PROKHAS

Satu perjumpaan telah diadakan pagi ini dengan pengurusan Prokhas Sdn Bhd yang dikepalai oleh Encik Fazlur Rahman Ibrahim, Pengarah Urusan dan Dato Kamal Mohd Ali, Pengurus Besar. Veteran MAYC dianggotai oleh Tan Sri Sanusi Junid, Akhbar Ali dan Taib Wahab. Perbincangan berkisar disekitar masalah kewangan Wisma Belia dan Wisma Tunku.
Pihak Prokhas amat memahami kedudukan MAYC pada masa ini dan bersedia berunding terus dengan JKK  MAYC yang ada sekarang untuk mencari jalan penyelesaian supaya bangunan ini tidak terjatuh ke tangan orang lain.

Ada beberapa pilihan untuk menyelamatkan bangunan kebanggaan MAYC ini. Sungguh pun hutang terkumpul hingga masa ini mencecah RM51 juta ianya boleh di kurangkan kepada RM 12 juta.
Veteran MAYC menggesa JKK MAYC yang ada sekarang untuk terus berunding dengan Prokhas dan yakin ianya dapat diselesaikan dalam masa terdekat.
Prokhas telah ditubuhkan awal 2006 oleh Kementerian Kewangan untuk mengambil alih harta tersisa yang ditinggalkan oleh Danaharta.

Advertisements