JELAJAH 1MALAYSIA

Presiden KVMM Datuk Nasir Safar berkata beliau akan melanjutkan pendekatan yang diambil sekarang ini dalam mengisi wacana kepimpinan 1Malaysia. Dengan ini penyatuan pemikiran akan terus dapat diwujudkan demi menghadapi berbagai cabaran yang ada sekarang.

Untuk ini Jelajah1Malaysia akan diteruskan kenegeri-negeri lain terutama sekali utara semenanjung Malaysia, tambahnya.

Perlantikan Jawatankuasa Kerja dari negeri-negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang jelas membuktikan seriusnya KVMM untuk terus memainkan peranan membantu kerajaan dalam melaksanakan dasarnya untuk membantu rakyat sesuai dengan slogan pembangunan iaitu RAKYAT DIDAHULUKAN,

Beliau berharap seluruh keahlian KVMM akan menyambut gagasan ini demi kelestarian pembangunan negara yang sudah diwujudkan serta menjalankan program-program yang sehaluan dengan matlamat ini.

KEMANA SELEPAS BELIA

Akta Belia membataskan umur belia kepada 40 tahun. Selepas itu manusia ini bukan lagi belia, hanya menantikan waktu untuk jadi senior atau veteran atau warga emas atau nama-nama lain yang sesuai.

Bagi kami yang sudah menjadi veteran dan bergabung dengan KVMM masih terdapat banyak lagi yang harus diperjuangkan untuk dapat terus hidup dengan selesa dan dihargai.

Belum ada lagi kemudahan memegang kad warga emas diMalaysia. Dinegara-negara lain kad ini membolehkan potongan harga pengangkutan awam, kemudahan perubatan dan sebagainya.

Malah pada umumnya rakyat Malaysia belum lagi mampu untuk memberi keutamaan kepada warga emas yang menaiki pengangkutan awam atau yang memerlukan layanan dikaunter-kaunter pembayaran di pejabat kerajaan maupun di tempat-tempat lain.

Hal ini amat memperihatinkan dan perlu mendapat pembelaan secepat mungkin supaya kami yang sudah berumur ini mendapat tempat yang sewajarnya didalam masyarakat 1Malaysia ini.

Bagi mereka yang sudah berumur lebih dari 40 tahun masuklah bergabung dengan NGO yang berkenaan dan yang dirasakan dapat memberi sumbangan.

BARISAN JAWATANKUASA KERJA YANG BARU

Saperti NGO-NGO yang lain KVMM mengadakan pemilihan Jawatanakuasa Kerja yang baru sebagai satu keperluan perlembagaan dan juga untuk mewujudkan satu barisan pegawai kanan kelab yang akan menjalankan segala dasar dan rumusan yang telah dibuat semasa berjalannya Mesyuarat Agung yang lalu.

Oleh yang demikian adalah diharapkan JKK yang baru dilantik di bawah pimpinan Datuk Nasir Safar akan dapat menjalankan tugas untuk terus membangunkan KVMM dalam berbagai aspek terutama sekali diperengkat negeri. Dengan terlantiknya Datuk Mohd Yusoff Hamid dijangkakan banyak lagi program veteran dapat diadakan. Sementara itu Datuk Nasir akan terus memberi ceramah-ceramah 1Malaysia dikawasan-kawasan yang strategik.

JKK dari negeri-negeri pula saperti Datuk Ismail Haji Omar ( Penang), Datuk Hamzah Kassim ( Negeri Sembilan) dan Dato Ramli Norani ( Selangor ) akan dapat memperkenalkan kaedah baru untuk meramaikan lagi keahlian KVMM dinegeri masing-masing.

Sekiranya pindaan perlembagaan KVMM diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan maka pemilihan JKK akan diadakan tiga tahun sekali dan ini akan membolehkan JKK menjalankan program-program jangka panjang.

VETERAN MAYC KE NEGERI-NEGERI

Usaha-usaha KVMM untuk terus mengadakan program-program kepimpinan dan khidmat masyarakat di negeri-negeri saperti Pahang, Perak, Kedah, Perlis dan Kelantan yang tidak menghantar wakil di mesyuarat agung baru-baru ini jelas menunjukkan tekad kita untuk berkembang terus disemua negeri.

Walau bagaimana pun KVMM akan terus mengadakan program-program kepimpinan dan khidmat masyarakat di negeri-negeriti Pahang, Perak, Kedah, Perlis dan Kelantan yang tidak menghantar wakil di mesyuarat agung kita.

KVMM bercadang untuk terus mengadakan program-program kepimpinan dan khidmat masyarakat di negeri Pahang memandangkan ramai lagi tokoh pimpimam MAYC yang masih sihat dan bertenaga dinegeri tersebut.

Negeri-negeri Perak, dan Kedah pula pernah menjadi negeri-negeri yang mempunyai banyak kelab gabungan MAYC kerana pimpinannya.

Perlis pula mempunyai Menteri Besar yang dulunya pemimpin MAYC dan diharapkan dapat membantu serta memberi dorongan kepada peregerakan kita.

Dan Kelantan yang tidak menghantar wakil di mesyuarat agung kita kali ini telah memberi kesunggupan untuk menyertai sebarang kegiatan KVMM dimana-mana sahaja.

VETERAN MAJU SELANGKAH LAGI

Selesainya Mesyuarat Agung Tahunan KVMM selasa lalu, para perwakilan dari negeri-negeri amat tertarik untuk terus memberi sumbangan kepada masyarakat umum dan veteran MAYC khususnya.

Dengan terlantiknya Dato Ismail Hj Omar dari Pulau Pinang, Dato Ramli Norani dari Selangor dan Dato Hj Hamzah bin Mohd Kassim dari Negeri Sembilan sebagai Jawatankuasa Kerja KVMM, keanggotaan KVMM dinegeri-negeri tersebut akan bertambah begitu juga dengan program-program yang akan dijalankan dinegeri-negeri tersebut.

Walau bagaimana pun KVMM akan terus mengadakan program-program kepimpinan dan khidmat masyarakat di negeri-negeri saperti Pahang, Perak, Kedah, Perlis dan Kelantan yang tidak menghantar wakil di mesyuarat agung kita.

Penyelaras negeri-negeri tersebut akan dilantik sebaik-baik sahaja Pendaftar Pertubuhan meluluskan pindaan perlembagaan yang diluluskan pada mesyuarat agung tersebut.

PERLU ADA PENYATUAN DAN KEHORMONIAN PEMIKIRAN

Datuk Nasir Safar, Presiden KVMM menggesa semua ahli kelab menyatukan pemikiran supaya kehormoniannya dapat diwujudkan untuk terus membangunkan negara ini.

Berucap di Wacana Kepimpinan yang diadakan selepas Mesyuarat Agung Tahunan KVMM di Kluang, Datuk Nasir meminta semua ahli untuk terus berjuang bagi mencapai matlamat gagasan 1Malaysia.

Katanya KVMM sudah ada prasarana yang cukup untuk membolehkan gagasan ini terus dihayati oleh semua rakyat. KVMM akan terus bergerak untuk membantu Kerajaan mencapai matlamat ini dan menyeru semua Penyelaras Negeri-negeri untuk terus berkhidmat kepada masyarakat dan ahli-ahli kelab.

Beliau yakin peranan NGO dalam pembangunan negara akan terus diperlukan sebelum 2020 dan sesudahnya.

Ramai yang hadir di Wacana tersebut berpendapat ucapan Presiden KVMM itu masih bertenaga dan berbisa dan perlu menyahut berbagai seruan yang telah ditimbulkan.

DATUK NASIR SAFAR DILANTIK PRESIDEN

Datuk Nasir Safar telah dilantik sebagai Presiden Kelab Veteran MAYC Malaysia di Mesyuarat Agung Tahunannya semalam 21hb Februari 2012. Mesyuarat Agung Tahunan yang berlangsung pada jam 4.00 petang di Hotel Anika itu juga telah melantik Datuk Mohd Yusoff Hamid sebagai Naib Presiden , Datuk Akbar Ali sebagai Bendahari dan Taib Wahab sebagai Setiausaha.

Turut dilantik adalah Ruslan Zainal Abidin, Maznah Abdullah, Omar Haji Hassan, dan Dato Ramli Norani sebagai Jawankuasa Kerja.

Seramai 66 orang ahli Kelab Veteran dari seluruh Semenanjung Malaysia telah hadir di mesyuarat agung yang mengambil masa selama 30 minit sahaja.

Semasa membentangkan Laporan Tahunan 2011, Taib Wahab selaku Setiausaha telah menyatakan bahwa segala isi laporan adalah dipetik dari blog resmi kelab veteran iaitu http://www.veteranmayc.wordpress.com yang dibuat postingnya pada setiap hari dan oleh kerana itu ketepatan laporan tersebut tidak perlu disangsikan.

Datuk Akbar Ali, selaku Bendahari pula elah melaporkan bahwa kira-kira kelab diawal tahun berbaki sebanyak RM 168,835 dan mendapat sumbangan dari Pejabat Perdana Menteri sebanyak RM200.000.

Hanya RM 99,251 sahaja yang dibelanjakan sepanjang tahun untuk menjalankan berbagai program, katanya. Baki dalam bank pada akhir tahun adalah RM 269,584.

Datuk Mohd Yusoff Hamid pula telah membentangkan beberapa pindaan perlembagaan kelab yang diterima sepenuhnya oleh perwakilan yang hadir.