SEPETANG BERSAMA TUN DR MAHATHIR

Seramai 200 veteran MAYC dan tetamu dijangka akan hadir di Dewan Yayasan Kepimpinan Perdana, Presinct 8, Putrajaya pada jam 4.00 petang hari Ithnin 7hb Januari 2013 untuk bersama YAB Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perbincangan hari ini dijangka berkisar disekitar PRU 13.dan ramalan Tun mengenai prestasi BN di PRU akan datang.

Kelab Veteran Negeri-negeri berikut telah bersetuju untuk menghantar rombongan ke program sepetang ini:

Wilayah Persekutuan 20
Selangor 40
N Sembilan 40
Melaka 40
Johor 40
Perak 40
Penang 8
Kedah 8
Perlis 4
Kelantan 4
Trengganu 8
Pahang 8

Semoga kita dapat manfaatkan program bersama Tun kali ini.

Advertisements

PROGRAM SPEKKTRA PERTAMA BERJAYA

Seramai 500 orang telah mengambil bahagian di hari kedua program SPEKKTRA anjuran KVMM dan LPPKN yang selesai pada jam 4.00 ptang tadi di Kg Kubang Bernam, Kuala Nerang, Kedah.

Meresmikan penutup program hari ini adalah Dato Paduka Ghazali Ibrahim, Pegawai Tugas2 Khas Perdana Menteri dan juga bekas pimpinan MAYC Kebangsaan dan Negeri Kedah.

LPPKN telah menyediakan sebuah bas yang lengkap dengan alat-alat pemeriksaan perubatan.Seramai 200 orang telah menjalani berbagai pemeriksaan pada sebelah pagi tadi. Sementara itu berbagai acara dan pertandingan mesra keluarga telah diadakan sepanjang hari.

Malam tadi progrm dimulakan denga pertunjukan wayang kulit dan pertunjukan bunga yang telah disaksikan oleh lebih dari 1000 orang penduduk beberapa buah kampung disitu. Pelancaran program telah disempurnakan oleh Dato Seri DiRaja Madzir bin Khalid, Ahli Dewan Undangan Negeri Pedu dan bekas Menteri Besar Kedah.

MENJEJAKI MUNIT ITAM FAJAR

Setelah sekian lama berusaha mencari teman seperjuangan dalam MAYC akhirnya Setiausaha Agung dan Timbalan Presiden KVMM sempat bertemu dengan bekas Pengerusi MAYC Negeri Perak, Haji Munit Itam Fajar.

Setelah mendapat maklumat yang Haji Munit akan ke IJN Kuala Lumpur untuk temu janji dengan dokter dan mendapat rawatan susulan mereka berdu bergegas kesana.

Tepat jam 12.00 tengah hari 20.12.2012 mereka bertemu diruang tunggu klinik pesakit luar IJN yang penuh sesak dengan pesakit.

Sungguhpun mereka sempat berbual-bual tentang masa dulu, masa agak terbatas dan Haji Munit bersetuju untuk hadir di Majlis Makan Malam KVMM yang akan diadakan pada 26hb Januari 2013 di Hotel Putra yang juga kebetulan dihadapat IJN. Kisah ini akan disambung lagi.

Photo: 20.12.2012
BERSAMA HAJI MUNIT ITAM FAJAR

Saya dan Datuk Yusoff Hamid sempat berjumpa Haji Munit Itam Fajar, bekas Pengerusi Mayc Perak di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, ketika beliau sedang menunggu giliran untuk mendapat rawat susulan. Haji Munit sekarang ini tinggal di No19, Lorong 4, Tmn Pengkalan Jaya, Jalan Pasir Putih, IPOH bersama isterinya. Veteran MAYC diminta menziarahi beliau yang sedang mengidap berbagai penyakit tua.
Like · · Promote · Share

WAYANG KULIT SEBELUM SPEKKTRA

Satu pertunjukkan wayang kulit sempena program SPEKKTRA akan diadakan pada malam 24hb Disember 2012 di padang bola Kg Kubang Bemban, 6 km dari pekan Kuala Nerang dalam DUN Pedu selepas magrib.

Pertunjukan ini adalah untuk menghidupkan semula kesenian orang tempatan dan juga untuk memberi sedikit penerangan mengenai program SPEKKTRA yang akan diadakan esoknya.

Wayang kulit ini akan dipersembahkan oleh kumpulan yang terkenal dikawasan Padang Terap dan dijangkakan akan dapat menarek ramai penonton.

Pertunjukkan ini akan mewarwarkan program kita pada esoknya yang dijangka akan dihadiri oleh tidak kurang dari 500 orang.

PROGRAM SPEKKTRA DIKEDAH 25 DISEMBER 2012

Siri pertama program penjelajahan kesejahteraan keluarga untuk rakyat ( SPEKKTRA ) akan diadakan pada Selasa 25hb Disember 2012 di Padang Bola Kg Kubang Bemban, 6 kilometer dari pekan Kuala Nerang, Kedah.

Program yang akan bermula pada 7.00 pagi ini mensasarkan 500 orang peserta dari seluruh DUN Pedu dan akan diisi dengan berbagai acara termasuk aktiviti bersama keluarga, demonstrasi keselamatan diri, kembara kaunseling keluarga, pameran kesihatan dan pemeriksaaan kesihatan saperti yang sudah ditetapkan oleh LPPKN.

Walau bagaimanapun sukanika kekeluargaan dan pameran dari agensi -agensi kerajaan tempatan akan diadakan sepanjang program. Penyelaras tempatan juga akan mengadakan kaunter BR1M 2 dan kaunter khas untuk pendaftaran dan semakan pengundi PRU 13.

Ceramah-ceramah mengenai perancangan keluarga, HPV, kanser payu dara, kaedah penyusuan bayi dan sebagainya akan diadakan sepanjang program berjalan.

Sebarang pertanyaan mengenai program ini boleh ditujukan kepada Puan Maznah Abdullah di 017 3310 572.

MEMILIH PENGGANTI (2)

Berbagai formula dicari untuk mendapatkan cara sesuai bagi  mengantikan pemimpin. Sungguhpun dalam sistem demokrasi, hal ini ditentukan oleh ahli-ahli pertubuhan disatu perjumpaan atau mesyuarat agung. Disinilah timbulnya berbagai kelompok dan puak yang inginkan ketua mereka dipilih sebagai pemimpin baru.

Jarang sekali terdapat penggantian pimpinan yang tenteram dan penuh muhibbah sesama ahli. Kadang-kadang sampai berbalah-balah dan ada juga sampai terjadinya hal-hal rasuah dan sebagainya.

Dalam MAYC juga pernah berlaku hal-hal saperti ini sehingga dirasakan pergerakan kita terlalu banyak bermain politik daripada menjalankan kegiatan untuk membantu ahli dan masyarakat.

Oleh kerana inilah MAYC sekarang tidak adalah lagi pemilihan kepimpinan saperti dulu. Setelah diadakan pindaan perlembagaan baru-baru ini Presiden baru akan ditunjuk oleh barisan kepimpinan yang sedia ada dan perhimpunan agung hanya mmberi pengesahan sahaja.

Mudah-mudahan sistem baru ini, apabila diluluskan oleh ROY, dapat memberi kekuatan kepada MAYC dan tidak lagi menjadikannya sebuah pertubuhan yang berpuak-puak dan bermusuh-musuhan saperti sekarang ini.

MAYC GLOBAL RELIEF

Saperti lain-lain badan amal, MAYC Global Relief ditubuhkan atas kesedaran untuk membantu kerja-kerja pemulihan dikawasan-kawasan yang timpa bencana alam dan sebagainya. Langkah pertama kearah ini adalah kerja-kerja bantuan kemanusiaan bencana Tsunami di Sendai, Jepun. Rombongan yang dihantar ke kawasan ini telah menjalankan berbagai kerja bantuan tanpa bantuan kewangan Kerajaan Malaysia selama dua minggu.

Kehadiran pegawai-pegawai kanan MAYC Global Relief di acara TAGISAN GAZA anjuran Gapena 30/11/12 memberikan kita isyarat bahwa badan ini akan memainkan peranan yang cergas untuk membantu rakyat Palestine terutama sekali di Gaza.

Kelab Veteran MAYC ingin mengucapkan selamat menjalankan kerja-kerja amal saperti ini dan berdoa ianya akan mendapat keberkatan Allah swt. Program bantuan kemanusiaan adalah lebih berfaedah jika dibandingkan dengan program-program tidak berfaedah dan untuk syok sendiri sahaja.

Bersama Akramsyah @[701167135:2048:Akhramsyah Sanusi] di acara TANGISAN GAZA Selamatkan Bumi Palestine 30/11/2012 di Rumah Gapena, Jalan Belfield, Kuala Lumpur, anjuran GAPENA. Akramsyah adalah Pengerusi MAYC Global Relief sebuah badan bantuan kemanusiaan yang pernah membantu mangsa Tsunami di Jepun tahun lalu. MAYC Global Relief diberita akan menghantar berbagai bantuan kemanusiaan untuk merengankan lagi kesengaraan rakyat Palestine di Gaza.

Like · · Share · Promote · 4 minutes ago ·

Setiausaha Agung KVMM Taib Wahab bersama  AkhramsyahSanusi, Pengerusi MAYC Global Relief diacara GAZA MENANGIS ( selamatkan bumi palestine ) anjuran Gapena.