TOPI SATU MALAYSIA

SEBAGAI satu langkah untuk mengumpulkan dana bagi kelab Veteran, Naib Presiden, Datuk Nasir Safar mencadangkan dijual topi istimewa yang memaparkan perkataan KELAB VETERAN MAYC MALAYSIA di kiri atau kanan dan perkataan SATU MALAYSIA dibahagian depan topi. Reka bentuknya mestilah menarik untuk melariskan penjualannya.

Topi ini boleh diedarkan pada sambutan ulang tahun kedua pada 13 September ini sempena Majlis Berbuka Puasa disatu tempat yang akan diumumkan kelak. Majlis ulang tahun ini dijangka akan dihadiri oleh veteran-veteran MAYC dari seluruh pelusuk tanah air.

nasir2Datuk Nasir Safar juga berharap untuk dapat menjemput beberapa bekas pemimpin MAYC untuk berucap. Wacana saperti ini perlu diadakan dari masa kesemasa memandangkan dikalangan kita ada banyak pengalaman yang boleh dikongsikan bersama. MAYC mempunyai sejarah yang lama yang tidak sesuai dilupakan sahaja. Program-program veteran harus menjurus kearah ini.

Advertisements

TUPAI TUPAI

TEPAT jam 9 malam tadi seramai tujuh orang anggota Veteran berkumpul di restoran Tupai-tupai untuk mengatur langkah susulan setelah satu surat resmi dihantar kepada Tan Sri Syed Hamid Albar, Presiden MAYC Kebangsaan minggu lepas untuk mendapatkan penjelasan mengenai kedudukan Wisma Belia dan ketidak-adaan Mesyuarat Agung Tahunan MAYC sejak empat tahun yang lalu.

Pengerusi perbincangan tersebut Dato Mohd Yusoff Hamid berkata satu rumusan telah diambil untuk menghantar satu surat ulangan kepada Presiden MAYC tersebut disamping mengatur langkah untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 20 buah kelab gabungan MAYC memohon diadakan mesyuarat penting ini demi mempastikan MAYC Kebangsaan tidak dibatalkan pendaftarannya. Dimesyuarat tersebut diharapkan satu jawatankuasa kerja dapat dilantik yang berumur dibawah 40 tahun untuk meneruskan pergerakan MAYC yang berusia 54 tahun ini.

Kumpulan ini juga berhasrat untuk menjemput bekas-bekas Pengerusi MAYC Negeri di mesyuarat Veteran akan datang.

MESYUARAT TERGEMPAR VETERAN MAYC

Satu mesyuarat telah diadakan pada 1hb Julai jam 4.30 petang dipengerusikan oleh Tan Sri Sanusi Junid khusus untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan Wisma Belia. Datuk Yusoff Hamid dalam taklimatnya memberi tahu bahwa Wisma Belia telah diserahkan kepada satu jawatankuasa protem yang dilantik oleh Datuk Seri Syed Hamid Albar, Presiden MAYC Kebangsaan.

Mesyuarat memandang berat perkembangan ini dan menggesa MAYC Kebangsaan dengan kadar yang segera mengadakan mesyuarat agung tahunan untuk melantik AJK yang baru yang berumur dibawah 40 tahun sesuai dengan Akta Belia yang baru. Mesyuarat juga menggesa isu harta MAYC ini diselesaikan dengan segera bagi menggelakkan pihak bank mengambil alih secara paksa.

Mesyuarat telah dihadiri oleh 12 orang ahli dan bersetuju untuk mengambil langkah-langkah susulan bagi mempastikan Wisma Belia tetap kekal milik MAYC.