DATO RAHIM BAKAR KEMBALI KERAHMATULLAH

rahim_bakar1INNALILLAHI WAINNA ILAIHI RAJI’UN

Veteran MAYC terkenal, Dato Rahim Bakar telah meninggal dunia malam tadi di rumahnya di No120 Jalan U Thant, Kuala Lumpur. Berita ini diterima secara mengejut memandangkan  Dato Rahim kelihatan sihat-sihat sahaja kebelakangan ini. Beliau yang juga Yang DiPertua Angkasa pernah menjadi Menteri Besar Pahang dan Pengerusi MAYC Negeri Pahang selama 10 tahun.

Jenazah beliau telah disembahyangkan di Masjid Ar Rahimah, Kampong Pandan, Kuala Lumpur  selepas solat jumaat dan dikebumikan di perkuburan Taman Kosas, Ampang. Beliau berumur 66 tahun.

Seluruh Jawatankuasa Kerja Kelab Veteran MAYC Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga Dato Rahim dan berdoa semoga rohnya ditempatkan dialangan orang-orang yang soleh.   Amin.

RUMAH TERBUKA VETERAN MAYC

Tan Sri Sanusi Junid akan menjadi tuan rumah kepada satu majlis rumah terbuka pada Sabtu 10 Oktober 2009 mulai jam 11.00 pagi di Jeumpa D’ramo No.102 Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur. Semua veteran MAYC dipersilakan hadir dengan keluarga masing-masing. Copy (2) of Copy of IMAG0911

Ahli-ahli yang membaca blog ini diminta menyebarkan berita kepada veteran MAYC yang lain. Datanglah beramai-ramai untuk bersilaturahmi.

Berbagai-bagai acara menanti kehadiran saudara/saudari

BERGABUNGLAH DENGAN VETERAN MAYC

P9030008Haji Shahruddin Ramli, Bekas Pengerusi Tetap MAYC hari ini menggesa semua bekas-bekas ahli MAYC menggangotai Kelab Veteran supaya nasib mereka terbela. Banyak kegiatan yang boleh dijalankankan oleh kelab ini sekiranya lebih ramai lagi bekas ahli menjadi ahli kelab ini yang ditubuhkan khusus untuk mereka yang ingin terus berbakti kepada masyarakat.

Berbagai-bagai program sedang direncanakan ketika ini dan akan dilancarkan lepas Raya Puasa ini. Ini hanya akan berjaya sekiranya lebih ramai lagi bekas ahli menjadi ahli Kelab Veteran MAYC. Sdr Haji Shahruddin boleh dihubungi di talipon 013-3055944

MAJLIS BERBUKA PUASA

P9010005Presiden Tan Sri Sanusi Junid telah menjadi tuan rumah kepada majlis berbuka puasa pada Khamis 3 September. Bertempat di Guest House, Juempa diramo, Bangsar.  Majlis ini telah dihadiri oleh seramai 40 orang. Selepas berbuka puasa telah diadakan juga solat tarawih yang kemudiannya disusul dengan sembang-sembang.

Tan Sri Sanusi akan berangkat ke Makkah pada 10 September ini dan akan mengerjakan umrah hingga 29 September. Beliau mengucapkan Selamat Berhari Raya apabila genap puasa kita 30 hari. Beliau juga mempersilakan semua ahli ke majlis rumah terbukanya pada Sabtu 10 Oktober ditempat yang sama.