ORANG MELAYU GADAIKAN PERKATAAN MELAYU

Sultan Selangor hari ini melahirkan rasa dukacita dengan segelintir orang Melayu yang tidak memiliki rasa megah dan bangga sebagai orang Melayu sehingga sanggup menggadaikan perkataan Melayu itu sendiri untuk dikuburkan serta lenyap dari dunia ini.

.

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah sejarah yang ditulis oleh orang Inggeris ada menyatakan mengenai ‘Tanah Melayu’ , ‘Negeri Melayu Bersekutu’ dan Raja Melayu sekali gus membuktikan penulis Barat ketika itu mengiktiraf adanya Melayu yang memulakan sejarah negara ini.

Sultan Selangor turut melahirkan rasa bangga dan sukacita dengan langkah kerajaan Malaysia yang akan menjadikan subjek Sejarah sebagai syarat wajib untuk dipelajari oleh rakyat di sekolah negara ini.

“Beta percaya dengan arahan ini ia akan membuka minda dan kefahaman dari pengetahuan berhubung peranan penting yang berlaku dalam sejarah tanah air untuk tidak timbulnya syak wasangka dan persoalan yang mencurigakan hingga timbul salah faham terhadap sesama rakyat di negara yang kita kasihi ini,” titah Sultan Selangor pada Wacana Raja Berpelembagaan-Perspektif Sejarah, Kini dan Masa Depan.

Advertisements

SUAMI ISTERI BUKA KEDAI SEWA BUKU

Bermula dengan minat mendalam untuk membaca serta mengumpul novel, pasangan suami isteri diSeremban, Khairul Azman Abd Rahman, 40, dan Balqis Danial, 39, sanggup berkongsi ribuan novel dimiliki bersama orang ramai dengan menyewakannya pada kadar murah tanpa had masa.

Memiliki perniagaan sewa novel sejak tiga tahun lalu, pasangan itu menawarkan lebih 2,000 naskhah karya penulis tempatan untuk membantu peminat terutama golongan suri rumah membacanya pada harga serendah RM4.
Khairul berkata, idea itu diperoleh melalui perbualan bersama seorang pelanggan ketika dia menjual novel yang dikumpul isteri pada satu karnival yang disertai beberapa tahun lalu.
“Pada awalnya, isteri bersetuju menjualnya separuh harga kerana rumah dipenuhi ribuan novel, tetapi seorang pelanggan mencadangkan supaya kami menyewakannya berbanding menjual demi menghargai nilai karya sastera,” katanya.

Katanya, antara novel ditawarkan termasuk karya penulis terkenal, Norhayati Ibrahim, Fauziah Ashari, Sharifah Abu Salem dan Ramlee Awang Murshid.

Katanya, bahan bacaan yang paling digemari peminjam adalah novel edisi terhad karya Amaruszati Noor Rahim yang hanya menghasilkan satu novel di pasaran berjudul Bila Sena Kembali Berbunga.

Sehingga kini, katanya, terdapat 300 orang ahli berdaftar sebagai peminjam di kedainya daripada pelbagai latar belakang termasuk suri rumah, pensyarah, jurutera, guru, pesara, pegawai kerajaan dan pelajar.
Katanya walaupun keuntungan diperoleh tidak seberapa, tetapi kepuasan menyewakan novel pada peminat mendorong Khairul memperluaskan lagi perniagaan pada masa depan.

“Kami tidak begitu mementingkan keuntungan, tetapi sambutan diterima amat menggalakkan, sekali gus ia dapat menyemai minat membaca.

“Ini kerana menerusi pembacaan novel juga, banyak pengajaran boleh diperoleh secara tidak langsung,” katanya.

Khairul berkata, dia tidak menolak kemungkinan menjadikan perniagaan sampingan itu sebagai punca rezeki utama jika berlaku kegawatan ekonomi yang boleh menjejaskan kerjayanya ketika ini.

GETARAN JIWA

HAJI KARIM SELAMAT DIBEDAH

Dengan sukacitanya kami laporkan bahwa Timbalan Presiden MAYC Kebangsaan, Haji Karim Mohamed telah selamat menjalani pembedahan di Hospital Kuala Trengganu dua hari lepas dan sekarang ini sedang berehat. Pembedahan yang bermula pada jam 3.00 petang selesai pada jam 6.00 petang. Buat masa ini beliau sudah boleh bercakap dan duduk dalam keadaan terkawal.  Kita bersyukur ke hadrat Illahi diatas limpah rahmatNya dan berdoa agar Haji Karim dapat beraksi saperti biasa tidak lama lagi. Amin.

DASAR WARGA TUA NEGARA

Adalah menjadi dasar Kementerian Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat untuk mewujudkan masyarakat warga tua yang sejahtera, bermaruah, mempunyai martabat diri yang tinggi, dengan mengoptimumkan potensi dlri mereka dan menentukan mereka menikmati semua peluang disamping mendapat penjagaan dan perlindungan sebagai ahli keluarga,masyarakat dan negara.

Untuk melaksanakan dasar ini objektif berikut adalah pokok:

1. Meningkatkan kehormatan dan martabat diri warga tua dalam keluarga, masyarakat dan negara.
2. Memajukan potensi warga tua agar mereka terns aktif dan produktif dalam pembangunan negara, serta mewujudkan peluang untuk membantu mereka terns hidup berdikari.
3. Menggalakkan pewujudan dan menyediakan kemudahan-kemudahan yang tertentu demi untuk menjamin penjagaan dan perlindungan warga tua ke arah kesejahteraan hidup mereka.

Sama-samalah kita renungkan dimana kita sekarang.

WALIMATUL URUS DATUK NASIR SAFAR

Naib Presiden Kelab Veteran Datuk Nasir Safar dengan segala hormatnya mempersilakan semua ahli Kelab Veteran ke majlis perkahwinan anak lelakinya:

Pada:              Sabtu 8hb Januari 2011
Jam :             8.00 malam
Tempat :      Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur

Kehadiran Saudara/saudari amatlah dihargai.

Sila talipon Datuk Nasir di 019 2853 668 untuk mengesahkan kehadiran. Terima kasih.

URUSAN KAVEAT – SYARIKAT GUAMAN DILANTIK

Kelab Veteran telah melantik syarikat guaman Tetuan Irzuan yang berpejabat di Bandar Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur untuk menguruskan kemasukan kaveat keatas semua harta MAYC.

Ini termasuk Wisma Belia, Wisma Tunku diKuala Lumpur  dan beberapa lagi harta MAYC di negeri-negeri.

Tujuan memasukkan kaveat ini adalah untuk menghalang mana-mana pihak menjual harta-harta tersebut kepada mana-mana pihak yang tidak berkepentingan.

Saperti yang kita tahu sudah ada usaha-usaha oleh pihak yang tidak bertanggung jawab untuk menjual harta-harta tersebut dengan berbagai-bagai alasan.

Harta-harta tersebut adalah milik MAYC sejak dulu dan haruslah tetap kekal atas nama MAYC.