PROGRAM MEDIA BARU

Seramai 20 orang ahli MAYC dan veteran telah hadir di program ketiga semalam bertempat di Bilek Bunga Raya, Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Pemangku Presiden KVMM, Datuk Nasir Safar telah hadir untuk berucap. Beliau menasihatkan MAYC Kebangsaan dari kedua belah kelompok mengadakan perbincangan untuk mencari jalan penyelesaian kepada kemelut yang ada sekarang bagi menyelamatkan MAYC.

 

Sekiranya ini dapat dilakukan, tambahnya, satu mesyuarat agung perlu diadakan untuk memilih barisan kepimpinan yang baru yang boleh mewakili keseluruhan pergerakan MAYC.

Setelah itu barulah dapat dijalankan berbagai usaha untuk menyelamatkan harta benda MAYC.

Beliau yakin MAYC dapat digerakkan semula dibawah senario yang baru dan mampu menyelesaikan berbagai masaalah yang dihadapi selama ini termasuk harta MAYC.

Semua klompok dalam MAYC harus berkumpul semula dibawah satu barisan yang mantap dan lebih kukuh dari dahulu.

Akramsyah Sanusi, Presiden MAYC Kebangsaan, ketika berucap berkata pihaknya akan terus berusaha untuk  menggunakan media baru bagi memberi tekanan kepada pihak yang berwajib membuat keputusan yang tidak akan menghancurkan MAYC. Tambahnya MAYC perlu diselamatkan dengan apa cara jua.

Sessi menggunakan berbagai kaeadah media baru termasuk facebook, twitter dan sebagainya telah disampaikan oleh dua orang pakar bidang ini iaitu Uzaidi Udanis dan Zamie Zukie.

Program seterusnya akan diadakan pada 26hb Mach 2011 di Lapangan Terbang Kuala Trengganu. Semua pertanyaan mengenai program ini hendaklah dituju kepada Pengerusi MAYC Negeri Trengganu  Hj Karim Mohammad Talipon: 0199890946

KESAN MEDIA BARU KEPADA KITA

Teknologi komunikasi berkait rapat dengan pemeluasan ruang masyarakat sivil dan pemugaran demokrasi. Habermas melihat perkembangan komunikasi di zaman pasca-renaissance di Eropah sebagai sebahagian daripada kemunculan masyarakat sivil di mana golongan kelas menengah menggunakan media untuk menyuarakan pandangan mereka.

[1] Kemajuan dalam teknologi komunikasi yang membawa kepada peningkatan penggunaan internet, telefon mudahalih dan sambungan tanpa wayar – yang juga disebut sebagai media baru – memudahkan penyaluran maklumat secara cepat dan bebas.

Kawalan pemerintah ke atas penyaluran maklumat menjadi terbatas dan penyebaran ideologi pengabsahan (legitimating ideology) pemerintah juga semakin kurang berkesan.

Sebaliknya, muncul pula aktor-aktor baru masyarakat sivil yang menggunakan teknologi komunikasi untuk menyebarkan idea-idea yang berlawanan dengan ideologi pengabsahan pemerintah dan mempopularkan faham demokrasi dan hak asasi manusia.

Di samping itu, pihak pemerintah juga telah mengambil bahagian dalam teknologi komunikasi maklumat untuk meningkatkan populariti. Dalam konteks hubungan antara teknologi komunikasi dan politik demokrasi di Asia, Clarke membuat pemerhatian berikut:

These innovations provide opportunities for participation in media production by individuals earlier prevented from involvement by the cost of the necessary technology and the difficulty of access … For governments the new communication technologies represent a double-edged sword: they have seen their longstanding dominance of the media slipping away as the public sphere opens inexorably to many previously suppressed opinions and kinds of information, yet at the same time they can increase their popularity and status by participating themselves. Control is much more complicated than ever before.

[2] Kita perlu menilai bagaimana teknologi komunikasi maklumat, terutama sekali penggunaan blog dan akses kepada portal berita internet, telah membuka ruang kepada suara-suara pembantahan (dissenting voices) dalam masyarakat untuk mempopularkan idea-idea alternatif yang sebelum ini tidak mendapat liputan meluas dalam media cetak.

Di Malaysia, ideologi demokrasi liberal dan faham kiri telah sekian lama menandingi faham politik pembangunan, semi-demokrasi dan kompromi kaum berteraskan majoriti Melayu yang membentuk ideologi pengabsahan pemerintah.

Ideologi pengabsahan ini tercerna antaranya dalam konsep “kontrak sosial”, Rukunegara, Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan Wawasan 2020.

[3] Secara khusus kita perlu menganalisa wacana kontrak sosial dan kedudukan Islam di Malaysia yang disiarkan dalam Malaysiakini dan MalaysiaToday, iaitu dua portal berita internet popular di Malaysia, untuk melihat bagaiamana idea-idea alternatif telah dikemukakan oleh suara-suara pembantahan dalam masyarakat bagi menandingi ideologi pengabsahan pemerintah.

Media tradisional lawan media baru: Siapa kalah?

oleh Zaini Hassan

MINGGU lalu saya menulis mengenai kuasa media melalui estet keempat – the fourth estate – dalam struktur pemerintahan negara. Saya menulis, media ialah kuasa. Estet keempat itu berada dalam doktrin kekuasaan bersama-sama estet pertama, eksekutif (perdana menteri dan menteri-menteri); estet kedua, legislatif (Dewan Rakyat, Dewan Negara dan DUN); dan estet ketiga, judisial (badan kehakiman).

Hanya orang yang bijak sahaja yang akan menghargai peranan media – tidak kiralah sama ada media itu menyebelahi dirinya atau pun tidak. Pas, dalam tahun-tahun 80-an dulu paling gemar membakar akhbar Utusan Malaysia apabila tidak bersetuju dengan tulisan akhbar itu. Sambil membakar mereka akan menjerit-jerit dan memaki hamun akhbar yang diasaskan pada 1939 itu. Itu dulu. Pas dan para pemimpinnya kini sudah mula membaca Utusan Malaysia kembali. DAP pula memboikot akhbar itu sampai ke hari ini apabila ia cuba mempersoalkan dasar parti itu, terutama ke atas orang-orang Melayu. (Nota: Yang lucunya para pemimpin DAP tetap membaca Utusan Malaysia secara senyap-senyap. Untuk rekod, Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw masih baca akhbar jawi terbitan Kumpulan Utusan).

Hari ini, mereka tidak lagi membakar akhbar. Membakar akhbar adalah perbuatan kuno. Mereka kini menggunakan laman-laman blog melancarkan perang saraf ke atas akhbar-akhbar arus perdana (MSM). Istilah MSM dipopularkan oleh laman-laman blog yang rata-rata antikerajaan bagi mengapi-apikan masyarakat supaya memboikot MSM.

Seperti juga taktik parti pembangkang, matlamat mereka ialah untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada MSM kepada medium baru mereka itu. Mereka mahukan perhatian. Perhatian ialah kuasa. Ramai golongan muda yang terpengaruh, sudah termakan dengan taktik itu.

Kolum saya minggu lalu itu bertajuk Media tradisional lawan media baru: Siapa kalah? telah dipetik oleh laman blog The Malaysian Insider dalam ruangan Breaking Views. Kerana ia adalah laman maya, maka adalah orang yang menghantar secara pantas komen mengenai tulisan itu.

PROGRAM 27 FEBRUARI MENJADI PENENTU

Selesai sudah enam episod “keluhan seorang pemimpin” yang disiarkan untuk membangkitkan semangat semua peserta yang akan hadir pada program media baru yang akan diadakan pada Ahad 27hb Februari ini jam 10.00 pagi di Bilek Bunga Raya, Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Datuk Nasir Safar, Naib Presiden KVMM sudah siap untuk hadir dan bercakap serta membakar semangat kita untuk terus berkhidmat demi masa depan MAYC.

Diprogram ini nanti akan dicara formula bagi menghidupkan semula MAYC yang hampir lumpuh disebabkan pimpinan terdahulu.

Seramai 50 orang dari semua Bahagian Negeri akan hadir untuk sama-sama memikirkan cara mana boleh dihidupkan semula MAYC ini bukan sahaja dari aspek perundangannya malah dari semua sudut.

Beberapa orang tokoh veteran dijangka akan hadir untuk memberi sumbangan buah fikiran.

Sama-samalah kita nantikan hasil program ini yang dijangka akan mengambil masa sehari suntuk.

KELUHAN SEORANG PEMIMPIN (6)

( Ucapan Penangguhan Tan Sri Sanusi Junid diMesyuarat Agung Tahunan MAYC ke-32, 1986. )

Saudara Taib Wahab telah mengendalikan mesyuarat agung dengan begitu baik. Saudara Taib dengan tabah dapat terus membantu kita mengendalikan majlis ini. Saya juga ucapkan tahniah kepada koir MAYC. KOIR MAYC HEBAT Waktu koir sedang bersenandung pagi tadi, saya berbisik kepada Y. A. B. Perdana Menteri, saya tanya pendapat beliau tentang kemampuan koir kita itu, adakah setara hebatnya dengan koir di rumah Naib Presiden Amerika Syarikat sewaktu lawatan beliau ke Amerika Syarikat dahulu. Beliau bersetuju, sama hebat.

Menyentuh tentang usul untuk mewujudkan satu lagi pertubuhan belia Hindu di peringkat nasional yang mungkin bertujuan untuk meluputkan separuh daripada pemimpin yang tidak disenangi pihak tertentu, akan ditentang habis-habisan. Saya bercakap sebagai Presiden MAYC, bukan sebagai Menteri.

Saya juga mengucapkan syukur kepada Allah kerana Romantika Satu selesai. Kita ada romantika dua, romantika tiga dan Johor menyarankan romantika empat. Saya tidak mahu campur tangan dalam romantika empat kerana saya tidak pasti tentang tujuan romantika empat itu adakah ia akan menguntungkan ahli MAYC ataupun sebaliknya. Saya mengambil kesempatan ini untuk membetulkan sedikit fakta mengenai pertandingan saya sebagai Naib Presiden UMNO pada tahun 1984.

Sebenarnya dalam hidup saya, saya tidak pernah merebut jawatan untuk melakukan sesuatu kerja, saya biasanya bekerja dahulu dan memikirkan jawatan kemudian. BERTANDING Dalam bank, saya sempurnakan kerja dahulu, kemudian saya perolehi jawatan. Begitu juga apabila saya bertanding dalam pilihan raya pada tahun 1974, saya tidak meminta untuk menjadi calon. Cerita bagaimana saya menjadi calon begini. Tun Razak ada menghubungi saya meminta saya memujuk PAS menyertai Barisan Nasional. Pada waktu itu lebih kurang 22,000 orang ahli PAS meminjam wang di Chartered Bank melalui saya, dan mereka semua dari Kedah. Oleh sebab PAS di Kedah waktu itu dipimpin oleh Abu Bakar Osman yang tidak mahu menyertai Barisan Nasional, maka Tun Razak menggunakan saya bagi menghubungi PAS untuk mendesak PAS Kedah menyertai Barisan. Ini telah saya jayakan dan itulah sebabnya saya bertanding pada tahun 1974.

Sebenarnya pada tahun 1974 saya tidak mahu bertanding. Saya sudah tahu saya akan menjadi Setiausaha Agung UMNO sebelum pertandingan, kerana Presiden telah menyatakan selepas pertandingan ini saya jadi Setausaha Agung. Apabila saya menyatakan saya tidak mahu menjadi Naib Presiden beliau setuju saya tidak bertanding, tetapi kerana pencalonan naib Presiden terlalu banyak maka pada waktu itu, Presiden memanggil saya. Lebih baik bertanding, cuba sahaja, dan saya mencuba dan saya beritahu pasti kalah. Akhirnya sayapun kalah dan saya tidak sedih atas kekalahan ini, dan tidak tersinggung. Cuma saya terkilan sedikit kerana banyak cerita ataupun fitnah dilemparkan waktu saya menghadapi pertandingan.

Ada orang yang saya tolong telahpun menjadi wira. Saya ikut berkempen menaikkan seseorang, tetapi budi saya itu dibalas dengan tuba. Ada yang sampai memanggil saya petualang. Kata mereka, “Kalau hendak berhenti, berhentilah, jangan cakap banyak”. Walau bagaimanapun tidak mengapalah. Sudah menjadi resam dunia begitu. Kita beralih kepada perkara lain. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada MAYC Negeri Johor kerana buat pertama kalinya mula dilambung gelombang dahsyat ini. Barangkali MAYC Johor dahulupun tidak kenal pahit dan getir perjuangan.

Sewaktu MAYC Selangor menghadapi tekanan politik, MAYC Johor sebaliknya mendapat sokongan politik. Sewaktu MAYC Melaka menghadapi tekanan politik, MAYC di tempat lain pula beristirehat. Sekarang giliran Johor pula menghadapi tekanan, semoga saudara menjadi lebih dewasa selepas mengharung gelombang lautan yang dalam ini.

KELUHAN SEORANG PEMIMPIN (5)

( Petikan ucapan Tan Sri Sanusi Junid diPerasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-33, 1987.)

Dalam lawatan saya ke negeri-negeri dan dalam kursus-kursus MAYC, saya selalu mengingatkan hakikat bahwa pergolakan yang berlaku dalam sejarah adalah disebabkan tiga perkara yang begitu ketara.

Pertama; wujudnya di dalam dunia ini manusia-manusia bernafsu besar.

Kerana nafsu begitu besar maka usaha memuaskan nafsu sentiasa tidak mengenal erti puas, maka manusia menjadi punca berlakunya huru-hara.

Saya ingin mengingatkan saudara mengenai tokoh seperti Julius Caesar yang begitu ghairah, begitu bernafsu dan nafsunya yang besar ialah terhadap Celopatra.
Julius Caesar menjadi punca masalah, darah mengalir di merata-rata tempat, anak menjadi yatim, isteri kehilangan suami, kerana Caesar tidak puas kecuali ia sudah menakluki dunia ataupun telah menakluki negara-negara lain.
Kemudian kita melihat bagaimana Napoleon menjadi sebab berlakunya pergolakan di Eropah. Napoleon juga seorang yang bernafsu besar, yang mempunyai kekasih bernama Josephine. Tentang kisah Napoleon dan Josephine pemimpin-pemimpin MAYC di seluruh negara tentunya telah sedia maklum.
Tokoh sejarah yang lebih dekat kepada kita ialah Hitler. Hitler dengan Eva Braun telah menyebabkan berjuta-juta rakyat Eropah terkorban dalam Perang Dunia Kedua.
Justeru, berdasarkan hakikat sejarah, kita membuat kesimpulan bahawa pergolakan di dunia adalah angkara manusia yang bernafsu besar dan rakus.

Nafsu adalah salah satu punca masalah, begitu kata seorang ahli fikir Sigmund Freud dalam bukunya. Selain nafsu, harta juga menjadi punca masalah, sehingga pengasas fahaman Komunis, Karl Marx menyatakan apabila yang kaya terus kaya, dan terus menidas, yang papa terus papa, maka pada waktu itu wujudlah di dalam negara satu jurang perbezaan yang luas lagi bertentangan antara dua golongan manusia, iaitu yang kaya dan yang miskin.
Maka usaha untuk menghapuskan atau meleburkan pertentangan itu akan membawa negara kepada satu revolusi berdarah yang akhirnya hilanglah yang kaya dan yang papa kerana semuanya menjadi susah.

Manusia yang mencapai kekayaan yang begitu besar dan hebat biasanya akan lupa asal-usul mereka, tidak ingat lagi kepada mereka yang kurang berada dan malah, kadangkala menggunakan harta untuk memuaskan nafsu.
Faktor ketiga yang mencetuskan pergolakan ialah kuasa. Mengenai kuasa ini Bertrand Russel dengan jelas menyatakan:

“Bukan nafsu, bukan harta, tetapi kuasalah yang menyebabkan berlakunya pergolakan dalam masyarakat”.

KELUHAN SEORANG PEMIMPIN (4)

Ucapan Penangguhan Tan Sri Sanusi Junid pada Mesyuarat Agung Tahunan ke 33, 1987.

Kita telah mendengar berbagai-bagai teguran dan pandangan dalam ucapan-ucapan penangguhan tadi. Ingin saya nyatakan bahawa oleh sebab semua ucapan ini dirakamkan maka laporan mengenainya akan disediakan oleh Ibu Pejabat untuk diberikan perhatian sewajarnya.
Walau bagaimanapun, kita tidak boleh mengharapkan dengan satu ucapan dalam persidangan MAYC, maka seluruh dunia akan berubah kerana pendapat kita sebentar tadi. Oleh sebab semua wakil dari negeri-negeri sudah bangun, sudah menegur, maka pada mesyuarat tahun hadapan, kita tanya mengapa kerajaan belum laksanakan.
TIDAK BERHENTI MENEGUR

Kalau dirasakan begitu mustahak maka dalam forum lain seperti forum politik, forum masyarakat, dalam majlis-majlis dialog dan taklimat, ahli MAYC dapat terus mendedahkan sehingga masalah ini sampai kepada penggubal dasar melalui berbagai-bagai saluran dan bukan lagi menjadi masalah yang tersendiri atau masalah yang terpisah. Masalah ini sebenarnya masalah nasional yang sudah dihadapi oleh orang ramai, bukannya masalah segelintir wakil belia sahaja.
Oleh itu kita tidak boleh merasa gundah, resah, gelisah, dan susah hati apabila kita rasakan seolah-olah hujah kita itu tidak diberikan perhatian.

Jika kita telah berhujah dengan sungguh-sungguh, jika apa yang kita katakan itu menyentuh naluri para perwakilan, maka dengan sendirinya ia akan bersemarak dan idea kita akan berkembang dari tahun ke tahun, dari masa ke masa sehinggalah sesuatu perubahan positif berlaku. Mungkin, mengikut cara yang kita cadangkan ataupun sebaliknya.
Semua teguran ini akan ada dalam khazanah perbendaharaan pandangan ahli MAYC dan kita akan kemukakan melalui berbagai-bagai saluran.
Tetapi kita tidak akan bersikap angkuh dengan mengatakan bahawa semua yang kita katakan itu orang akan terima pakai. Malahan firman Tuhan pun banyak orang tidak indahkan apatah lagi pendapat wakil MAYC dalam sesuatu persidangan maka belum tentu semua orang akan terima. Tetapi tidak bermakna kita harus lemah semangat dan berhenti bercakap.
Ada wakil yang menegur mengatakan saya bercakap di tahap lama. Tetapi, selagi saya lihat wakil itu sendiri pun belum berubah bagaimana saya hendak bercakap mengenai perkara baru.
Selagi saya menjadi presiden, saya akan bercakap berulang-ulang mengenai perkara itu, selagi tidak ada perubahan. Kita harus tahu, Nabi Besar Muhammad SAW, sewaktu beliau belum wafat bukan semua orang patuh pada baginda. Itu nabi yang ada mukjizat, inikan pula saya manusia biasa. Masakan apa yang saya cakapkan pada hari ini, esok berlaku perubahan dengan serta merta.