DIALOG KESELAMATAN PUTRAJAYA

Setiausaha Agung Taib Wahab akan mengetuai pasukan tiga orang menghadiri DIALOG KESELAMATAN anjuran Kementerian Dalam Negeri hari ini.

Turut hadir adalah Maznah Abdullah, Pengerusi Wanita dan Helmi Radzi.

Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM), Kementerian Dalam Negeri adalah agensi yang menganjurkan program ini seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 28 Januari 2014

Masa : 8.00 Pagi – 2.00 Petang

Tempat : Dewan Gemilang, Aras G, Blok D1,
Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya

Perasmian akan dilanksanakan oleh YB. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,Menteri Dalam Negeri.

PROGRAM PENCEGAHAN JENAYAH

Advertisements

JELAJAH PERPADUAN

Datuk Nasir Safar dalam ucapan aluannya di peresmian Mesyuarat Agung Tahunan pada 25hb Januari yang lalu telah menyatakan kebimbangannya dengan keadaan politik negara. Berbagai serangan sedang diterima oleh pucuk pimpinan negara hingga menyebabkan keadaan tidak menentu.

Oleh yang demikian beliau akan menggunakan pletfom KVMM untuk menjelajah keseluruh Semanjung Malaysia bagi menyatakan kesetiaan kita kepada pucuk pimpinan negara. JELAJAH PERPADUAN adalah demensi terakhir dalam usaha kita untuk menyebarkan semangat Gagasan 1Malaysia yang merupakan wadah perjuangan kita sejak zaman pimpinan Tan Sri Sanusi Junid.

KVMM Negeri Sembilan telah menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah bagi majlis pelancaran di Kg Lonek, Kuala Pilah pada akhir bulan Febuari 2014. Sekurang-kurangnya 200 orang akan dijemput hadir pada majlis ini termasuk wakil-wakil akhbar dan media elektronik.

Kita nantikan perkembangan seterusnya. TAHNIAH Kelab Veteran MAYC Negeri Sembilan.

TERUSKAN SUMBANGAN KITA KEPADA NEGARA

Datuk Nasir Safar, Presiden KVMM telah menggesa semua veteran MAYC untuk terus memberi sumbangan kepada Negara sungguhpun sudah dilanjut usia.

Berucap di mesyuarat agung tahunan ke7 KVMM semalam beliau berkata khidmat kita masih diperlukan sebagai orang tua dalam sebuah negara yang keadaan politiknya tidak menentu. Pimpinan negara kata sedang menerima berbagai serangan politik yang jauh berbeda dari masa-masa yang sudah.

Oleh itu kita harus bangkit untuk melawan serangan luar biasa ini. Sungguhpun tidak ada garisan panduan dalam hal ini kita harus menerima hakikat bahwa ini perlu terus diperjuangankan hingga akhir.

Beliau sendiri akan memberi tahu Perdana Menteri sedikit masa lagi tentang hasrat kita untuk membantu beliau menentang serangan ini.

JELAJAH PERPADUAN VETERAN katanya akan dilancarkan tidak lama lagi sesuai dengan masa dan ketikanya.

IMG_1084

 

MESYUARAT AGUNG KE7 SELESAI

Seramai 80 orang perwakilan dari negeri-negeri Semenanjung Malaysia telah hadir di Mesyuarat Agung Tahunan ke7 hari ini di Hotel Seri Malaysia, Ipoh. Perwakilan yang teramai adalah dari Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan.

Dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja berikut telah dilantik sebulat suara oleh perwakilan:

Presiden                       Datuk Nasir Safar
Timbalan Presiden  Datuk Mohd Yusoff Hamid
Naib Presiden            Dato Ibrahim Che Mat
Dato Abdul Halim Hamad
Bendahari                    Saharuddin Zainal Abidin
Setiausaha Agung     Mohd Taib Wahab
Jawatankuasa            Datuk Ismail Hj Umar ,

Datuk Hamzah Kassim

Mohammad Jaman

Ruslan Zainal Abidin
Maznah Abdullah
Pemeriksa kira-kira Haji Mohd Anuar Ujang
Zaleha Najmuddin

Satu usul telah diterima oleh perwakilan untuk menganjurkan JELAJAH PERPADUAN untuk membantu Perdana Menteri menangani berbagai fitnah dan tohmahan yang telah dilemparkan kepada Kerajaan sekarang ini.Jelajah ini juga bertujuan untuk terus memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat berbilang kaum negara ini.

Mesyuarat juga bersetuju untuk melancarkan sesawang JIHAD PERPADUAN yang boleh menjadi pletfom yang sesuai untuk mewujudkan perpaduan dikalangan rakyat Malaysia hari ini.

SAMBUTAN MAULUDIL RASUL 1435H

OLYMPUS DIGITAL CAMERALebih 100 orang veteran telah hadir dimajlis sambutan Mauludil Rasul pada 24hb Januari 2014 di Hotel Seri Malaysia, Jalan Sturock, Ipoh.

Majlis ini diadakan sempena Mesyuarat Agung Tahunan KVMM ke 7. Majlis bermula dengan selawat nabi yang diketuai oleh Ustaz Mohd Hairani Kamsan bekas Pegawai Projek MAYC.

Ketika berucap pada majlis ini Datuk Nasir Safar, Presiden KVMM berkata beliau amat terharu dengan kehadiran begitu ramai Pengerusi dan wakil-wakil negeri. Ini jelas membuktikan bahwa semangat persaudaraan dikalangan pemimpin MAYC yang sangat kuat.

KVMM akan bangkit pada ketika yang sesuai untuk membantu pimpinan negara bagi menstabilkan keadaan politik. Sungguhpun kita semua sudah berusia semangat untuk terus berjuang masih kekal dikalangan kita sesuai pada hari kelahiran Nabi junjungan kita.

Majlis ini katanya akan meletakkan asas yang kukuh bagi kita untuk terus maju membangunkan negara.

Haji Azad bin Hashim, Ahli Majlis Fatwa Negeri Perak yang mewakili Mufti Perak ketika berucap berkata kita patut bersyukur dengan keamanan dan kesejahteraan yang sedang kita alami
dinegara ini.

Penggunaan kalimah Allah adalah digunakan untuk orang Islam sahaja saperti perkataan alquran, bailtullah, kaabah dan sebagainya. Jawatankuasa Fatwa negeri setelah sepakat tentang hal ini.

Beliau kemudiannya memberi hujjah yang panjang lebar mengenai kalimah Allah.

MALAM NOSTALGIA MAYC

Sesuai dengan tema majlis makan malam kita tahun ini MALAM NOSTALGIA MAYC akan diserikan dengan penyampaian beberapa orang veteran MAYC saperti Dato Ismail Hasbullah, Haji Munit Itam Fajar, Datuk Yahaya Zakaria, Datuk Ibrahim Che Mat dan Datuk Johar Rusi. Mereka akan menceritakan pengalaman mereka semasa menjadi pemimpin MAYC. Majlis akan diadakan pada

Tarikh: Jumaat 24/1/2014 

Masa   : 8.30 malam
Tempat: Dewan Banquet, Hotel Seri Malaysia, Jalan Sturrock, IPOH.

Kita berharap untuk dapat mengimbau semula sejarah MAYCsejak ianya ditubuhkan pada tahun 1953. Majlis juga akan diserikan dengan beberapa persembahan Ruslan Madun, seorang aktivis seni Tanah Air, seorang anak didik MAYC.

Semua veteran MAYC dipersilakan hadir dan kita juga menjemput pimpinan MAYC sekarang disemua perengkat untuk hadir dimajlis ini.