KALAU DATUK AZRAN BOLEH KENAPA KITA TIDAK

Tujuan Datuk Azran Abd Kadir  untuk membantu MAYC menyelesaikan hutangnya dengan bank melalui Danaharta dan juga hutang-hutang kecil yang dari pelbagai pihak adalah amat dihargai.

Untuk melaksanakan ini beliau telah mendapatkan sokongan dari pihak bank dan Danaharta dengan satu pihak menawarkan pinjaman dan satu pihak lagi menawarkan jumlah penyelesaian yang amat berpatutan yang belum pernah diterima oleh MAYC kerana tidak ada usaha kearah ini..

Dengan mendapatkan nilaian semula harta MAYC  yang disatukan  bank telah bersetuju untuk memberi pinjaman sebesar RM 15 juta  dengan Danaharta bersetuju untuk menurunkan hutang MAYC kepada paras RM 12 juta sahaja.  Datuk Azran hanya perlu menaikkan taraf Wisma Belia dan Wisma Tunku kepada hotel taraf biasa dengan perolehan yang sesuai untuk membayar pinjaman bank sebanyak RM 185,000 sebulan.

Setelah ini semua selesai dilaksanakan dan memandangkan bahwa syarikat Datuk Azran amat berupaya melaksanakan komitmentnya kepada bank dengan pelan pengurusannya yang cekap timbullah perasaan iri terhadap kemampuan Datuk Azran. Kalau dia boleh kenapa kita tidak.

Syed Abdul Rahman ( yang mewakili secara peribadi pimpinan Tan Sri Syed Hamid) telah menawarkan untuk membeli syarikat Dato Azran dan mengambil alih pengurusan Wisma Belia secara peribadi apabila MAYC ini sudah dapat dibubarkan oleh pimpinan Tan Sri Syed Hamid dan dibantu dengan adanya Akta Belia yang baru.

Mulai saat itu hubungan antara mereka sudah  mula renggang dengan  pihak Syed Abdul Rahman mula mutuskan hubungan dengan Datuk Azran yang akhirnya membawa kes ini kepengadilan untuk mendapatkan ” specific performance ” dari pihak mahkamah.

Adalah dijangkakan kes ini akan mengambil masa bertahun-tahun. Sementara itu, Syed Abdul Rahman dan Abu Bakar Shawkat Ali terus merampok dan menyamun segala hasil yang boleh diperolihi dari penjualan bilek Wisma Belia dan sewa ruang pejabat disitu.

KOMPLEKS DAN DATUK AZRAN

Sebagai seorang yang bukan dari kalangan pemimpin MAYC agar sukar untuk memahami cita-cita dan matlamat perjuangan MAYC. Tetapi sebagai seorang ahli perniagaan Dato Azran amat memahami hal ini dan ingin membantu.  Pada mulanya sambutan yang diberikan oleh beberapa orang pimpinan MAYC pada waktu itu agak baik maka Dato Azran berasa berani untuk membantu MAYC menyelesaikan masalah hutang dengan bank/Danaharta. Tetapi setelah beberapa orang mendapat faedah kewangan darinya hubungan baik menjadi agak sulit setelah ada usaha untuk mengambil alih sendiri harta MAYC setelah ianya “dijual”  kepadanya.

Intipati permasalahannya adalah saperti berikut::

1. Datuk Azran bertujuan untuk membantu MAYC menjelaskan hutangnya dengan bank melalui Danaharta dan juga hutang-hutang kecil yang dari pelbagai pihak. Secara peribadi juga beliau bertujuan untuk menjadikan usaha membantu MAYC ini sebagai mendapatkan track record bagi membolehkan beliau mengambil alih bangunan Marinara di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

2. Untuk urusan ini beliau telah mendapatkan sokongan dari pihak bank dan Danaharta. Dengan mendapatkan nilaian semula harta MAYC sebanyak RM 15 juta setelah semua hartanah tersebut disatukan dan Danaharta sendiri telah bersetuju untuk menurunkan hutang MAYC kepada paras RM 12 juta sahaja. Dengan yang demikian syarikat Dato Azran boleh mendapat pinjaman bank untuk menjelas hutang kepada Danaharta serta jumlah yang selebihnya boleh digunakan untuk menaik taraf Wisma Belia dan Wisma Tunku.

3. Sementara itu beliau telah membayar kepada MAYC melalui Setiausaha Agungnya sejumlah RM 1 juta iaitu RM 750,000 pada tahap pertama dan RM 250,000 pada tahap kedua sebagai menyelesaian wang pendahuluan itu dengan janji untuk mengekalkan Sekretariat MAYC. tanpa bayaran. Ini hanya dapat dilakukan apabila Wsima Belia dinaikkan taraf boutique hotel dengan kemudahan-kemudahan hotel biasa dan bukan sebagai asrama belia. Syarikatnya hanya akan menerima RM 10,000 sebulan untuk menguruskan hal ini. Pembayaran balek kepada bank setelah mendapatkan pinjaman bank adalah RM 185,000 sebulan yang akan disempurnakan oleh Datuk Azran setelah dapat menguruskan Kompleks MAYC dengan baik.

4. Setelah ini semua selesai dilaksanakan dan memandangkan bahwa syarikat Dato Azran amat berupaya melaksanakan komitmentnya kepada bank dengan pelan pengurusannya yang cekap, Syed Abdul Rahman ( yang mewakili pimpinan Tan Sri Syed Hamid) telah menawarkan untuk membeli syarikat Dato Azran dan mengambil alih pengurusan Wisma Belia secara peribadi apabila MAYC ini sudah dapat dikuburkan oleh pimpinan Tan Sri Syed Hamid. Ini padanya adalah bercanggah daripada matlamat asalnya yang hanya mahu membantu menyelesaikan hutangpiutang MAYC dan akan menyerahkan semula Wisma Belia dan Wisma Tunku kepada MAYC.

5. Mulai saat itu hubungan antara mereka sudah tidak baik dan pihak Syed Abdul Rahman mula mutuskan hubungan dengan Dato Azran membawa kes ini kepengadilan.

Kita telah meminta Datuk Azran untuk memberi salinan semua dokumen yang berkaitan bagi membolehkan kita mengkaji lebih mendalam lagi tentang tindakan seterusnya.

KELAB VETERAN MAYC JOHOR SUDAH DILANCARKAN

Kelab Veteran MAYC Johor telah selamat dilancarkan pada 26hb Oktober lalu sempena Majlis Penerangan Gagasan 1 Malaysia yang bertemakan Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera.

Majlis yang dianjurkan oleh Kelab Veteran MAYC dengan kerjasama UMNO Bahagian Parit Sulong dan beberapa NGO yang lain telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Mohd Nasir bin Safar.

Majlis yang bermula pada jam 2.30 petang di Dewan Kampung Sungai Nibong Simpang, Semerah, Batu Pahat, Johor telah dihadiri oleh kira-kira 300 orang peserta.

Sebarang pertanyaan untuk menjadi ahli boleh hubungi Mohd Ismail bin Roslan, Naib Pengerusi Kelab Veteran MAYC Johor di talian 019-7167388.

MAYC GLOBAL RELIEF

MAYC Kebangsaan bercadang untuk mendaftarkan MAYC GLOBAL RELIEF sebagai sebuah entiti yang sah dibawah Bahagian Undang-undang Jabatan Perdana Menteri tidak lama lagi apabila butiran untuk melaksanakan sudah lengkap.

Akramsyah Sanusi, Presiden MAYC Kebangsaan telah memohon kepada KVMM supaya menjadi pencadang dan menamakan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Duta Jepun di Malaysia sebagai Penaung. Penasihat MGR yang akan dilantik adalah Tan Sri Sanusi Junid dan Dato Syed Ahmad Idid. Kedua-duanya adalah bekas Presiden MAYC Kebangsaan.

Apabila terdaftarnya nanti MGR ini berbagai usaha akan dijalankan untuk mengumpulkan dana serta menjalankan berbagai-bagai kerja amal dan bantuan kemanusiaan di negara-negara yang ditimpa bala petaka.

KVMM mengucapkan syabas kepada MAYC Kebangsaan diatas initiatif ini dan berdoa agar segala usaha murni ini akan mencapai matlamat penubuhannya.

MAYC GLOBAL RELIEF 2011

Semasa berada di Jepun KVMM telah menerima mesej dari Saiful Annuar Baig, tim lketua pasokan sukarelawan Mayc Kebangsaan, di Ishinomaki……..

Sampaikan salam semua rakan2 telah selamat tiba di Ishnomaki. Semua berjalan baik. Semua peserta ok, sihat dan selesa. Kami mendapat kpujian. Kita dapat ceriakan org disini dan memberi semangat baru kpd masyarakat setempat terutama nelayan. Kami banyak melihat kemusnahan tsunami yg masih belum diperbaiki dan kaedah yg digunakan adalah kitar semula dan dlm proses pemulihan. Kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas usaha dan peluang ke misi ini.

Mesej ini jelas memperlihat betapa perlunya sukarelawan saperti ini diteruskan untuk kerja-kerja amal dinegara-negara yang yang memerlukan bantuan kemanusiaan. Pengalaman pasokan ini akan dimanfaatkan untuk memberi khidmat bukan sahaja di negara sendiri malah di negara-negara lain yang akan menerima bencana alam dan sebagainya.

KVMM yakin MAYC Kebangsaan dibawah pimpinan Akramsyah Sanusi akan menyusun dengan baik satu rancangan untuk membawa pasukan ini ke negara-negara lain yang juga memerlukan pemulihan.

PELANCARAN KELAB VETERAN MAYC JOHOR

Kelab Veteran MAYC Johor akan dilancarkan esok 26hb Oktober 2011 jam 2.30 petang di Dewan Orang Ramai, Kg Sungai Nibong Simpang, Semerah, Batu Pahat, Johor oleh Yang Berhormat Dato Hj Ahmad Zahri bin Haji Jamil,Exco Negeri Johor.

Sempena pelancaran ini akan diadakan satu program penerangan Gagasan 1Malaysia. Ucap Utama akan dilakukan oleh Pemangku Presiden KVMM Datuk Nasir Safar. Program yang dianjurkan bersama oleh UMNO Bahagian Parit Sulong ini bertemakan TRANSFOMASI BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA.

Majlis ini dijangka akan dihadbiri oleh 300 orang wakil dari berbagai NGO disekitar Parit Sulong dan Negeri Johor.

Mohd Ismail, Timbalan Pengerusi Penganjur mempersilakan semua ahli veteran mAYC untuk sama-sama hadir bagi menghayati erti sebenarnya Gagsan 1Malaysia.

BERITA DARI JEPUN

GAMBAR TERKINI – TSUNAMI JEPUN KERJA-KERJA PEMBERSIHAN DI LOKADI STUNAMI (ISHINOMAKI) .GAMBAR TERKINI – TSUNAMI JEPUN KERJA-KERJA PEMBERSIHAN DI LOKASI TSUNAMI (ISHINOMAKI) .

KERJA-KERJA PEMBERSIHAN DI LOKASI STUNAMI (ISHINOMAKI)