PELANCARAN BILEK GERAKAN PRU13

Ketua Sekretariat Bilek Gerakan Veteran MAYC/Alumni 4B, Datuk Munawar Nor hari ini mengumumkan tarikh berikut bagi pelancaran bilek gerakan di zon berkenaan:

1. KEDAH( Utara)

Tarikh : 5 April, Jam 8.30 mlm Tempat : Wisma 4B Kedah, Jalan Tun Razak, Alor Setar.

2. JOHOR

Tarikh :5 April, Jam 3 ptg. Tempat Dewan Umno Air Hitam, Johor

3. NEGERI SEMBILAN

Tarikh : 5 April Jam 8.30 malam Tempat : Wisma Datuk Ayub, 11, Jln Cateliya, Taman Cateliya, Senawang, 70000 Seremban.

001

Sukacita dijemput semua veteran dan alumni ke majlis Pelancaran Bilik Gerakan PRU13 Alumni 4B – Kelab Veteran Mayc ini..Kehadiran sangat dihargai.

LAWATAN KE BILEK GERAKAN PRU 13

Datuk Jamaluddin A Rahim selaku Ketua Pengarah Bilek Gerakan PRU13 akan melakukan lawatan ke semua 70 buah bilek gerakan yang sudah siap beroperasi. Memandangkan kesuntukan masa dan senarai lengkap belum lagi diperolehi, tarikh lawatan akan diumumkan melalui pesanan ringkas sahaja.

Oleh yang demikian, Datuk Munawar Nor, Setiausaha JKK Bilek Gerakan Pusat meminta semua Pengarah Negeri Veteran MAYC dan Alumni 4B memberitahu beliau alamat Bilek Gerakan dan nombor “hotline” yang sudah ditentukan. Beliau boleh dihubungi di no: 0123275485.

Beliau juga menegaskan bahwa tidak ada pelancaran diperengkat zon.tetapi setiap negeri perlu mengadakan pelancaran masing-masing serta dapat menyediakan tenaga kerja sukarelawan yang sunggup bertugas selama mungkin.

Ketua Pengarah, katanya akan membuat lawatan ke bilek gerakan kawasan parlimen dan kawasan tumpuan.

Semua Pengarah Zon dan Pengarah Negeri perlu memberikan keutamaan dalam hal ini dan semua pertanyan mengenai aturan ini boleh di kemukakan kepada:

Datuk Yusoff Hamid Tim. Ketua Pengarah 0123783555
Taib Wahab Pen. Ketua Pengarah 012-2992911

BILEK GERAKAN PRU 13

Sungguh pun tarikh PRU 13 belum lagi diumumkan kerjasama diantara Veteran MAYC dan Alumni 4B untuk menubuhkan bilek gerakan bersama di 70 buah lokasi di Semenanjung Malaysia telah bermula.

Bilek Gerakan Utama telah pun dikenalpasti iaitu di ibu pejabat Gerakan Belia 4B di persimpangan Jalan Travers/Jalan Damansara, Kuala Lumpur, berdekatan dengan Muzium Negara. Datuk Munawar Nor dan Taib Wahab dengan dibantu oleh kakitangan ibu pejabat tersebut telah pun membersihkan tempat itu dan meletakan peralatan yang diperlukan untuk dijadikannya sebuah pusat yang benar-benr sesuai untuk tujuan memantau kegiatan dan keperluan bilek-bilek gerakan tersebut..

Beberapa “Hotine” juga akan disediakan untuk dapat menerima panggilan luar dalam masa 24 jam sehari.

Semua Veteran negeri yang telah dilantik untuk menguruskan bilek gerakan dinegeri masing-asing diminta untuk segera mengadakan mesyuarat bagi menyusun pergerakan dan melaksanakan program ini dengan baik.

PROGRAM SPEKKTRA DI TG PIAI

KELAB Veteran MAYC dengan kerjsama LPPKN Negeri Johor, PDM Serkat dan PDM Andek Muri hari ini  23hb. Mac . telah menganjurkan program SPEKKTRA Siri ke 3 dari jam 2 ptg hingga 12 mlm .

Diantara pengisian program hari ini adalah  saringan kesihatan diesediakan LPPKN , sukanika , futsal , pamiran jong / taman negara disebelah siang.,

Ceramah kesihatan dan agama telah diadakan pada sebelah malam di Dewan Muhibbah Tg. Piai, Pontian, Johor

Sebanyak 200 Tg Piai Bikers telah mengiringi  Dato Jefferdin Atan . Pegawai Khas bekas Perdana Menteri untuk meresmikan program.

Satu persembahan bunga api telah diadakan untuk mengakhiri program Spekktra kali ini.yang telah dihadiri kira-kira 400 orang tempatan..

BILEK GERAKAN PRU 13

Pada mesyuarat Jawatankuasa Bertindak semalam 17/3/2013 di KL Internationl Hotel, Kuala Lumpur bersama Alumni 4B telah dipersetujukan untuk melantik berikut dengan jawatan masing-masing:

  1. Datuk Mohd Yusof Hamid   ( Timbalan Ketua Pengarah )
  2. Mohd Taib Wahab  ( Pen.Ketua Pengarah /Pengarah Strategik )
  3. Dato Ismail Umar ( Pengarah Zon Utara )
  4. Abdul Hamid Dol  ( Pengarah Zon Sentral )
  5. Datuk Ibrahim Che Mat ( Pengarah Zon Selatan)
  6. Hj Alias Mustafa ( Pengarah Zon Timur )
  7. Ruslan Zainal Abidin ( Pengarah Tugas-tugas Khas )
  8. Datuk Akbar Ali ( Pengarah Kewangan )
  9. Azmi Ismail ( Pengarah Media dan Komunikasi )
  10. Helmi bin Radzi ( Pengarah Logistik )
  11. Maznah Abdullah ( Pengarah Jalinan Rakyat )
  12. Mohd Noor Bedah ( Pengarah Perlis)
  13. Wahab Mustafa ( Pengarah Kedah )
  14. Omar Hj Hassan ( Pengarah P Pinang )
  15. Mohamad Jamal ( Pengarah Selangor )
  16. Dato Jamaludin Ahmad ( Pengarah N. Sembilan )
  17. Abdul Ghani Abdullah  ( Pengarah Melaka)
  18. Zaini Saat ( Pengarah Johor )
  19. Datuk Johar Rusi ( Pengarah Pahang )
  20. Nik Mustafa Nik Ishak  ( Pengarah Kelantan )

untuk negeri Perak dan Trengganu belum lagi ada perlantikan.

Sebanyak 70 buah bilek gerakan akan ditubuhkan di Semenanjung Malaysi bagi tujuan memberi maklumat kepada pengundi-pengundi mengenai PRU13 dan hal-hal yang berkaitan dengannya.

Datuk Nasir Safar, Presiden KVMM ketika diberi maklum tentang perkara ini berkata Veteran MAYC akan memainkan peranan penting untuk menjayakan program bersama Alumni 4B ini sesuai dengan MOU yang ditanda-tangani baru-baru ini di Melaka. Beliau berharap semua veteran yang diberikan tugas akan menjalankannya dengan dedikasi.

 

 

DALAM KENANGAN

Sungguhpun kami sudah dihujung usia, pengalaman dimasa muda ketika bergerak cergas dalm MAYC masih mengamit kenangan. Oleh itu perlulah kita bergabung dengan Kelab Veteran MAYC supaya kenangan lama ini dapat dikongsi bersama untuk anak cucu kita.

Tahukah anda siapa yang berada dalam gambar ini ??

GAMBAR 5

BILEK GERAKAN BERSAMA

Sesuai dengan semangat MOU Kerjasama Dengan Alumni 4B, yang ditanda tangani baru-baru ini akan ditubuhkan bilek gerakan bersama. Untuk melaksanakan program pertama ini akan diadakan mesyuarat saperti berikut:

Tarikh : Ahad 17hb Mach 2013
Jam : 3.00 petang
Tempat : Kuala Lumpur International Hotel
Jalan Raja Muda,
( bukan di Ibu Pejabat Gerakan 4B Malaysia)

Mesyuarat ini akan menentukan lokasi bilek gerakan dengan mengambil kira tenaga perja yang sedia ada dan skop tugasan setiap bilek gerakan sehingga selesai PRU13.

Photo0008