MAJLIS IDUL FITRI 1434H

Semua persiapan untuk menyambut 200 orang veteran MAYC dan tetamu dimajlis saliturahim Idul Fitri pada ahad 11/9/2013 ini telah selesai.

Majlis yang akan diadakan pada jam 3.00 petang ini akan berlangsung di Seremban International Golf Club, Paroi, Seremban.

Bagi mereka yang datang dari selatan dengan menggunakan Lebuhraya PLUS bolehlah masuk menggunakan EXIT 220 di Senawang. Setelah membayar tol teruslah ke arah Senawang dan belok kiri selepas stesen minyak Petron mengikuti Taman Forest Heights hingga dihujung jalan di Paroi. Dari situ belok ke kiri hingga sampai di Kompleks Belia dan Sukan disebelah kiri. Lepas itu belok ke kanan di lampu isyarat untuk terus ke SIGC.

Yang datang dari Kuala Lumpur bolehlah menggunakan lebuhraya LEKAS hingga penghujungnya ke Paroi dan buat u-turn untuk ke Kompleks Belia dan Sukan. Lepas itu belok kanan untuk ke SIGC di lampu isyarat.

Yang datang di Kuantan dan Pantai Timur bolehlah menggunakan lebuhraya Karak dan belok kiri di pekan Karak untuk ke Kuala Pilah dan Seremban.

Untuk merek yang akan menggunakan Lebuhraya PLUS dari utara boleh juga keluar di Senawang exit 220 .

Satu majlis menanam pokok akan diadakan disebelah kelab house untuk melancarkan KEMPEN MENANAM POKOK 2013.

Majlis akan diadakan di dewan banquet and kereta boleh diletakkan ditempat khas untuk pelawat.

Semua veteran dan tetamu digalakkan menggunakan BAJU MELAYU dimajlis ini.

Semua pertanyaan mengenai acara kita ini bolehlah ditujukan kepada Setiausaha Agung di no HP 012-2992911.

Advertisements

PENCEGAHAN JENAYAH DIMALAYSIA

Kejadian jenayah diMalaysia semakin berleluasa dan ini termasuklah jenayah berat. Berbagai usaha sudah dan sedang dibuat untuk membasmikannya atau sekurang-kurangnya mengurangkannya.

Atas kesedaran inilah Kelab Veteran MAYC mengambil bahagian dalam satu forum untuk membincangkan undang-undang yang sedia ada dan mencari jalan untuk memerangi jenayah dengan cara yang lebih berkesan lagi.

Tiga orang peserta dari Kelab ini yang dianggotai oleh Datuk Mohd Yusoff Hamid, Taib Wahab dan Maznah Abdullah telah mengikuti forum ini dan mengambil bahagian..

Telah dirumuskan untuk meningkatkan lagi usaha-usaha pembenterasan jenayah terutama sekali yang melibatkan korban jiwa dan harta benda. Undang-undang sedia juga perlu dipinda untuk memerkasakan penguatkuasaan.

Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri telah meresmikan forum itu yang dihadiri oleh lebih 200 orang peserta dari berbagai sektor.

MENYAMBUT HARI WARGA EMAS

Sebenarnya hari warga emas boeh disambut pada bila-bila masa, tidak semestinya tertumpu pada 1hb Oktober sahaja.

mengadakan program meraikan warga emas secara berkala.
Objektif program ini adalah untuk meraikan warga emas menyambut hari lahir supaya mereka merasakan dihargai serta masih ada yang sayang walau pun tiada sanak saudara.
Kakitangan RSKT mengadakan sambutan hari lahir warga emas setiap 3 bulan sekali. Pada mereka yang lahir pada bulan Januari hingga Mac diraikan bersama penghuni lain serta kakitangan.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada kakitangan serta penghuni yang terlibat dapat menjayakan program Sambutan Hari Lahir Warga Emas.

BERSIAP-SIAP UNTUK MENYAMBUT HARI WARGA EMAS 2013

DIANTARA PAK LAH DAN TUN DR MAHATHIR

Tun Abdullah, mantan PM kita ketika menjawab soalan-soalan yang dikemukakan terhadap beliau sempena penerbitan buku ” Awakening” telah memberikan pandangan beliau dengan nyata dan jelas tanpa ada halangan. Diharap ini tidak akan digunakan sebagai bahan perbahasan dalam menghadapi perhimpunan agung UMNO nanti.

Yang penting ialah isu sebenar yang menjadikan perbalahan diantara Dr Mahathir dan Pak Lah yang sangat serius seolah-olah mereka telah berputus arang sekarang ini. Walau bagaimanapun kita berharap ini sebagai satu daripada usaha-usaha untuk merubah UMNO.

Tun Dr Mahathir dilaporkan kesal kerana memilih Tun Abdullah sebagai penggantinyamahathir baru

sebagaimana Tun Hussein Onn yang kesal memilih Dr Mahathir sebagai pengganti beliau. Kita tahu bagaimana Tun Dr Mahathir begitu berkesan menjadi Timbalan PM atas lantikan Tun Hussein Onn dan menyebabkan beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO hasil dari kekuatan’ Dr Mahathir sendiri.

Kita juga teruja bagaimana setelah berjaya menurunkan Hussein Onn, Tun Dr Mahathir telah berjaya menurunkan pengganti beliau sendiri, iaitu Abdullah Badawi setelah beliau meletakkan Abdullah sebagai penggantinya. Pendeknya Dr Mahathir dalam sejarah politik beliau mampu melakukan sesuatu apabila diperlukan demi keutuhan parti dan negara.

Perkara ini perlu difahami untuk mengetahui bagaimana pengaruh Tun Dr Mahathir berupaya dan berkesanggupan menjatuhkan pemimpin yang tidak mampu menjalankan tugas dengan baik. Tentunya Dr Mahathir mempunyai ‘kemahiran’ luar biasa kerana berjaya menjatuhkan orang yang menaikkan beliau dan menurunkan orang yang menjadi pilihan beliau sendiri.

Tun Dr Mahathir terpaksa menggunakan masa yang panjang itu untuk kegunaan dan kepentingan negara sungguhpun dirasakan negara menghadapi ketandusan kepimpinan yang tidak mungkin dapat diselesaikan jika tidak ada kemahuan dari ahli-ahli UMNO untuk melakukannya. Jika ramai pun dikalangan ahli-ahli UMNO mahukan perubahan mereka tidak pun memahami apa yang hendak diubah. Budaya yang terbentuk dari zaman Dr Mahathir sehingga sekarang ini tidak memungkinkan UMNO itu mampu diubah dan di lakukan transformasi terhadapnya.

Wawancara Pak Lah  dengan penerbit dan editor buku ‘The awakening’ ini, memberikan peluang baginya untuk sesiapa yang mahu tahu bagaimana perkara yang dilakukan terhadap Pak Lah itu boleh berlaku. Bahkan bukan setakat itu sahaja, ia juga boleh memberikan jawapan kenapa mereka yang tidak sepatutnya menjadi pemimpin negara dijadikan pemimpin sehinggalah pemimpin yang ada pada hari ini.

Apa yang berlaku terhadap Tun Abdulah itu sebenarnya hanya lah sekelumit dari masalah yang beliau dan ramai yang lain menghadapinya. Untuk memahami dengan lebih jelas eloklah kita mulakan mengikuti sedikit rentetan sejarah yang menyebabkan Tun Dr Mahathir menjadi PM dan apa-apa yang terhasil dari beliau menjadi PM yang paling lama dalam rantau ini.

Kelab Veteran MAYC Malaysia amat rapat dengan Tun Dr Mahathir dan beliau sentiasa akan menerima undangan kita untuk memberi ceramah dan mengambil bahagian dalam wacana kita. Kita berharap Tun akan terus dapat bersuara dan memberi pandangan untuk kebaikan negara dan bangsa.

DIANTARA YANG MUDA DENGAN YANG SUDAH BERUSIA

Untuk membolehkan kita membedakan diantara kepimpinan yang muda dengan yang sudah berusia kita harus tahu sejarah pergerakan belia dinegara ini. Pergerakan belia dinegara ini dimulakan oleh segulungan orang muda yang amat perihatin tentang keadaan masyarakat mereka pada masa itu. Maka lahirlah berbagai-bagai program khidmat masyakatat yang dijalankan tanpa bantuan kerajaan.

Apabila program ini mendapat perhatian kerajaan maka pergerakan belia ini diletakkan dibawah agensi kerajaan bermula dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sekarang ini dibawah Kementerian Belia dan Sukan.

Lama kelamaan pemimpin ini bertambah umur mereka dan masih lagi diperlukan untuk memimpin belia. Kebanyak mereka juga terlibat dalam parti politik dan mendapat tempat yang baik dalam kepimpinan negara.

Dengan sebab inilah belia-belia mahukan mereka memimpin untuk pastikan nasib mereka terus terbela. Bagi pemimpin saperti ini tidak ada untungnya dari segi kebendaan. Hanya mendapat pengaruh diakar umbi dan amat membantu dalam karier politik mereka.

Bagi gulungan muda yang sudah mengambil aleh kepimpinan mereka, agenda politik dan kebendaan menjadi tunjang kepada penglibatan mereka dalam kegiatan belia. Mereka mengarapkan sesuatu dari segi dapat dipilih sebagai calun PRU atau menyandang jawatan penting dalam agensi kerajaan.

Malangnya tahap kepimpinan mereka tidak mendapat perhatian atasan negara. Oleh yang demikian keciwalah mereka dan sudah mulai menyimpang dari tujuan asal menjadi pemimpin.

Jika ini tidak diatasi mulai sekarang, kita akan menyaksikan kepupusan kelab belia dan penurunan semangat untuk memberi khidmat kepada masyarakat. Mereka ini baru sahaja memimpin pergerakan belia sudah mahu berlagak macam Menteri tetapi tidak berupaya untuk memberi pimpinan yang baik dan diterima bukan sahaja oleh yang muda, malah disukai oleh yang sudah tiada lagi dalam pergerakan belia.

ADAT JAWA YANG MAHU DILESTARIKAN

Kebanyakan rakyat negeri Johor terdiri dari keturunan Jawa yang ibu bapa mereka telah berhijrah ke negara ini sejak dua keturunan yang lalu. Mereka datang ke Malaysia untuk jadi peneroka sebelum wujudnya Felda dan agensi peladangan yang lain.

Kalau terjumpa dengan kampong-kampong yang namanya bermula dengan nama Parit maka disitulah terdapat masyarakat Jawa yang masih lagi menggunakan bahasa Jawa mereka.

Saya dengan YB Mohd Ismail Roslan, ADUN Semerah dan Pengerusi Kelab Veteran Negeri Johor telah berkunjung ke Parit Haji Noor, Parit Sulung, Batu Pahat, Johor untuk menghadiri majlis idul fitri yang lebih dikenal dengan acara “rewang ”

Majlis ini dijalankan seratus peratus bergotong royong di rumah ketua kampong atau Pengerusi JKKK. Orang-orang lelaki muda dikampong itu memasak nasi biryani yang rasanya sama dengan Nasi Biryani Gam Hj Md Shah di Batu Pahat. Makanan diletakkan didalam satu dulang besar dan akan dimakan bersama oleh 4/5 orang.

Majlis dimulakan dengan doa dan ucapan dari beberapa orang penting dalam masyarakat itu termasuklah YB Mohd Ismail dan YB Datuk Zulkurnain Kamisan, ADUN Seri Medan dan Exco Belia dan Sukan Negeri Johor.

Kemuncak acara pada majlis tersebut adalah pembakar mercun yang berskala tinggi dan perarakan motosikal berkuasa rendah tetapi mempunyai bunyi yang amat kuat menyamai bunyi di Litar Lumba F1 di Sepang.

Saya diberitahu program saperti ini telah diadakan sejak dulukala pada minggu pertama sambutan idul fitri dan semua anak muda di kampong tersebut mengambil bahagian dengan semangat persaudaraan yang kuat.

Saya amat teruja dan merasakan ini harus dikekalkan didiperkenalkan dikampong-kampong lain di negeri Johor sebagai sebahagian dari budaya kita.

TAIB WAHAB