IFTAR BERSAMA TUN DR MAHATHIR

Satu majlis berbuka puasa bersama Tun Dr Mahathir Mohamed dan Tun Dr Siti Hasmah telah diadakan malam tadi di Dewan Banquet, Yayasan Kepimpinan Perdana, Prisint 8, Putrajaya.

Seramai 200 orang telah hadir termasuk JKK MAYC Kebangsaan dan Veteran MAYC.

Majlis telah dimulakan dengan ucapan Pengerusi Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Dato Ramli Nor yang mengucapkan berbanyak terima kasih diatas pertolongan yang telah diberikan oleh Tun Dr Mahathir untuk membantu pengusaha stesen minyak Petronas.

Tun Dr Mahathir ketika berucap mengingatkan semua yang hadir betapa bertuahnya kita rakyat Malaysia yang hidup dalam keadaan yang aman dan serba mewah berbanding dengan rakyat Palestine yang masih tergugat dan menghadapi berbagai ancaman perang, penyakit dan kebuluran.

Tun meminta semua rakyat Malaysia membantu mereka-mereka yang bukan sahaja dari negara-negara Islam, malah dari mana-mana negara yang mengalami nasib yang sama.

Sebelum berbuka puasa Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah telah menyampaikan duit Raya kepada 50 orang  anak-anak yatim dari Rumah Nur Hikmah, Kajang, Selangor.

Majlis telah ditaja oleh Dynac Sdn Bhd dan Perdana Peace Foundation.

Advertisements

SEKRETARIAT MAYC BELUM LAGI DIKOSONGKAN

Berikutan dengan notis yang dihantar ke Ibu Pejabat MAYC pada 23 Ogos 2010 supaya sekretariat MAYC dikosongkan untuk memberi laluan kepada JKK MAYC Kebangsaan yang baru dilantik, satu pasukan yang diketui oleh Presiden MAYC Kebangsaan, Akhramsyah Sanusi telah berkunjung ke Wisma Belia semalam pagi.

Walau bagaimana pun tidak ada tanda-tanda pejabat berkenaan hendak dikosongkan.

Setelah menyatakan tujuan kedatangan pasukan tersebut, kakitangan sekretariat telah diminta berkumpul untuk mendengar taklimat dari Akhramsyah dan JKK yang lain.

Berlangsunglah satu sessi perbincangan yang amat sihat dan jelas dari wajah semua kakitangan bahwa mereka sudah faham kedudukan sebenarnya dan berjanji akan memberi kerjasama apabila selesai pengambil alihan sekretariat tersebut.

IFTAR MAYC WILAYAH PERSEKUTUAN

Seramai 100 orang telah hadir di satu majlis berbuka puasa malam tadi di Hotel Grand Pacific, Kuala Lumpur anjuran MAYC Wilayah Persekutuan.

Pengerusi MAYC WP Intan Diana ketika berpantun dan berucap mengalu-alukan kedatangan para hadirin berkata MAYC WP sekarang ini mempunyai 6 kawasan yang sangat aktib menjalankan berbagai-bagai program.

Beliau bercadang untuk menganjurkan satu rombongan ke Negeri Trengganu untuk melihat kemajuan kelab-kelab MAYC disana dibawah pimpinan Haji Karim Mohamed.

Akhramsyah Sanusi, Presiden MAYC Kebangsaan, dalam kata-kata sambutannya mengucapkan tahniah kepada MAYC WP kerana sekali lagi berjaya mengadakan perjumpaan untuk ahli-ahli.

MAYC Kebangsaan, katanya akan berkerjasama dengan Gapena untuk menganjurkan Hari Puisi dan Sayembara Pidato 2010 tidak lama lagi.

Majlis diserikan oleh acara cabutan bertuah. Turut hadir di majlis tersebut adalah Taib Wahab, Setiausaha Kelab Veteran, Haji Karim Mohamed, Timbalan Presiden MAYC Kebangsaan, Pegawai Belia WP, Pegawai di ADK dan wakil-wakil dari NGO belia yang lain.

IFTAR BERSAMA PRESIDEN

Malam tadi seramai 50 orang veteran dan ahli-ahli JKK MAYC Kebangsaan telah berkumpul di Jeumpa D Ramo, Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur untuk bersama-bersama dengan Tan Sri Sanusi Junid.

Majlis Berbuka Puasa ini diadakan untuk meraikan ahli-ahli JKK MAYC Kebangsaan yang baru dilantik.

Sebelum itu satu acara sembang-sembang telah diadakan dan perbincangan berkisar disekitar masa depan MAYC dalam menghadapi kemelut yang ada sekarang.

Beberapa orang veteran MAYC termasuk Dato Noh Abdullah, Ibrahim Idris dan Ustaz Nahwari telah menyatakan kekeciwaan mereka terhadap apa yang sedang berlaku.

Kelab Veteran mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Presiden dan berdoakan agar Allah swt akan terus memberkati amalan Tan Sri dan berdoa agar diberi kerahmatan, kesihatan, murah rezeki dan panjang umur. Amin.

PIAGAM PELANGGAN DI ROS / ROY

Berikut adalah piagam pelanggan Pendaftar Pertubuhan Malaysia yang menjanjikan:

1.Menyelesaikan semua permohonan urusan pertubuhan yang lengkap dan teratur dalam tempoh berikut :

a) Permohonan pendaftaran pertubuhan
Peringkat Negeri – 3 bulan
Peringkat Ibu Pejabat – 4 bulan

b) Permohonan pindaan undang-undang
Pindaan Sebahagian – 1 bulan
Pindaan Keseluruhan – 2 bulan

c) Permohonan penubuhan cawangan dalam tempoh 2 bulan.

2. Menyiasat semua aduan dalam tempoh tidak melebihi 1 bulan dari tarikh terima aduan.

3. Memberi khidmat nasihat, pandangan dan ulasan mengenai perkara-perkara berkaitan undang-undang tubuh pertubuhan dan Akta Pertubuhan, 1966 secara profesional dengan segera.

Setelah mengambil alih tugasan ini dari ROS, ROY nampaknya belum mampu mengguna pakai piagam yang sama atau memperkenalkan yang lebih baik dari itu.

Diharapkan mereka dapat menyelesaikan kemelut di MAYC dengan kadar yang segera demi kesejahteraan pergerakan belia di negara ini.

Malaysia Gerah dengan Berita dari Indonesia

dari Renne R.A Kawilarang / Denny Armandhanu

Gelombang demonstrasi anti Malaysia yang semakin marak terjadi di Indonesia, menimbulkan pemberitaan media yang beragam. Menteri Luar Negeri Malaysia, Anifah Aman, mengaku merasa gerah dengan pemberitaan media Indonesia yang dinilainya berlebihan.

Anifah menyerukan media massa di Indonesia agar tidak menambah panas situasi dengan membuat pemberitaan yang over-sensasional. Anifah mengatakan bahwa media Indonesia haruslah berpegang pada fakta dalam pemberitaannya.

“Jangan memberikan gambaran tidak akurat di mana warga Indonesia disiksa dan dibunuh disini,” ujarnya seperti dilansir dari laman harian The Star. Anifah juga menyesalkan tidak adanya pemberitaan media mengenai adanya masyarakat di Indonesia yang menentang pembakaran bendera dan pelemparan tinja di depan Kedubes Malaysia di Jakarta awal pekan ini.

“Saya ingin melihatnya, karena dengan begitu saya akan menaruh hormat kepada media di Jakarta,” tegasnya. Protes serupa juga dilayangkan oleh ketua Pemuda Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin.

Pada akun twitternya, dia menyalahkan media indonesia yang dinilainya memanas-manasi sentimen anti Malaysia “Anda tidak akan melihatnya disini,” ujarnya.

Dia mendesak pemerintah Malaysia untuk memanggil duta besarnya di Jakarta jika tidak ada jaminan keselamatan bagi kedutaan besar Malaysia di Jakarta. Mereka juga menuntut pemerintah Indonesia untuk menyelidiki kelompok Bendera yang dinilainya sebagai penyulut konflik.

PEJABAT PENDAFTAR PERTUBUHAN

Mengikut apa yang terkandung dalam facebook: Penubuhan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia adalah berkait rapat dengan kewujudan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 dan fungsinya untuk mentadbir Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.

Draf Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 telah dibaca buat kali pertama di Parlimen pada 12 Disember 2006 dan kali kedua pada 8 Mei 2007.

Seterusnya diluluskan di Dewan Negara pada 23 Mei 2007.

Akta ini telah diwartakan pada 26 Julai 2007 dan akan mula berkuatkuasa pada 31 Disember 2007.

Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia telah memulakan operasi sebagai sekretariat akta pada 1 Januari 2007 dengan pewujudan “Core Team” yang diketuai oleh seorang Pemangku Pendaftar

Sila layari website: http://roy.kbs.gov.my

Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia adalah di Aras 4, Menara KBS, Pusat Pentabiran Kerajaan Persekutuan, 62570 Putrajaya.

Kenapa maklumat ini dalam facebook? Sebab tidak ada dalam home page ROY.

Dengan peruntukan wang yang begitu banyak dan kakitangan yang ramai ROY belum mampu berbuat semuanya.

Begitu juga dengan cara mereka menyelesaikan permasaalahan di MAYC.

Walau bagaimana pun Veteran MAYC tahu bahawa sehingga 10hb Ogos hanya 3,345 buah pertubuhan belia sahaja yang telah terdaftar dengan ROY.

Dari jumlah ini hanya 3065 adalah berpindah dari Pendaftar Pertubuhan Malaysia dan ini merupakan 91% dari jumlah yang berdaftar dengan ROY.

Walau bagaimana pun kita tetap yakin bahwa ROY akan membuat keputusan yang adil dan bijaksana.