dilantik sebagai setiausaha agung pada mesyuarat agung tahunan pada 31 Julai lalu, ini menimbulkan kebimbangan puak-puak yang bertelagah merampas aset serta dokumen milik MAYC.

    mayc protest 220111 groups sealing offDalam laporan polisnya di balai Brickfields, semalam, Ahmad Ansor, yang juga ketua MAYC Perak berkata mereka menyita pejabat itu setelaah gagal mendapatkan beberapa dokumen pendaftaran berhubung MAYC Perak.

    “Berdasarkan permohonan saya, seorang kakitangan di pejabat (MAYC WismaBelia) berkata bossnya memberi arahan supaya dokumen yang dipohon tidak diserahkan dan fail-fail mengenainya dihantar dengan sebuah lori ke pejabat di PWTC.

    “Kami bercadang menyita pejabat pendaftaran MAYC bagi mengelakan sebarang penyelewengan,” katanya.

    Berlaku penyelewengan

    Bercakap kepada wartawan kemudiannya, Ahmad Ansor menambah urusan surat menyurat di antara sekretariat MAYC dan Pendaftar Persatuan Belia (ROY) menimbulkan kebimbangan berlakunya penyelewengan.

    mayc protest 220111 ahmad ansor muhd rivai batubara akhramsyah sanusi azmi ismail“Pada Mei 2009, ROY menghantar makluman kepada sekretariat MAYC bahawa ia menghadapi tindakan ditutup jika tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan seperti yang diarahkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.

    “Dalam jawapannya kepada ROY, sekretariat berkenaan memohon lebih banyak masa dengan alasan mereka sedang memindahkan aset kepada Yayasan MAYC,” katanya hari ini.

    Ditanya maklumat mengenai yayasan itu, Akhramsyah Sanusi, yang dilantik presiden pada AGM 31 Julai lalu yang juga adalah anak kepada bekas presiden MAYC dan menteri kabinet, Tan Sri Sanusi Junid berkata: “ Ia suatu misteri… (yayasaan itu) kini ditutup”.

    Kejadian hari ini yang disaksikan olerh kira-kira 30 kakitangan MAYC daripada beberapa negeri adalah berikutan deklarasi oleh ROY yang memutuskan kedua-dua AGM yang diadakan oleh kedua-dua pihak bertelagah pada 31 julai dan juga 26 September tahun lalu adalah tidak sah.

    mayc protest 220111 groupJemputan untuk AGM kedua diadakan oleh setiausaha agung Syed Rahman Syed Kuning dan dipengerusikan oleh presidennya yang bakal mengundurkan diri yang juga adalah bekas menteri kabinet, Tan Sri Syed Hamid Albar, pada 26 September lalu.

    Mustaffa Mat Arop,yang sebahagaian daripada anggota kepimpinan syed hamid dilantik sebagai presiden baru.

    Menurut notifikasi ROY, AGM pada 31 Julai itu tidak sah kerana ia tidak dipanggil oleh setiausaha agungnya.

    Manakala AGM pada 26 September itu juga tidak sah kerana jemputan tidak dibuat kepada sebahagian besar anggota kelab, laporan kewangan yang tidak lengkap serta pencalonan untuk jawatan hanya dibuka kepada dua negeri berbanding 12 negeri yang menjadi anggotanya.

    PERHIMPUNAN 22 JANUARI

    Seramai 200 orang anggota MAYC disemua perengkat dijangka akan hadir di satu perhimpunan di perkarangan Wisma Belia, Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur. Perhimpunan ini akan bermula dari jam 9.00 pagi hari ini.

    Ahmad Ansor Batubara berkata permit polis tidak diperlukan kerana perhimpunan tidak diadakan ditempat awam. Beliau telah pun membuat laporan polis mengenai beberapa hal yang dilakukan oleh JKK pimpinan Mustafa Maaruf yang telah menutup pejabat MAYC di Tingkat 2 dan melarikan fail-fail resmi MAYC Kebangsaan.

    Perhimpunan ini akan memberi peluang kepada ahli-ahli MAYC yang masih aktib untuk menyurakan pendapat masing-masing demi memelihara kelestarian pergerakan MAYC Kebangsaan. Ianya juga akan mengatur pelan tindakan yang akan diambil untuk menghalalkan JKK Kebangsaan pimpinan Akramsyah Sanusi yang masih diperengkat rayuan dengan Kementerian Belia dan Sukan.

    Semua pertanyaan mengenai perhimpunan ini boleh ditujukan kepada Ahmad Ansor 016 5189854 atau saya sendiri di 012-2992911. Datanglah beramai-ramai untuk selamatkan MAYC.