ALFATIHAH

PA100110Bekas Setiausaha Agung MAYC, Sdr Mohd Nadzim Yahya telah kembali kerahmatullah pada jam 4.30 petang di Hospital Kajang pada Senin 2hb November 2009 setelah mendapat serangan jantung pada pagi hari sebelumnya. Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan pada jam 10.30 pagi 3hb di perkuburan Islam  Sungai Kantan, Kajang. Diantara yang hadir diperkebumian itu ialah bekas Presiden MAYC, Tan Sri Sanusi Junid, Dato Johar Rusi, Abu Bakar Shawkat Ali, Shaharuddin Ramli, dan  Dato Mohd Zin Mohamad (Mantan Menteri Kerja Raya). Solat jenazah telah diimamkan oleh Mantan Menteri Ugama Brig Jeneral Dato Abdul Hamid Zainal Abidin  ( bapa saudara Allahyarham)

Kelab Veteran MAYC ingin menyampaikan ucapan Takziah kepada isteri dan keluarga beliau dan berdoa agar Allah swt mencucuri rahmat keatas roh beliau dan meletakkannya dikalangan orang-orang yang soleh. Al Fatihah.