ANAK PERMATA

Kumpulan: Raihan
Lagu : Nasyid
Anak adalah anugerahnya
Anugerah amat bernilai
Namun adakah ia disayangi
Adakah kita mendidiknya

Anak adalah permata
Permata yang tiada tandingan
Kitalah yang menghargainya
Kitalah yang menyayanginya

Bila sudah hilang rasa
Kasih dan sayang
Anak yang tak berdosa
Dibuang tanpa belas kasihan

Entahkan hidup entahkan mati
Itulah nasib si anak kecil

Ingatlah kita bila tiba hari tua
Anaklah penyambung hidup kita
Anaklah harapan kita di sana
Hari di waktu kita tak berdaya

Tidakkah sedikit rasa bersalah
Tidakkah sedikit rasa berdosa
Namun hatinya sudah gelap
Hatinya sudah menjadi buta

Akhirnya anak menjadi korban
Naka adalah anugerahnya
Harta yang amat berharta
Namun bagimana ia disayangi
Okitalah yang mencorakkannya

RUMAH HARI TUA

OLEH : SAORANG BLOGGER MUDA

Selepas dua anak mereka mendirikan rumah tangga, sudah ada keluarga masing-masing. Anak-anak lain pula tinggal di hostel kampus masing-masing. Mama and Daddy mula rasa sunyi katanya. Terasa macam sudah semakin tua dan perlu ada sebuah rumah di kampung.

Supaya nanti bila anak dan cucu balik, baru ada feel “balik kampung”. Maka mereka mula mencari rumah yang jauh dari kesibukan kota. Supaya dapat tenangkan fikiran. Dan rumah tu mestilah mempunyai halaman yang luas. Supaya boleh tanam sayur-sayuran dan ternak ayam itik. Tambahan pula kena ada “ruang lepak” di luar rumah. Supaya boleh letak kerusi malas yang diperbuat daripada rotan untuk baca “newspaper” setiap pagi. Oh bunyi macam sungguh “tipikal” aktiviti orang tua di kampung.

Dan pencarian mereka berakhir, bila terjumpa satu rumah yang menepati citarasa tadi. Rumah banglo yang berkonsepkan “Old Malaya” ni memang pilihan yang tepat. Tak perlu  nak terangkan, orang sudah paham, memang akan ada halaman untuk ternak ayam itik, ada ruang untuk letak kerusi malas yang diperbuat daripada rotan.

Dan inikah contoh rumah tua yang dimaksudkan ??

ACARA MEJA BULAT

 Datuk Nasir Safar akan mengetuai satu  perundingan MEJA BULAT bersama bloggers dan pengamal media baru saperti yang warwarkan oleh TEH TARIK BERSAMA YB Khamis depan. Perbincangan yang akan diadakan pastinya akan menyentuh persiapan PR13 dan peranan yang boleh dimainkan oleh bloggers untuk membuat liputan secara adil dan saksama.
 
Dengan menggunakan media yang tidak adanya censorship maka bloggers dan pengamal dapat memberi pandangan yang terbuka dan melahirkan pemikiran yang memandang  jauh kehadapan untuk menjayakan gagasan 1Malaysia.
 
Datuk Nasir Safar, Presiden KVMM sebagai peneraju akan cuba mendapatkan sebaik mungkin fikiran dan saranan dari semua yang hadir dan berharap untuk dapat mengadakan perbincangan yang jujur dan iklas.

PERJUMPAAN VETERAN DI PENANG

Omar Haji Hassan telah memanggil perjumpaan semalam di Restoran Pelita Nasi Kandar pada jam 9.00 malam untuk membincangkan program Veteran mAYC di Penang.

Turut hadir diperjumpaan tersebut adalah Datuk Ismail Omar ( JKK Veteran Pusat), Haji Ramli Din ( Pengerusi Penang) , Mohd. Nadir, Zahari, Ibrahim Majid, dan Nurul Amin . Perjumpaan di Restoran Pelita berhampiran USM itu bermula dari 9.00 malam hingga 1.30 pagi .

Telah diputuskan dalam masa terdekat satu program Gagasan 1Malaysia  akan di adakan disatu lokasi yang bagus.

Pada perjumpaan tersebut seorang membawa 5 ahli sekurang kurang nya. Kita sasarkan seramai 100 orang akan hadir

SIAPA TUA ???

LAGU YANG MESTI SENTIASA DIDENDANGKAN

KENDURI RAKYAT

Satu cadangan akan dikemukakan kepada KVMM untuk menganjurkan satu konsep kenduri rakyat yang melibatkan seluruh masyarakat disatu-satu tempat secara gotong royong sambil mendengarkan bicara tokoh dalam berbagai topik termasuklah Gagasan 1Malaysia.

Pengerus MAYC Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Intandiana akan mengemukakan cadangan ini sebagai menyahut seruan Datuk Nasir Nasar, Presiden KVMM supaya kelab-kelab gabungan MAYC mengadakan program rakyat untuk mengeratkan lagi perpaduan dikalangan semua kaum.

Butir-buit cadangan ini belum lagi dipastikan kerana ianya perlu perancangan yang rapi dan kena tepat pada konsepnya, kata Intandiana. Program ini katanya pasti akan dapat memenuhi keperluan masa ini kerana belia-belia sangat perlu disatu padukan supaya gagasan 1Malaysia dapat terlaksana dalam masa yang singkat.

Beliau juga mengumumkan sedang merangka cadangan HIMPUNAN SERIBU BELIA disalah satu lokasi yang strategik di Kuala Lumpur.