Akbar Ali ke Dewan Negara

akbar aliDatuk Akbar Bin Ali dipilih menjadi Ahli Dewan Negara bagi mewakili negeri Melaka. Beliau dilahirkan di Kg. Tedong, Merlimau, Melaka pada tanggal 18 Mac 1949; telah beristeri serta mempunyai empat orang anak. Kini beliau menetap di Ozana Villas, Bukit Katil,Melaka. Sebagai Colombo Plan Scholar beliau memiliki ijazah pertama (kepujian) dari Universiti Malaya pada tahun 1973, Certificate in Economic Surveys & Censuses dari Bureau of Census, USA pada tahun 1976 dan Sarjana Sains dari London School of Economics & Political Science (LSE) pada tahun 1979. Beliau telah memasuki Perkhidmatan Awam pada tahun 1973 sebagai Perangkawan atau Statistician di bawah Skim Perkhidmatan Perangkawan sehingga beliau bersara sebagai Timbalan Ketua Perangkawan pada tahun 2005. Kerana kompetensi, kepakaran dan pengalaman beliau yang luas, beliau telah dipilih untuk mewakili negara dalam pelbagai persidangan, perundingan dan kumpulan pakar yang merangkumi ekonomi, perdagangan antarabangsa, pertanian, alam sekitar dan pembangunan modal insan.

Antara badan antarabangsa yang beliau turut terlibat ialah UN Economic and Soical Commission for Asia-Pacific (ESCAP), UN Asia-Pacific Commission on Agricultural Statistics (APCAS), Asian Development Bank (ADB), Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) dan Statistical Institute for Asia-Pacific (SIAP). Beliau telah dipinjamkan ke Socio-Economic Research Unit (SERU), Jabatan Perdana Menteri, Pejabat Sulit Perdana Menteri, Institut SEDAR di bawah KEMAS dan seterusnya dipinjamkan ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2001. Oleh kerana perkhidmatan beliau masih diperlukan maka beliau terus berkhidmat secara kontrak sehingga sekarang sebagai Pengarah Eksekutif, Direktorat Pelaksanaan Negeri Melaka.

Selama tujuh tahun berkhidmat di Melaka, beliau telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan pelbagai tugas. Sesungguhnya saya amat berpuas hati terhadap semua tugas yang telah beliau sempurnakan, termasuklah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif IMM, Ketua Pegawai Eksekutif IIM, Pengarah Eksekutif MTEN, Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancungan, Pengurus MAIM Travel, Ketua Pengarang MHI dan Setiausaha Akhbar. Pada masa yang sama, untuk memanfaatkan kepakaran dan pengalaman beliau itu, beliau turut diberi peluang untuk menyumbang melalui pelantikan sebagai ahli lembaga pengarah KTIAM, DMDI dan MHI.

Datuk Akbar juga aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan atau NGO sama ada di peringkat jabatan, kampung, daerah, negeri dan nasional. Di peringkat jabatan, beliau pernah menjadi Setiausaha dan Naib Yang Dipertua Kelab Sukan Statistik serta Presiden Persatuan Perangkawan.Di peringkat kampung, beliau aktif dalam Persatuan Penduduk, PIBG, surau dan pertubuhan belia. Beliau menjadi ahli MAYC pada tahun 1968 dan telah memegang berbagai jawatan di peringkat kelab hinggalah ke peringkat daerah, negeri dan pusat. Jawatan tertinggi beliau ialah Bendahari Agong MAYC.

Di atas dedikasi dan sumbangan beliau yang cemerlang itu, maka MAYC telah menganugerahkan Pingat Jasa Cemerlang (JC) kepada beliau. Sekarang ini menjadi Bendahari Kelab Veteran MAYC Malaysia yang baru ditubuhkan. Di peringkat kebangsaan pula, beliau pernah dipilih sebagai Bendahari Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan serta Setiausaha Kewangan Majlis Bersama Kebangsaan (Pengurusan & Profesional). Ketokohan dan daya pimpin beliau diiktiraf oleh seluruh warga pengurusan dan profesional Sektor Awam lalu menobatkan beliau sebagai Pengerusi Majlis mereka. Beliau telah menjadi ahli UMNO sejak 40 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1968; sebaik lulus OSC/MCE. Beliau pernah menjadi Ketua UMNO Cawangan Tedong, AJK Pemuda Bahagian Jasin dan AJK Bahagian Jasin serta cergas dalam biro-biro hingga di peringkat Perhubungan BN/UMNO Negeri Melaka. Pada masa ini beliau adalah Bendahari UMNO Jasin. Di atas segala sumbangan, jasa dan khidmat beliau yang cemerlang itu, beliau telah dianugerahkan PJK, JC, KMN, DSM dan DMSM.