MEMILIH PENGGANTI

Pemimpin datang dan pergi. Pemimpin juga mencari pengganti dan ini merupakan ujian yang paling getir bagi dirinya. Cabaran ini bukan sahaja dihadapi oleh pemimpin negara mala diperingkat NGO juga.

Setelah sekian lama menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir harus mencari penggantinya yang diharap akan menjadi pemimpin negara yang sama baik dengannya atau lebih baik dari dirinya. Malangnya ini tidak berlaku dan rakyat harus menerima seorang Perdana Menteri seadanya.

Dalam hal MAYC pula Sanusi Junid memilih Syed Hamid Albar sebagai penggantinya padahal majoriti ahli MAYC mahukan Johar Rusi sebagai Presiden MAYC yang baru memandangkan ketokohannya sebagai pemimpin belia akar umbi dan tidak seorang Menteri Kabinet yang dirasakan dapat menyelesaikan pelbagai masaalah dalaman MAYC.

MAYC tidak boleh mengharapkan sangat kepada peranan pucuk pimpinan untuk menyelesaikan masalahnya. Ahli biasa memainkan peranan yang penting dengan adanya dukungan dan  tauladan yang baik dari atas.

Sewaktu Syed Hamid menjadi Presiden, jawatan Setiausaha Agung silih berganti, dari seorang yang tidak cekap kepada seorang yang penipu besar. Akibatnya pentadbiran MAYC kucar kacir dalam menghadapi “migration” dari ROS kepada ROY. Mesyuarat Agung tidak dapat diadakan selama lima tahun berturut-turut dan hutang bank MAYC masih ditakuk yang lama.

bersambung……..

Advertisements

JOHAR RUSI PENGERUSI PAHANG

Seramai 100 orang veteran MAYC Pahang telah hadir pada majlis makan malam sempena pelancaran KVMM Negeri Pahang di Dewan Serbaguna Rakan Muda, Maran, Pahang..

Turut hadir dimajlis tersebut adalah Speaker DUN Pahang, Dato Sri Wan Ghazali Wan Mahusin, Pengurus Rakan Muda, Maran dan Pengerusi MAYC Pahang.

Datuk Nasir Safar ketika berucap untuk menyampaikan watikah kepada Dato Haji Johar berkata negeri Pahang akan diberi keutamaan dalam penganjuran program-program veteransebagai memberi dukungan yang kuat kepada Perdana Menteri.

Photo: DATO HAJI JOHAR RUSI menerima watikah perlantikan sebagai Pengerusi Kelab Veteran Mayc Pahang daripada Presiden KVMM Datuk Nasir Safar 24/11/12 disatu majlis maan malam di Maran. Majlis tersebut turut di hadiri oleh Speaker DUN Pahang.

SELAMATKAN GAZA

KVMM dan Persatuan Penduduk Pangsapuri Masjid Terapung Tg Bungah, Pulau Pinang telah mengadakan bantahan terhadap Yuhudi Israel selepas solat jumaat semalam. Sekretariat KVMM telah mendapat panggilan talipon daripada Pengerusi JKKK Pangsapuri tersebut pada hari Rabu dan persiapanpun dibuat melalui talipon dan sebagainya untuk mengadakan aksi ini selepas solat jumaat.

Khatib jumaat telah memberi kerjasama dengan memberi khutbah mengenai masalah Palestine. Dan ini membuat ramai jemaah mengambil bahagian pada aksi tersebut dijalan besar dihadapan masjid yang dilalui oleh ramai pelancong asing. Mereka memberi sokongan dengan membunyikn horn sepanjang aksi teresbut.

Kutipan derma membantu rakyat Gaza juga diadakan sempena aksi tersebut. KVMM mengucapkan tahniah kepada Tuan Haji Azizan yang mengepalai persiapan untuk aksi tersebut.

AKSI BANTAH SERANGAN YAHUDI KEATAS GAZA<br /><br />
oleh Jemaah Masjid Terapung, Tanjung Bunga, Pulau Pinang 23/11/12 selepas solat jumaat
AKSI BANTAH SERANGAN YAHUDI KEATAS GAZA

DIMANA NGO MALAYSIA BILA TUN DR MAHATHIR BERUCAP

Sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamed berucap meresmikan pelancaran DANA BANTUAN PALESTINE di PWTC pada 19/11/2012 yang lalu hadirin amat teruja dengan kemampuan Tun memberikan fakta-fakta mengenai situasi di Gaza pada masa ini. Ini adalah sesuatu yang luar biasa yang jarang-jarang kita dapat dengar dari seorang pemimpin Nega

Tun mengajak rakyat Malaysia khususnya dan umat Islam amnya untuk sama-sama membantu rakyat negara Palestine dan rakyatnya diGaza. Liputan media yang meluas mengenai pelancaran itu hendaklah diterjemahkan kepada tindakan terus menerus oleh rakyat Malaysia untuk membantu Gaza.

Malangnya ribuan NGO Malaysia sendiri tidak menunjukkan minat dalam perkara ini saperti yang terbukti pada sessi perbicaraan mengenai Palestine tiga hari berturut-turut selepas pelancaran tersebut.

Sebanyak 500 tempat duduk telah disediakan oleh KUALA LUMPUR WAR CRIME COMMISSION  di Dewan Tun Ismail bagi membolehkan umum mengikuti perbicaraan tersebut. Ini bererti bahwa kesedaran dikalangan NGO Malaysia untuk membantu rakyat Palestine masih ditahap yang rendah sekali.

TABUNG BANTUAN GAZA

Tun Dr Mahathir Mohamed selaku Pengerusi Yayasan Keamanan Global Perdana hari ini melancarkan Tabung Bantuan Gaza untuk membantu mangsa jenayah perang yang sekarang ini dilancarkan oleh tentera Israel.

Majlis pelancaran ini diadakan diruang legar PWTC, Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh jurukamera dan wakil akbar tempatan yang turut membantu melancrkan tabung ini.

Turut hadir dimajlis tersebut adalah adek Mahmoud Al-Sammouni 15 tahun yang menjadi saksi diperbicaraan mengenai Palestine yang diadakan selepas pelancaran tersebut.

Seluruh keluarga Mahmoud berjumlah 29 orang telah dibunuh oleh tentera Israel pada tahun 2009 dalam satu kejadian yang amat mengerikan dan menjadi pengalaman yang paling pahit dalam hidupnya.

Taib Wahab, Setiausaha Agung KVMM sempat beramah mesra dengan Mahmoud untuk menyatakan simpati rakyat Malaysia terhadap nasib dirinya dan kejuga keadaan di Gaza sekarang ini.. Allah selamatkan GAZA

Bersama Mahmoud Al-Sammouni diperbicaraan mengenai Palestine 20/11/2012 diPWTC. Mahmoud adalah diantara 13 orang yang telah memberi keterangan di perbicaraan ini selama tiga hari berakhir esok. Pada tahun 2009 tentera Yahudi telah menyerang kediamannya dan membunuh kesemua 29 orang ahli keluarganya. Allah selamatkan GAZA
SAVE GAZA & PALESTINE.

MASA TUA YANG SEJAHTERA

Semakin tua usia kita semakin kurang fikiran kita kepada hal-hal dunia. Kita lebih menumpukan perhatian kepada hal-hal akhirat pula. Oleh itukerana itulah  kesejahteraan dihujung usia tidak dapat diukur dari sudut kebendaan dan dunia sahaja, disebaliknya dari sudut rohaniah pula.

Menurunya kegiatan jasmani, masalah psaiko-sosial hanya dapat diatasi dengan jalan Illahi. Apabila kesejahteraan diukur sebagai kemampuan untuk memenuhi sebarang keperluan, maka kehidupan itu sendiri mempunyai ruang lingkup yang bertambah kecil dengan bertambahnya usia.

Sungguhpun kesejahteraan tidak dapat diukur dari sudut kebendaan, bagaimana pula dengan hidup kita diusia ini yang serba kekurangan dalam segala segi.Kemampuan bersaing dan mencari sesuatu sudah sangat berkurangan, malah tidak menjadi penting lagi.

Oleh itu kesejaheraan untuk kita hanyalah dari segi kepuasan hati terhadap apa saja yang ada yang telah diberikan oleh Allah s.w.t. Walau sekecil manapun kurniaan Allah swt itu, kita tetap merasakan puasya yang tidak terhingga.

MASA TUA YANG BAHAGIA

DiMalaysia kita tidak mengukur kebahagiaan sesaorang itu dari sudut kebendaan semata-mata, tetapi juga dari sudut keluarga, anak-anak serta kebanggaan lain saperti pencapaiannya sebelum ini.

Kebahagiaan tidak lagi dinilai pada sumbangan dan kebendaan yang diberikan oleh anak-cucu, malah ianya dinilai dari sudut bagaimana mereka berjaya dalam hidup dan memberi sumbangan kepada masyakarat saperti yang kita mahukan.

Kebahagiaan pada gulungan kita tidak terletak pada harta benda yang kita milki dan juga pada anak-cucu kita, tetapi pada ilmu yang dapat dimanfaatkan untuk masyarakat dan berguna kepada manusia.

Inilah masa tua yang amat membahagiakan kita.