PENCEGAHAN JENAYAH DAN KESELAMATAN AWAM

PROGRAM PENCEGAHAN JENAYAHDatuk Yusoff Hamid. Timbalan Presiden telah mengepalai satu pasukan yang terdiri dari Taib Wahab, Ruslan Zainal Abidin dan Dato Ismail Umar menghadiri satu forum mengenai pencegahan jenayah dan keselamatan awam di Oditorium KDN di Blok D8 Putrajaya anjuran Institut Keselamatan Awam Malaysia.

Lebih dari 1000 orang yang terdiri dari NGO dan agensi kerajaan telah hadir di forum penting ini.

Hadir di Forum tersebut tiga orang menteri kabinet iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Dato Paul Low dan Hajah Nancy Haji Shukri.

Dalam ucap utamanya Datuk Seri Zahid menengaskan bahwa pencegahan jenayah adalah tanggung jawab kita bersama. Tanpa usaha ini keselamatan awam tidak akan terjamin. Kerajaan katanya akan terus memperkenalkan undang-undang bukan sahaja untuk rakyat biasa, juga untuk yang melakukan jenayah dan yang tertuduh.

Dalam penyampaian pertamanya CP Dato Hadi Ho Abdullah, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM membuat pendedahan yang amat berani mengenai keadaan keselamatan negara kita dan kadar jenayah yang sedang berlaku. Tiga buah klip video telah dipratontonkan untuk menunjukkan berapa “real”nya keadaan jenayah buat masa ini. Dalam video tersebut telah ditunjukkan pergaduhan samseng gelap dan pembunuhan secara terbuka.

Dalam sessi soal jawab Veteran MAYC telah memberi jaminan akan bersama PDRM dan Kerajaan untuk membasmi jenayah dlm masyarakat kita.

HARI WARGA EMAS SEDUNIA 2013

Satu majlis sambutan akan diadakan pada selasa 1hb Oktober 2013 mulai jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi bertempat di Pusat Pemulihan Kesihatan Perkim di Rumah Pangsa Sri Perak, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.MENANTI HARI TUA

Pengerusi sambutan Datuk Yusoff Hamid berkata sambutan ini adalah menggantikan program asal yang dijadualkan pada masa yang sama di Stesen Sentral Kuala Lumpur. Sambutan ini dianjurkan bersama Rukun Tetangga Sri Perak, Klinik Kesihatan BBS, Persatuan Penduduk dan Persatuan Warga Emas Rumah Pangsa Sri Perak.

Katanya program akan bermula dengan senamrobik untuk warga emas dan saringan kesihatan untuk semua yang hadir. Berbagai acara lain akan diadakan untuk meraikan warga emas seluruh dunia.

Kelab Veteran MAYC akan menyampaikan sumbangan khas kepada 30 orang peserta pusat pemulihan kesihatan, 10 orang warga emas Rukun Tetangga dan 10 orang veteran MAYC.

Semua JKK Pusat dan negeri adalah dipersilakan hadir untuk memeriahkan lagi program kita pada hari itu, tambah Datuk Yusoff lagi.

GANDINGAN HEBAT – DATUK NASIR DAN AKHRAMSYAH

Dua hari lepas di PWTC dua orang calun pimpinan UMNO Datuk Nasir dan Akhramsyah Sanusi telahpun mengambil orang menjadi calun. Kelab Veteran diketuai oleh Datuk Yusoff Hamid dan beberapa orang penyokong Akhramsyah telah hadir untuk memberi sokongan dan galakan.

Ternyata kedua bakal calun ini sangat berhasat untuk bertanding. Datuk Nasir mewaliki kami yang sudah veteran dalam MAYC dan Akhramsyah mewakli yang masih muda dan tersingkir dalam MAYC.

KVMM ingin mengingatkan mereka supaya bertandinglah kerana Allah swt dan UMNO. Jangan pernah takut kepada sesiapapun dan berharaplah kepada Allah swt sahaja untuk menang.

KVMM akan memberi sokongan yang padu dan akan membantu untuk mendapatkan sokongan dari semua ahli UMNO disemua perengkat.

Allah swt yang akan menentukan segala-galanya. AMIN.

KENAPA AKHRAMSYAH BERTANDING KETUA PEMUDA

Ramai yang menanyakan kenapa Akhramsyah mahu bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO. Pada sabtu, 14hb September yang lalu beliau telah menulis dalam blognya untuk menjawap soalan apakah di sebalik niat beliau bertanding Jawatan Ketua Pemuda ini.

“Beberapa blog serta halaman media sosial lain telah mula memberi komen tentang kemungkinan Blogger ini bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada pemilihan ini. Banyak persoalan dan andaian timbul tentang niat, taktik serta kemungkinan pencapaian saya apabila berentap dengan Ketua Pemuda yang bukan sekadar mempertahankan kedudukannya, tetapi juga sedang menyandang jawatan Menteri Belia dan Sukan.

Blogger ini tak akan dapat menjawab semua persoalan ini dalam satu posting sahaja, namun, bersedia untuk memulakan perbincangan tentang pertandingan ini dengan mengesahkan bahawa pada masa ini, memang menjadi niat saya untuk bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Insya Allah, blogger ini akan melakukan deklarasi rasmi tidak lama lagi, tetapi ingin saya berkongsi niat di sini dahulu demi menghormati warga sosial media yang mula menimbulkan persoalan ini secara serius.

Persoalan asas kita sebagai orang Melayu yang beragama Islam apabila membuat sesuatu adalah, apakah niat di sebalik perbuatan tersebut. Maka di sini, ingin blogger ini mengakui yang niat bertanding ke jawatan ini adalah kerana saya ingin mengabdikan diri, BERGANDING BERSAMA kawan-kawan, untuk MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN ke PERGERAKKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA berlandaskan nilai-nilai keIKHLASan dalam PERJUANGAN serta BERSATU dalam meLAKSANAKAN AGENDA MELAYU.

Pengupasan Niat serta Agenda akan diteruskan dalam perbincangan. Blogger ini berharap kawan-kawan Pemuda UMNO mahupun sahabat-sahabat serta bekas Pemuda UMNO di ruang Media Sosial sudi menyertai perbincangan membentuk wadah baru Pemuda UMNO Malaysia yang dirasakan perlu dibawa oleh saya sekiranya berjaya merebut jawatan Ketua Pemuda tersebut.

Agenda Pemuda UMNO pimpinan saya bukanlah agenda saya sendiri, tetapi haruslah membawa harapan seluruh masyarakat Melayu amnya, dan kesemua warga muda UMNO khususnya.

Ikhlas dari calon anda… Akhramsyah Sanusi ”

Sama-samalah kita menilainya.

SAJAK AKHRAMSYAH SANUSI

Padamu Ku Amanahkan Masa Depan Negara Bangsa,

Tak Ku Peduli Warna Kulit Mu,
Asal Melayu Di Jiwa,
Asal Malaysia Di Hati,
Bukan Sekadar Manggis dan Pisang,
Yang Gelap dan Kuning Di Luar,
Tetapi Putih Penjajah Di Dalam…

Tak Ku Peduli Tubuh Mu,
Kurus, Gemuk atau Sasa,
Asal Tubuh Mu Sedia Berdiri,
Menahan Bedil dan Peluru,
Menahan Dari Tertimpa Anak Cucu Waris Ku…

Tak Ku Peduli Asal Mu,
Miskin, Kaya, Bangsawan Atau Jelata,
Asal Yang Makmur Rakyat Semua,
Bukan Yang Rakus-Rakus Di Sisi Mu Sahaja…

Tak Ku Peduli Ilmu Mu Dari Mana,
Biar Pondok,
Mahupun Dari Menara Gading Nun Jauh Di Sana Datangnya,
Asalkan Minda Mu Diperah Untuk Kesejahteraan Kita Semua,
Bukan Ilmu Menjadi Selendang Riak Semata-Mata…

Ku Ingin Pemimpin…
Yang Mendengar Apabila Ku Merintih,
Ku Ingin Pemimpin…
Yang Lantang Bila Diri Ku Terkedu,
Ku Impikan Pemimpin…
Yang Tegak Benar Di Lautan Kepalsuan,
Ku Rindukan Pemimpin…
Yang Berjuang Untuk Ku Mati-Matian!

Pemimpin,
Pada Mu Terpikul Harapan Negara Bangsa,
Jangan Kau Sia-Siakan Amanah Ini,

Untuk Ku, Untuk Mu,
Ku Mahu Pemimpin Bangun!
Ku Mahu Pemimpin Gagah Ke Hadapan!
Ku Mahu Pemimpin Ikhlas, Berani,
Sedia Mengabdikan Diri
Demi Memimpin Ku Ke Malaysia Jaya…

Ikhlas Nukilan,
Akhramsyah Sanusi
Pasir Salak, 15 September 2013

Calon Ketua Pemuda UMNO  anda…

SELAMAT HARI MALAYSIA

Selamat Hari Malaysia

Hadiah Hari Malaysia

AKRAMSYAH SANUSI CALUN KETUA PEMUDA UMNO

Ekoran dari pengumuman Akramsyah Sanusi untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO, pada 10hb September lalu satu blog telah memaparkan judul “Kalau Setakat Akramsyah Sanusi – KJ Pejam Mata Pun Menang! ”

Mendapat info rakan dari dalam MAYC, ada cubaan Akramsyah Sanusi mahu menggunakan NGO tersebut sebagai tempat meletakkan dia untuk bertanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Blog ini tidak ada masalah jika Akram bersungguh untuk bertanding di peringkat Ketua Pemuda. Kalau RMW (Rembau Most Wanted) menang dengan mudah, dia akan menjadi seorang pemimpin UMNO yang semakin sombong.
Apabila Menteri KBS dengar tentang kemungkinan Akramsyah ingin bertanding, ayat awalnya adalah Akram sekadar gila glamour. He’s not a worthy opponent. Kalau Khir Toyo dan Mukhriz Anak Mahathir pun boleh dijahanamkan, apalah sangat Akramsyah Sanusi.
Nama Sanusi memang membawa sedikit gegar. Tapi setakat itu sahaja. Sanusi pun dah kena buang dari UIAM dan tidak lagi mempunyai sebarang jawatan. Hantu raya yang tidak ada tapak politik macam ini tidak merisaukan RMW.
Soalnya, takkan tidak ada kepimpinan lain di dalam Pemuda UMNO/UMNO yang ada keberanian nak berentap dengan KJ. Hanya kerana dia Menteri KBS, semua sudah hilang syahwat nak bertanding?
Mukhriz?
Usaha nak membawa Mukhriz nak bertanding VP ini adalah usaha sia-sia. Malahan, kalau Mukhriz ada keberanian politik, dia patut masuk bertanding semula Ketua Pemuda. Itu lebih afdal.
Barulah kita tengok samada kuasa Mahathir masih mampu menggigit dalam UMNO. Kalau setakat VP, blog ini berani jamin Mukhriz akan belayar malam. Tak ada peluang. Tak kiralah dengan undi beberapa blog yang sedang dilakukan pada ketika ini. Dalam UMNO, poll tidak membawa makna.
Apa kata Mukhriz bertanding semula Ketua Pemuda – sambil mencari pair yang baik di kalangan yang ada pada ketika ini.
Malahan, kalau Akramsyah Sanusi ada umur, gandingan Mukhriz-Akramsyah nampak lebih menggigit.
Mukhriz lawan Ketua Pemuda, sambil disokong penuh oleh Tun Mahathir, Sanusi Junid, Ku Li dan lain-lain. Barulah sedap.
Kalau setakat Akram, KJ boleh lepak sambil senyum sahaja.

DEMIKIANLAH PANDANGAN BLOGGER TERSEBUT YANG SEPATUTNYA MENDAPAT PERHATIAN KITA.