MESYUARAT KHAS

Satu mesyuarat akan diadakan pada Ahad 28 Februari 2010 jam 3.00 petang di Jeumpa D Ramo, No.102 Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur untuk membincangkan isu-isu semasa dan juga untuk merencanakan program-program kelab dibawah gagasan 1Malaysia.

Pengerusi Tan Sri Sanusi Junid dijangka akan membuat beberapa pengumuman mengenai aktibiti KVMM.

Semua dijemput hadir.

NASIR SAFAR LETAK JAWATAN

Naib Pengerusi Kelab Veteran, Dato Nasir Safar telah meletak jawatan sebagai Pegawai Khas kepada Perdana Menteri berikutan dengan pertanggungjawapannya mengenai ucapan di Melaka baru-baru ini. DNS telah dikatakan sebagai menghina kaum lain oleh pihak-pihak yang tertentu dan kebetulan tidak hadir di Seminar 1Malaysia tersebut.

DNS akan terus menyuarakan gagasan 1Malaysia bukan sebagai PK kpd PM tetapi sebagai Naib Pengerusi KVMM.

KVMM akan memberi kerjasama dalam hal ini dan berdoa agar DNS dapat terus memperjuangkan gagasan 1Malaysia demi masa depan anak bangsa kita.

JAWATANKUASA PENAJA MAYC KEBANGSAAN

Kelab Veteran MAYC Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Y B Suraya bte Yaacob, ADUN Sg Tiang, Kedah, kerana di lantik Presiden Penaja dan Sdri Haryaty bte Hamdzah, Setiausaha Agung Penaja. Sesuai dengan Akta Belia, JK Penaja ini adalah berumur dibawah 40 tahun.

Veteran MAYC yakin perlantikan ini akan memberi nafas baru kepada pergerakan MAYC Kebangsaan. Penstrukturan semula perlu diwujudkan dalam MAYC sekiranya mahu terus memainkan peranan membangunkan bangsa dan gagasan 1Malaysia.