MEMORIAL MUBIN SHEPPARD

Menubuhkan sebuah galeri atau lebih sesuai lagi dipanggil memorial adalah suatu usaha yang amat terpuji lebih-lebih jika ianya untuk mengingati pengasas dan pemimpin masyarakat kita. MAYC Kebangsaan berazam untuk menjadikan ini satu realiti.

Mubin-Sheppard

Kita bukan mengingati Tan Sri Dato’ Dr. Hj. Abdul Mubin  sebagai seorang pegawai Inggeris yang berkhidmat di Malaya semasa zaman penjajahan British, malah  sebagai seorang sejarawan dan pakar warisan dan budaya Melayu dan pengasas penubuhan Malaysian Association of Youths Clubs (MAYC).

Saya pernah berjumpa dengan Tan Sri Mubin semasa beliau tinggal disebuah kediaman di Jalan Pantai, Petaling Jaya. Sungguh pun dikawasan tersebut banyak terdiri rumah-rumah batu saperti yang ada di Petaling Jaya, rumah beliau agak unik sekali kerana bentuknya 100 peratus rumah Melayu dan dibina dari kayu.

Semua yang bekerja dirumahnya adalah orang Melayu dan beliau sendiri mempunyai seorang anak angkat berbangsa Melayu. Pendek kata seluruh hidupnya adalah banyak Melayunya dari Inggeris.

Diakhir hayatnya beliau berpindah ke Crescent Court, Brickfields yang sekarang ini dikenal dengan nama  “Little India”. Semasa hidupnya beliau amat memperjuangkan kelestarian budaya Melayu berbanding dengan keadaan sekarang dimana kerajaan juga menitik beratkan kewujudan budaya-budaya asing. Selain  dari ” Little India” sudah ada “China Town” dan ada kemungkinan wujudnya nanti ” Kampong Jawa”, “Desa Bangla”, “Bukit Kathmandu”, dan macam-macam lagi.

KVMM berharap usaha untuk menubuhkan memorial ini akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: