KEMUDAHAN ADA, TAPI TIDAK DIMANFAATKAN

Gugusan Felda Trolak adalah satu kumpulan rancangan tanah Felda yang sudah banyak menerima berbagai kemudahan pembangunan dari pemerintah. Malangnya kemudahan ini tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan menyebabkan ianya terbengkalai dan akan musnah tidak lama lagi. Ini termasuklah Felda Ulu Slim, Felda Trolak Utara dan Selatan yang dilawati selama dua hari.

Taib Wahab, Setiausaha Agung ketika menilai hakikat ini berkata, perlu dibangunkan kumpulan usahawan yang dapat memajukan lagi kemudahan yang disediakan kerajaan dan Majlis Daerah tempatan ini. Mereka harus dilatih untuk menggunakan kemudahan ini untuk memajukan sektor pelancongan dalam berbagai bidang termasuklah penginapan, kedai makan, kolam air panas dan rekreasi sungai.

Mereka juga boleh mengadakan berbagai program ” team building” dikawasan ini yang hanya lebih sedikit satu jam dari bandaraya Kuala Lumpur. Tempat ini juga sangat dekat dengan Lebuhraya PLUS dan boleh menggunakan Tol Tanjung Malam atau Slim River.

Beliau akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Pelancongan Perak di Ipoh pada esok pagi sebelum hadir di Wacana Intelek Melayu pada sebelah petang di Auditorium RTM.

Advertisements

DEKAT TAPI JAUH

Sungguhpun hanya 26 kilometer dari Tanjong Malim, Ulu Slim masih lagi jauh dari pembangunan. Tempat ini boleh ditempoh dari Kuala Lumpur dalam masa satu jam setengah sahaja.

Taib Wahab, Setiausaha Agung ketika berada dsini berkata tempat ini amat berpotensi dibangunkan sebagai pusat eco-tourism kerana mempunyai sumber airpanas, sungai dan hutan. Walau bagaimanapun perlu dibangunkan sumber air panas dalam keadaan mendidih dengan mengadakan kolam mandi disekelilingnya. Sudah terbangun kemudahan asas yang lain saperti kedai runcit, dataran masyarakat, tandas awam dan dewan orang ramai.

Beberapa kedai kopi usaha orang kampong juga terdapat disitu sungguhpun tidak ramai langganannya. Juga terdapat seorang pengusaha pekej “adventure” yang mengendalikan berbagai program tahan lasak.

Beliau berkata, orang kampong melalui JKK disitu boleh membangunkan ” homestay ” atau rumah tamu untuk para penggunjung yang mahu bermalam disitu. Sebuah pusat jalur lebar juga perlu diadakan bagi mereka yang memerlukan kemudahan internet.

Semua ini, katanya perlu mendapat sokongan dari Majlis Daerah Tanjung Malim dan Kerajaan Negeri Perak. Kelab Veteran MAYC boleh mengadakan berbagai program “retreat” dan team building sesuai dengan kemudahan yang akan dibangunkan.

LAWATAN KE PERAK

Taib Wahab, Setiausaha Agung minggu ini akan berada di Perak untuk menguruskan hal-hal berkaitan dengan Jelajah Perpaduan dan program ICT yang akan dianjurkan untuk negeri Perak.

Esok beliau akan berada di Ulu Slim, Tanjung Malim, Felda Trolak Selatan dan Kampar. Pada hari Khamis 24/4/2014 beliau akan berada di Ipoh untuk menghadiri program Wacana Intelek Melayu anjuran MPM di RTM Ipoh. Rombongan KVMM akan diketuai oleh Dato Mior Abdul Aziz dan isteri serta beberapa veteran MAYC yang lain.

Kesempatan ini akan diambil Setiausaha Agung  untuk berjumpa dengan Datuk Wira Jamaluddin Abdul Rahim, Setiausaha Agung Pertubuhan Alumni 4B Malaysia bagi membincangkan hala tuju kerjasama diantara Veteran MAYC dan Alumni 4B. Beliau juga dijangka akan menziarahi Haji Munit Itam Fajar, bekas Pengerusi MAYC Negeri Perak.

14.4.14

Sempena tarikh yang cantik ini Setiausaha Agung, Taib Wahab ingin menyampaikan hasratnya untuk bersara dari mana-mana NGO mulai akhir tahun ini. Ini termasuklah Kelab Veteran MAYC Malaysia, Global Islamic Tourism Organisation ( GITO) Malaysia Tourism Federation, Selangor Tourism Association dan Persatuan PENGUKIR.

Langkah ini diambil untuk memberi peluang kepada sukarelawan yang lain yang mempunyai lebih banyak pengalaman dan pengetahuan untuk mentadbirkan sesebuah NGO. Ini juga akan membolehkan NGO berkenaan mendapatkan nafas baru serta tenaga kerja yang lebih muda.

Taib Wahab akan menghabiskan sisa hidupnya untuk menulis buku sebagai mengikuti jejak orang tuanya iaitu Ab Wahab bin Muhammad (Awam elSarkam).

Beliau ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Kelab Veteran MAYC Malaysia yang telah diuruskan sejak ianya ditubuhkan lapan tahun yang lalu. Berikut adalah ranking keaktiban KVMM diperengkat negeri selama beliau membantu menguruskannya:

  1. Negeri Sembilan
  2. Kelantan
  3. Johor
  4. Trengganu
  5. Selangor
  6. Wilayah Persekutuan
  7. Perak
  8. Kedah
  9. Melaka
  10. Perlis
  11. Pahang
  12. Pulau Pinang

Blog ini ingin mengucapkan SELAMAT BERSARA kepada Sdr Taib Wahab.

Datuk Abdul Halim Hamad, Naib Presiden, Saharuddin Zainal Abidin, Bendahari, Ruslan Zainal Abidin dan Maznah Abdullah, Pengerusi Wanita telah hadir di Menara Felda, Jalan Tun Razak pada Selesa 8 April 2014 untuk menyaksikan Perdana Menteri merasmikan Seminar Antarabangsa “Penghayatan Wasatiyyah Dalam Kerangka Maqasid Syariah”.

Seminar antarabangsa itu bertujuan untuk menyokong dan menyemarak kefahaman Wasatiyyah dalam pelbagai bidang bagi memberi sumbangan terhadap pembangunan negara.

Dato’ Sri Najib Tun Razak berkata seminar berbentuk ilmiah itu penting sebagai landasan untuk menyalurkan ilmu dan kefahaman Islam yang sebenar.

“Saya harus katakan semuanya bermakna dan penting kerana ianya menjadi akar kepada usaha pembenihan kefahaman ‘wasatiyyah’ dan kesederhanaan yang sering kali kita ucap dan zahirkan di pelbagai peringkat,” kata Najib ketika berucap di sini.

Selain itu, seminar antarabangsa itu juga bertujuan memperkasakan Malaysia sebagai peneraju pendekatan Wasatiyyah di peringkat serantau antarabangsa selain mengukuhkan kefahaman masyarakat tentang kepentingan maqasid syariah sebagai asas penyelesaian permasalahan umat.

“Pada pandangan saya, cukuplah agaknya dengan ungkapan komitmen, iltizam dan kesungguhan saya selaku Perdana Menteri untuk mengatakan bahawa wasatiyyah dan idea Islam yang berlandaskan kesederhanaan ini akan menjadi cita teras kepada kerajaan dan kepimpinan yang ada,” katanya.

Turut hadir dalam majlis perasmian itu adalah Duta Besar Arab Saudi, H. E. Fahad A. H. AlRashid, Duta Besar Jordan, H. E. Maher Ahmad Lukasha, Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan juga Pengerusi Institut Wasatiyyah Malaysia, Tan Sri Dr. Abdullah Md Zin.

Seminar Penghayatan Wasatiyyah Dalam Kerangka Maqadis Syariah akan menampilkan sepuluh pembentang kerta kerja dari dalam dan luar negara.

Antaranya intelektual Muslim dari Timur Tengah Pengarah Pusat Wasatiyyah Islam dan Pembaharuan Al-Qaradhawi, Prof. Dr. Muhammad Khalifa Hasan Ahmad Khalifa; Ketua Hakim Syarie Jordan, Prof. Dr. Ahmad Mohammad Hlayyel; Timbalan Menteri Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Kuwait, Dr. Adel Abdullah Al-Falah dan ramai lagi.

PERESMIAN IBU PEJABAT KOPERASI VETERAN MAYC

Dalam satu majlis rengkas semalam 8/4/2014 ibu pejabat Koperasi Veteran MAYC Semananjung Malaysia Berhad telah diresmikan pembukaannya. Beralamat di No. 39B Jalan PJS 1/48, Petaling Utama.

Datuk Mohd Yusoff Hamid, Pengerusi Koperasi merangkap Timbalan Presiden Kelab Veteran MAYC Malaysia, dalam ucapan meresmikan ibu pejabat itu berkata, ruang pejabat itu juga akan menempatkan sekretariat Kelab Veteran MAYC yang mengandungi pejabat Presiden/Setiausaha Agung dan sebuah bileh mesyuarat untuk 20 orang.

Koperasi, katanya, juga bercadang untuk menyewa ruang niaga ditingkat bawah bagi sebuah Kedai Borong 1Malaysia (KB1M) yang akan membolehkan peruncit berdekatan membeli stok barangan keluaran dari berbagai syarikat SME yang mengeluarkan berbagai barangan pengguna. Kedai ini akan dijadikan pusat ” cash and carry” untuk semua peniaga kecil dan besar.

Turut hadir dimajlis peresmian tersebut adalah Setiausaha Agung, Taib Wahab, Bendahari Saharuddin Zainal Abidin, Mohammad Jaman, Ruslan Zainal Abidin, Mohd Hairani Kamsan dan Maznah Abdullah, Pengerusi Wanita serta 100 orang jemputan.

Kelab Veteran MAYC ingin mengucapkan tahniah kepada Lembaga Pengarah Koperasi yang telah bekerja keras untuk memajukan syarikat koperasi ini.